Ads by nuffnang

Wednesday, March 6, 2013

Santai Bersama Habsah Hassan....

Semalam sampai di Sri Pentas dari Kota Bharu
Kelantan jam 11 malam.

Selepas "sign out"  terus balik ke rumah dan
dah letih terus tidur tak larat nak update blog.

Pagi ini lebih kepada mengedit skrip
Potret Bersamamu untuk siaran minggu depan.

Lepas makan tengahari, tugasan di Taman
Tun Dr Ismail bersama rakan saya Zakiah Anas.

Kami ke pejabat Serangkai Filem untuk sesi
temuramah dan penggambaran bersama
personaliti yang tersohor dengan karya
lirik untuk ramai penyanyi tanahair iaitu
Habsah Hassan atau Kak Chah.

Memang banyak cerita yang dikongsi
Kak Chah.

Seronok berbual dengan insan yang banyak
pengalaman.

Dan antara topik yang dibincangkan adalah
lirik lagu Terasing nyanyian Sudirman Hj Arshad
....sahabat baik Kak Chah.

Lazimnya untuk menghasilkan satu satu
lirik lagu mengambil masa dua ke tiga hari
tetapi lagu Terasing liriknya dihasilkan dalam
masa 12 jam sahaja.

Ibu kepada empat puteri ini berpendapat
menulis adalah bakat anugerah Allah yang
tidak harus dipersia-siakan......

Esok sambung penggambaran dengan
Kak Chah di rumahnya dan juga di Restoren
Puteri bersama sahabatnya Rubiah Suparman.

Sesi temuramah Kak Chah bersama Zakiah

Kak Chah adalah menulis lirik lagu Wajah nyanyian Jac
Lagu tema program Bersamamu.....


 

3 comments:

  1. teringat i masa pergi rumah habsah hassan...tp till now cant remember camne i boleh pegi umah dia..heee..she n family really great.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    banyak lagu2 beliau dinyanyikan allahyarham sudir...lentok. menusuk kalbu.

    ReplyDelete
  3. Karya2 Kak Chah memang hebat. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...