Ads by nuffnang

Thursday, December 27, 2012

Misi Banjir Trengganu & Pahang

Pagi tadi kira kira jam 10.30 di Sri Pentas, konvoi
terdiri lapan kenderaan pacuan empat roda
dilepaskan oleh orang kuat Media Prima iaitu
Izham Omar.

Saya bersama rakan rakan Media Prima dan
NSTP  beserta beberapa geng kenderaan pacuan
empat roda adalah antara sukarelawan peringkat
pertama dalam misi membantu mangsa
banjir khususnya di Pantai Timur.

Sepanjang perjalanan, beberapa kali kami
menempuh hujan lebat yang terus membasahi bumi.

Dah adat berkonvoi, dalam pertengahan perjalanan
di kawasan Gambang, Pahang, sebuah daripada
kenderaan mengalami sedikit masalah.

Alhamdulilllah, dapat ditangani dengan segera.

Kami sampai di pejabat NSTP Ajil Trengganu kira kira
jam 6.30 petang.

Setelah berehat sebentar, kami diberi taklimat untuk
misi bantuan yang akan bermula esok jam 8 pagi
di Hulu Trengganu.

Di Ajil kami menetap di Homestay.

Dua buah rumah untuk kaum Adam dan sebuah
untuk kaum Hawa. 

Dan ketika saya menulis entri ini, tujuh rakan saya
telah dibuai mimpi.

Mata saya pun dah layu dan esok hari yang panjang
buat kami.

Rakan rakan doakan pekerjaan kami terus
dipermudahkan Yang Maha Esa dalam membantu
mangsa banjir ya......

Petugas Misi Banjir bergambar dengan penaja


Konvoi Misi Banjir Media Prima


1 comment:

  1. Tugas yang murni maz.....rasa cam teringin nak merasai pengalaman misi banjir ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...