Ads by nuffnang

Wednesday, November 28, 2012

Patah peha dan bahu kanan.....

Sebentar tadi jika rakan rakan sempat
menonton Potret Bersamamu, ia memaparkan
kisah Siti Aini Suip dari Jenjarom, Selangor.

Ibu kepada 8 cahayamata, gigih berusaha
dengan sumbangan yang  diterima daripada
orangramai untuk terus keluar daripada
kepompong kemiskinan.

Bagi yang terlepas boleh menonton di
 www.tonton.com.my

Ketika menghadiri mesyuarat pengurusan,
saya dikejutkan dengan panggilan telefon
dan pemanggilnya adalah Siti Aini Suip.

Dengan nada yang sedih dan terisak isak,
dia memberitahu saya yang anaknya
Hairul Anuar yang membantu di gerai
mengalami kemalangan dengan treler.

Berderau darah mendengar kabar berita
terbabit.

Selesai mesyuarat dan menguruskan
beberapa dokumen, saya ditemani
Penerbit Intai Deko Norlizah Yusof terus
ke Hospital Besar Tengku Ampuan
Rahimah, Klang.

Setiba di hospital, waktu lawatan telah
ditutup.

Justeru saya menunggu Aini di ruang legar
di bawah.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala
galanya.

Aini meminta kebenaran pengawal keselamatan
untuk membawa saya naik ke tingkat 5 melawat
anaknya dan tiada halangan bagi mereka.

Terima Kasih Pak Guard....

Hairul patah peha dan bahu kanan.

Dia terjatuh kerana terlanggar kereta
untuk mengelakkan daripada treler yang
laju di kawasan Jalan Banting.

Aini tidak dapat mengawal rasa kesedihan
justeru saya dan Norlizah tidak putus putus
meniup kata kata semangat buat Aini dan
Hairul.

Sama samalah kita berdoa agar pembedahan
yang akan dilalui Hairul esok berjalan lancar
dan cepat sembuh.

Bagi Aini, setiap apa yang berlaku tersembunyi
hikmah tersendiri dari Yang Maha Esa.

Teruskan bersabar dan redha dengan
ketentuanNYA.

Kasihnya ibu sentiasa di sisi........



 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...