Semalam, sebelah pagi saya ada temujanji untuk rawatan
susulan di Damansara Medical Centre untuk masalah
lengan kanan saya dengan Dr Rozman Idrus.
Kalau tidak silap, tahun lepas saya pernah menulis
dalam blog mengenai pengalaman saya ketika perlu
menjalani pemeriksaam MRI di Ampang Gleaneagle
Medical Centre.
Menunggu terlalu lama kerana beberapa dokumen
daripada pihak insuran yang lewat membuat saya
"angin" satu badan.
Baru aja masuk dalam terowong MRI terus minta
dikeluarkan sekejap untuk menenangkan fikiran.
Maklumlah masuk dalam terowong yang kecil
dan sempit, yang ada di kalangan kengkawan saya
gelar "macam masuk keranda".
Daripada keputusan yang diterima ketika itu, saya
perlu menjalani fisioterapi untuk beberapa bulan,
tapi tidak dapat habiskan beberapa sesi kerana
kekangan waktu dan tugasan luar.
Lagipun orang macam saya ni tak boleh duduk diam
dan sering mengangkat barang yang agak berat,
lengan kanan saya kembali bermasalah dan begitu sakit
untuk mengangkat tangan ke atas.
(sebab tu perlawanan boling Xmass comm UiTM malam
sabtu lalu....balingan hancur......hahaha alasan.........)
Nak berulang ke Ampang agak jauh, maka saya
dicadangkan berjumpa DR Rosman di Damansara tak
begitu jauh dari Sri Pentas.
Daripada keputusan MRI yang dibuat semalam,
sememangnya beberapa urat di lengan kembali
bermasalah dan ligamen saya koyak namun belum
tahap kritikal seperti yang berlaku di lengan kiri saya.
Justeru Dr Rosman memaklumkan buat ketika ini
saya hanya perlu menyuntik sejenis cecair macam
"steroid" dan makan ubat.
Dalam masa 1 ke 2 bulan masih tidak ada perbezaan,
jawabnya ke dewan pembedahan jugalah.
Semalam masa buat imbasan MRI memang tak ada
masalah, relak aja dan terus baring dalam terowong tu,
dah lebih 15 minit...hah mulalah dah rasa lemas......
dengan sejuknya lagi.....terus tekan loceng kecemasan...
Alhamdulillah staf bahagian radiograpi bijak
menenangkan saya.....
Agaknya faktor umur dah lebih 4 series ini....macam
macamlah perasaan tetiba menyelubungi diri.......
Pagi tadi semasa DR Rozman menyuntik ubat
terbabit di lengan kanan saya, memanglah terasa
sakit terutamanya bila ubat tu masuk ke kawasan
yang bermasalah.
Namun ia tidak sesakit, ketika dia menyuntik tumit
kanan saya minggu lepas kerana terdapatnya
pertumbuhan tulang kecil di tumit saya.
Seperti kata Dr Rozman, tulang tu bukan tumbuh sekelip
mata tetapi jangka masa yang lama.
Memang dah lebih 6 bulan bila saya berjalan
macam benda tajam menusuk tapi buat relak aja kerana
ia kadang kadang tidaklah rasa macam sakit sangat.
Tapi sejak dua menjak ni bangun pagi saja, memang tak
boleh pijat lantai dan berjalan pun menahan sakit maka
barulah terbuka hati nak jumpa doktor.
Antara sebabnya berlaku pertumbuhan tulang di tumit
kerana mengangkat barang berat justeru keseimbangan
kaki tidak dapat menahannya, kaki terlalu lasak
digunakan, berat badan bertambah, juga kasut yang
tidak sesuai.
Bab suntik menyuntik jarum ni kira saya dah pakarlah
sebab menyuntik insulin 2 kali sehari tetapi bila tenguk
jarum yang nak disuntik ke tumit saya panjang, berdenyut
juga jantung sekejap.
Ketika doktor menyuntik jarum ke tumit boleh tahan
lagi, tapi bila mula cecair seperti "steriod" dimasukkan
perlahan lahan...........
Ya Allah..........sakitnya..... kalau ada pembaris besi
saya pegang, mahu bengkok jadinya.......
Hah apa yang nak saya kongsikan hari ini sekadar buat
pengetahuan rakan rakan mahupun ingatan diri
saya sendiri....
Jangan angkat barang barang atau beg galas yang berat
(komputer riba)di luar daripada kemampuan kita,
kekadang kita rasa memang boleh angkat tapi
hakikatnya kita memaksa diri.
Begitu juga bila berjalan....kalau dah tak larat nak
terus berjalan atau mendaki, perlu relak dulu....
Jangan menzalimi diri kita............
Renung renungkan....

X-ray tumit saya di mana kelihatan tulang kecil nampak tajam di kiri kanan tumit |
Panjang jarum tu........ |
Alhamdulillah syukur semuanya selamat cik in. Jadi puncanya kerana angkat beban yg berat ye? Apa lagi simptom2 nya? Sakit belakang yg teruk termasuk sekali tk? Saya pun sering sakit2 kaki (da mmg terseliuh teruk pun dan masih sakit), malah skrg membawak ke sakit belkg yg melampau, duduk2 pun rasa berdenyut ..risau nya. Tgk jarum tu plak, alahai...
ReplyDeleteTakutnya kakLin,sakit kaki di semogatumit tu,..mcm masalah mak saya sekarang.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteAlamak! risaunya sbb saya selalu angkat2 benda berat & kalau berjalan tu x henggat dunia dah. Nak kena belajar jadi perempuan ayu ni...
Gerun bila dikenangkan masuk dlm mesin keranda tu sbb saya fobia dgn tempat sempit hu huhu
Semoga semuanya ok ok aja ya cik Inn...take care
moga akan lebih berhati-hati lepas ni..
ReplyDeletepsstt: saya pun rasa nak pergi semula ke hospital untuk dapatkan rawatan pergelangan tangan saya..
Masalah tumbuh tulang pada tumit kaki mcm husband akk. Masalah yg serupa so far skrg nampak ok sikit...:)
ReplyDeleteAkaZukii,
ReplyDeleteSebaiknya pergi buat rawatan susulan xray atau buat imbasan MRI untuk dapat kepastian masalah tulang belakang mahupun sakit kaki.Takut lama lama ia akan lebih melarat. Jangan risau pasal jarum tu...tutup mata dan selawat banyak banyak.....
Kak Mah,
Macamana dengan masalah tumit ibu tersayang....disyorkan jumpa doktor.....Cegah sebelum parah.....
Anyss,
Kalau boleh kurangkan angkat barang yang berat yang kekadang kita ingat tak memudaratkan, sebenarnya kalaulah tangan, lengan mahupun tulang belakang boleh bercakap pasti ia minta dikurangkan beban yang dipikul......
Memang gerun masuk terowong tu tapi kena juga buat untuk kebaikan diri dan kesihatan kita juga......
Aizamia,
Jangan tunggu lama lama lagi untuk buat pemeriksaan susulan......pergelangan tangan juga penyambung kepada urat urat tangan yang lain....
CT,
Alhamdulillah selepas diberi suntikan, dalam masa 24 jam, dengan izinNYA, tumit saya tidak lagi merasa seperti memijak benda yang tajam lagi....
Saya sekarang mengalaminya..mmg rasa nak menangis..baru jumpa dktr td xray tumbuh tulang kat tumit..3bln dah sakit.dktr bg makan ubat tahan sakit.
ReplyDelete