Ads by nuffnang

Tuesday, January 10, 2012

Bukan Ombak Rindu tapi Ombak Mengganas........

Jumaat lepas, saya ke Johor untuk tugasan Saksi Maut
siaran TV9 yang akan memulakan siaran pertamanya
pada 31 Januari 2012 jam 10 malam.

Bertolak pun agak lewat jam 11 pagi kerana saya perlu
menghadiri mesyuarat untuk satu lagi program baru
untuk TV9 juga yang akan disiarkan pada bulan April
nanti.

Di pertengahan jalan di Negeri Sembilan, kami berhenti
makan tengahari dan krew menunaikan Solat Jumaat.

Justeru kami telah buat temujanji dengan seorang
daripada individu yang menjadi saksi maut kepada
kejadian lemas di Desaru, jam 5.30 petang jadi kami
pun terus menuju ke Pantai Desaru.

Sebenarnya entri hari ini lebih kepada kisah di sebalik
tabir apa yang terjadi kepada kami.

InsyaAllah esok saya kongsikan kisah dua beradik yang
lemas dan berkongsi detik detik menyayat hati bersama
keluarga mangsa.

Menyambung kepada tugasan di Pantai Desaru,
melihatkan ombak yang memukul pantai memang
mengerunkan.

Ombaknya memang besar menghempas pantai dan
seolah olah kemudian menarik ke laut....

Selesai sesi interview bersama Mohd Nabil Shafie, jurukamera kami Jebat menyambung penggambaran
di pesisir pantai.

Dok terlalu asyik merakamkan buih buih di pantai,
percikan ombak terkena kamera dan "tupp"
langsung kamera meragam.

Juruteknik Rahman atau mesra dengan panggilan
Man Bai, lantas melihat dan 'buatlah apa yang patut"
tapi kamera tidak memberi kerjasama.

Mujurlah rakaman di pantai hampir selesai.

Kami menginap di hotel The Zon, Johor Bahru dan
sampai di hotel jam 9 malam.

Man Bai cuba juga untuk memperbaiki kamera
terbabit dan ternyata memang tidak boleh di
gunakan langsung.

Mereka mengambil keputusan untuk pulang
semula ke Sri Pentas dan menggantikan dengan
kamera lain.

Mereka bertolak kira kira jam 11.00 malam dan
sampai ke Sri Pentas jam 2.30 pagi.

Dan kembali semula ke Johor Bahru dan sampai
jam 7 pagi.

Sungguhpun saya tidak mengikuti mereka, tapi
malam tu saya tak lena tidur khuatir keselamatan
tiga krew yang bergilir memandu.

Sabtu, sepatutnya temujanji kami dengan keluarga
mangsa lemas di rumah mereka di Ulu Tiram jam
9 pagi, maka saya tunda ke jam 11 pagi untuk beri
ruang seketika bagi krew untuk berehat.

Pengambaran di rumah mangsa bersama keluarga
dan sahabat handai mangsa yang menziarah, berjalan
lancar.

Beberapa detik yang dirakamkan sememangnya
membuat saya dan krew sebak dan bergenang
air mata.

Selesai rakaman di pusara disemadikan kedua
beradik serta minum petang bersama keluarga
mangsa, kami pulang ke hotel dan mulanya rasa nak
update blog tapi dah letih sangat terus tidur.

Ahad, selesai sarapan pagi jam 8.30, kami terus
"check out" dan menuju ke Tanjung Pengelih,
Pengerang untuk rakaman bersama pihak APMM
(Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia).

Dengan kerjasama pihak APMM diketuai Leftenan
Madya Maritim Safril Aza Mustapa, Pegawai
Operasi DM7, Tg Sedili, kami menaiki bot peronda
untuk melihat dari sisi gelombang ombak di
tengah laut.

Dua puluh minit pertama berlepas dari jeti, saya
dan krew menikmati suasana deruan angin laut
dengan tenang dan nyaman.

Sempatlah ambil beberapa keping gambar.

Dah mula masuk tengah laut, kira "open sea",
tetiba hujan lebat, semua krew masuk ke dalam
bot dan masing masing dah mula resah.

Mana tak resahnya, macam naik roller coaster
rasanya, dilambung ombak kemudian terentak
rentak dan berbuai buai.

Tatkala naik roller coaster, kita dah boleh agak
curamnya keadaan, tetapi bila gelombang ombak
yang di anggar di antara tiga ke lima meter,
membuaikan bot dalam hati dok bacalah apa
yang patut.

Boleh dibayangkan jika seseorang lemas di laut dengan
keadaan gelombang yang kuat, memang sukar untuk
diselamatkan lebih lagi jika tidak menggunakan jaket
keselamatan.

Dua krew Jeevan dan Mustapa dah mabuk laut terus
terbaring dan beberapa kali ke tandas dalam bot terbabit.

Jebat, Man Bai dan Almaz pun dah duduk termenung
aja.

Perut saya pun dah rasa semacam dan mula sendawa
angin.....

Hati dah mula berkata kata,

"Control Chik Inn jangan sampai muntah".

Saya memang biasa menaiki kapal, bot peronda,
bot nelayan untuk mencandat sotong dan pelbagai
kenderaan air lain. 

Dan agak biasa juga sesekali berdepan dengan
ombak yang kuat, tetapi kali ini saya memang tewas
dengan Ombak Yang Mengganas di Laut China Selatan
yang sememangnya masih dalam musim tengkujuh.

