Ads by nuffnang

Monday, November 19, 2012

Hangus sekelip mata....

Tengahari tadi, saya, Noraini Tahir dan
Junaidah Md Din ke Kampung Cheras Baru,
melawat rumah sahabat kami Jurukamera
Jebat M Roseli yang kebakaran pagi
semalam.

Sampai saja di lokasi, baru beri salam,
dan bertanya kabar, Jebat terus sebak.....

Kebakaran dipercayai berlaku akibat litar
pintas bermula di bahagian dapur.

Ketika kejadian kira kira 7.45 pagi, Jebat
telah sampai di Sri Pentas dan sedang
menyiapkan peralatan kamera untuk keluar
bersama saya tugasan Potret Bersamamu
di Temerloh, Pahang.

Tiba tiba dia menerima pangilan telefon
menyatakan rumahnya mengalami kebakaran.

Sangkaannya kebakaran tidak besar.

Tatkala sampai di rumah, bagaikan nak pitam
melihatkan keadaan rumahnya dan mujur tiada
kecederaan pada ahli keluarga mahupun jiran
tetangga.

Ramai rakan rakan datang menziarah dan terus
memberi semangat kepada Jebat dan keluarga.

Ketika masuk di perkarangan rumah Jebat,
tersentuh hati saya bila dia menunjukkan periuk
nasi kecilnya....

"Chik Inn, ni periuk nasi yang selalu kita guna
masa kita assignment oversea, banyak jasanya
dan dah sampai merata dunia", Jebat memegang
dengan matanya redup digenang airmata.

Jebat antara jurukamera yang kerap juga bertugas
dengan saya ke luar negara yang memakan masa
yang lama sehingga lebih 31 hari, juga tugasan
di bulan Ramadan.

Justeru seperti di Eropah, New Zealand, Australia,
China, Surinam, periuk terbabit digunakan untuk
memasak nasi mahupun lauk pauk yang ringkas.

Ayah kepada 4 cahayamata, Jebat memang suka
memasak untuk rakan rakannya.....

Semoga Jebat dan keluarga tabah dengan ujian
dan dugaan daripada Yang Maha Esa.

Sesungguhnya setiap apa yang berlaku tersemat
hikmah tersendiri yang Allah lebih mengetahui
apa yang terbaik buat umatNYA.......

Keadaan rumah Jebat yang hangus segala galanya



Periuk nasi yang banyak jasanya ......

Ketika ini Jebat dan jiran menumpang di Dewan Orangramai
Bukit A Kg Cheras Baru

 

Tuesday, November 6, 2012

Tangga Bradley Kuala Krai.....

Penerbangan ke Kota Bharu pagi ini sungguhpun
lewat 10 minit, ia tidak menjelaskan temujanji
kami dengan Pengetua dan tenaga pengajar
MRSM Kuala Krai.

Saya dan wartawan Liza ke sana untuk tugasan
Potret Bersamamu mendekati seorang pelajar
anak Rosmini Deraman yang berasal dari
Pulai Condong, Machang.

Kerjasama yang diberikan pihak kakitangan
MRSM memang baik sekali.

Selesai penggambaran dan makan tengahari,
kira kira 3 petang, kami pun meninggalkan
MRSM.

Krew Potret Bersamamu dan sebahagian daripada tenaga
kerja MRSM Kuala Krai

Sebelum balik ke Kota Bharu, saya singgah
sebentar ke Tangga Bradley atau kini dikenali
sebagai Tangga Krai.

Satu masa dulu, tangga ini menjadi
tanda aras untuk makluman andai akan
berlaku banjir besar di Kelantan.

Ketika berada di jeti penambang, mengimbas
kembali ketika saya menerbitkan rancangan
Warna Warna Malaysia bersama pengacara
Datin Normala Samsudin.

Ternyata rumah rumah rakit berhampiran
pinggir Sungai Kelantan di Kuala Krai tinggal
beberapa buah sahaja tidak sebanyak
ketika rakaman yang saya buat kira kira
15 tahun lalu.


Lokasi ketika saya menerbitkan Warna Warna Malaysia
bersama Datin Normala Samsudin

Tanda aras untuk menyukat banjir di Tangga Krai

Dari Kuala Krai, kami singgah makan malam
di Pasir Mas ke Restoren Yee Taming Sari,
individu yang obses dengan pelbagai koleksi
keris yang pernah kisahnya disiarkan dalam
program OBSESI TV9 beberapa bulan lalu.

Bila nak bayar aja, Abang Yee kata
"on the house".......

Bersama Abe Yee di depan restorennya
 

Alhamdulillah....rezeki jangan ditolak....

Esok, hari yang panjang buat saya dan krew.....

Thursday, November 1, 2012

POTRET BERSAMAMU....Wira di Medan Derita.....

Alhamdulillah semalam program musim baru 
Bersamamu iaitu POTRET BERSAMAMU kembali 
ke udara jam 9 malam setelah lebih 5 bulan
tidak bersiaran.

Terima kasih kepada rakan rakan yang 
menonton.

Semalam ketika saya menjadi tetamu MHI
(Malaysia Hari Ini) saya jadi sebak dan menitiskan
airmata bila diajukan beberapa soalan daripada
sahabat saya Ally Iskandar......

Sebak saya kerana teramat gembira menyaksikan
transformasi beberapa keluarga Bersamamu yang
dipaparkan sebelum ini, telah berubah dan terus
keluar dari kepompong kemiskinan.

Jika rakan rakan blogger berada di tempat saya,
pasti akan merasakan apa yang saya rasa.....

Jaclyn Victor yang turut menjadi tetamu dan 
menyampaikan lagu tema Bersamamu turut
sebak tatkala berkongsi pengalaman ketika
rakaman bersama kami beberapa tahun lalu.

Dengan lirik ditulis Habsah Hassan dan melodi 
gubahan Othman Mohamad, lagu "Wajah" dan 
program Bersamamu begitu sinonim sekali.

Jaclyn turut berbangga tatkala dimaklumkan 
beberapa keluarga kini berjaya meningkatkan 
taraf hidup mereka seperti dalam bait bait
lagu Wajah.....

Pada Wajah tiada rahsia...

Menunggu malang berganti tuah...
 
Usah kau berputus asa.....

Kaulah Wira...di medan derita......

Teruskan menonton Potret Bersamamu setiap 
Rabu jam 9 malam hanya di TV3.....

Dan bagi sesiapa yang terlepas menyaksikan 
Potret Bersamam boleh ke
www.tonton.com.my

Hulurkan tangan, ringankan beban.......

Lagu "Wajah" dendangan Jaclyn memang terbaik.....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...