Maka akhirnya dua kali saya ke tandas dan muntah.......
memang meletihkan....

Lebih tiga jam atas bot peronda bagaikan enam jam.

Akhirnya, demi untuk keselamatan semua,  kami
mengambil keputusan untuk pusing semula kerana
untuk ke kawasan Pantai Desaru mengambil masa
30 minit lagi dan keadaan gelombang ombak makin
kuat.

Jangan cari pasal......

Itulah antara risiko krew penerbitan untuk menghasilkan
satu satu rakaman, kadangkala visual yang  hendak
digunakan kurang dari 3 minit, tetapi cabaran yang perlu
di hadapi memang banyak.

Setelah kembali ke jeti dan makan tengahari
(jam 2.30 petang), kami kembali ke Pantai Desaru untuk
tambahan rakaman.

Sepatutnya kami ingin melakonkan semula detik detik
kedua mangsa yang lemas di pantai terbabit, tetapi
berikutan keadaan ombak yang masih kuat beserta hujan,
kami terpaksa membatalkan perancangan terbabit.

Alhamdulillah, kami sampai di Sri Pentas kira kira
1.30 pagi......Mustapa pemandu kami yang paling
mabuk laut, ok sepanjang jalan....dengan kami bergilir
berbual dengannya.....

Saksi Maut dengan singkatan S.M  turut juga kami 
singkatkan kepada Saksi Mabuk Laut.....

Cubaannnn..........

Sesi temubual dengan Mohd Nabil


Almaz, Man Bai dan Mustapa sebelum Ombak Mengganas.....

Krew bersama angggota APMM, Leftenan Aza di sebelah kanan saya

Wednesday, January 4, 2012

HIJRAH TEH SYUHADA TAHUN 2012

"Ya Allah, ya Tuhan kami, bukakanlah kepada kami,
kebijaksanaan orang orang yang mengetahui dengan
hikmah dariMU, sebarkanlah ke atas kami rahmatMU
dan ingatkanlah kami apa yang kami lupa,
wahai Yang Maha Mengasihani lagi Maha Menyayangi".

Hari ini hari pertama bagi tahun 2012, Teh Syuhada
wartawan juga pengacara Wanita Hari Ini - WHI
melangkah masuk ke pejabat setelah bercuti sejak
akhir Disember lalu.

Dan hari ini juga hari pertama dia muncul di kaca
televisyen untuk mengacarakan rancangan WHI
dengan penampilan yang cukup berbeza.

Alhamdulillah seorang lagi adik saya di PWS menukar
penampilannya.

Manis wajah Teh bertudung.....

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah.....



Syukur Alhamdulilah dik.......


Sunday, January 1, 2012

Selamat datang 2012....Sedapnya Lolipop......


 Sekejap saja masa berlalu, esok dah masuk 2 haribulan
Januari 2012.


Bagaimana dengan misi, azam  atau perancangan 2011, 
ada yang tercapai atau sekadar ditulis muka pertama 
diari 2011???


Apapun anggaplah yang baik dijadikan teladan dan 
pengalaman berguna dan yang kurang baik dijadikan 
sempadan, dan kita belajar daripada kesilapan.


InsyaAllah tahun 2012 membawa kesejahteraan dan
kebahagian buat kita semua.


Tengahari tadi saya ke pusat membeli belah One Utama,
ada nak cari beberapa barang keperluan harian.


Baru pukul 11.30 pagi tapi tempat letak kereta dah 
penuh, maklum cuti tahun baru, ramai bersiar siar  
bersama famili dan kengkawan lah kot......


Nasib baik saya memilih One Utama, justeru tempat
letak kereta dah penuh, saya terus ke Sri Pentas, dan
letak kereta kat ofis dan berjalan ke Jusco.


Punyalah ramai orang.....tapi satu yang seronoknya
ketika di pasaraya Jusco, banyak betul promosi terutama
yang membabitkan jualan minuman.


Air berkarbonat lah, susu lah, koko lah, teh lah, asyik 
di pelawa "promoter" untuk minum air yang dipromosikan.


Saya rasa rakan rakan blogger pun biasa dipelawa oleh 
"promoter" mencuba minuman yang dipromosikan.


Andaikata kalau perut ini boleh berkata kata, pasti ia
pun jadi "pening" dengan dua - tiga jenis minuman yang
saya cuba.


Dan ketika saya di One Utama, antara kedai yang
menjadi pilihan ramai adalah kedai "CANDYLICIOUS",
kedai yang menjual pelbagai candy, gula, coklat, manisan 
dan macam macam pun adalah.


Tenguk saja bagaimana mereka peragakan kedai
terbabit, kalau orang dewasa macam saya pun teruja
inikan pula di kalangan kanak kanak.


Kalau saya membeli dan makan "lolipop gergasi" yang
diperagakan, saya rasa mesin yang menyukat kandungan
darah saya, pasti tak boleh mengeluarkan bacaan.


Bagi sesiapa yang mempunyai diebetes seperti saya,
masuk ke dalam kedai tu memanglah boleh, tapi bila
bab nak merasakan manisan tu, biarlah berpada-pada.


Kesihatan perlukan diutamakan........


Beratur nak beli popcorn.....

Memang teruja betul tenguk "lolipop' yang diperagakan....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...