Ads by nuffnang

Tuesday, November 29, 2011

KELEBIHAN ZA'FARAN....


Agak lama juga saya tidak berkongsi emel berantai
kepada rakan-rakan.

Justeru entri hari ini, yang panjangkan emel yang saya
terima daripada sahabat saya Siti Hida, untuk dikongsi
bersama mengenai kelebihan Za'faran....

Za’faran atau Saffron atau Nama saintifiknya adalah
Crocus Sativus L.

Dari Kitab Perubatan Islam, di bawah ini disenaraikan
beberapa kelebihan Za'faran :

Kaya dgn Vitamin B1 dan B2
Membantu menyempurnakan penghadaman
Untuk Kecederasan Minda, menguat kan daya ingatan
dan pintar
Merawat masalah darah
Mengawal tekanan darah tinggi dan kolesterol
Merawat anemia dan Thalassemia
Merawat sakit jantung
Melancar kan pengaliran darah
Merawat sakit saraf , bisa bisa sendi dan keletihan
Mengatasi masalah usus besar dan usus kecil serta

sembelitPerangsang Tenaga batin lelaki dan perempuan
Membersih dan menguatkan darah
Merawat Allergic
Penawar sakit lelah / Antiasthmatic
Antibacterial
Anti Cancer (Penawar Barah Payudara , pundi kencing,

Rahim dan prostat)
Penawar bengkak usus besar
Penawar bengkak usus kecil
Penawar selsema

Penawar Gastrik
Penawar HIV
Antioxidant
Penawar Ulser
Melindungi Hati
Merangsang Pengeluaran Hempedu oleh hati
Merendahkan tahap kolestrol dan Gula dalam

darah ( Diabetic)
Penawar symptoms Putus Haid
Anti Tumor
Penawar Radang Kulit
Merangsang Pengeluaran Insulin
Menghancurkan lemak ( Slimming
)


Za’faran juga dijadikan dakwat untuk menulis doa-doa
ayat Quran seperti doa menguat kan ingatan, hafalan ,
doa menghilangkan penyakit misteri, sihir dan santau.

Cara penggunaan Za’faran yang disarankan :

Za’faran dimasukkan di dalam air putih sebagai
minuman harian.
Di masukkan 3 helai  atau 5 atau 7 atau 11 helai

(mengikut banyakan nya air puteh).
Setelah air bertukar kuning , diminum.
Masukkan zafaran ke dalam semua minuman air putih

di rumah.
Di bacakan selawat ke atas Rasulullah saw dan di minum

setiap hari, niat di dalam hati mengikut niat masing-masing.
Boleh juga di minum oleh kanak-kanak .

Za’faran juga bolehdi minum dengan susu untuk kepintaran
otak dan kulit yang cantik.

Selamat Mencuba...

Semoga kita mendapat segala kebaikan dan dijauhkan
dari segala keburukan dan penyakit.

Ameen Ya Rabbal Alamin.

Thursday, November 24, 2011

"ANUGERAH SKRIN 2011 - PENERBITAN TEKNIKAL KREATIF."

Lima kategori dipertandingkan

Petang tadi bertempat di Sri Pentas, diadakan Anugerah
Skrin 2011, tetapi lebih kepada wargakerja Media Prima
khususnya bahagian Penerbitan Teknikal Kreatif.

Lima kategori dipertandingkan dan ia satu suntikan 
semangat kepada wargakerja khususnya rakan-rakan
di bahagian teknikal untuk melipatgandakan
lagi kreativiti dan prestasi masing masing.

Penyampaian anugerah diselangselikan dengan
persembahan peserta VOKAL iaitu Mafa dan
Azmarul.

Hanya Ally Iskandar saja menjadi pengacara petang tadi,
Rozita Che Wan tak ada lah.......

Azmarul menghiburkan wargakerja yang hadir......

Kategori yang dipertandingkan adalah Penataan Bunyi
Terbaik, Penataan Cahaya Terbaik, Pengarahan Seni
Terbaik, Suntingan Terbaik dan Videografi Terbaik. 

Dalam menghasilkan program, kerjasama daripada
pelbagai pihak amat penting untuk melahirkan
program untuk tontonan ramai.

Sememangnya semua wargakerja menjalankan tugas
dengan cemerlang kerana ia amanah dan tanggungjawab
yang telah diberikan.

Mendapat anugerah bagaikan satu bonus dalam
sesuatu pekerjaan.....

Tahniah kepada rakan rakan yang menang....


Acara diadakan di perkarangan "foyer" Sri Pentas

Tahniah......



 

Tuesday, November 22, 2011

'TISU ohhh TISU....."

Entri hari ini saya terpanggil untuk menulis pasal tisu.....

Bukan roti tisu atau tisu dalam anggota badan, tetapi
tisu yang digunakan untuk mengelap tangan dan mulut.

Sebenarnya banyak kegunaan tisu ini......

Di cafe Sri Pentas terdapat dua pengusaha kantin iaitu
kepunyaan Mamak dan Melayu.

Tengahari tadi saya makan di kantin Melayu dan
semasa membayar pembantu juruwang terus
menghulurkan tisu kepada saya.

"Hai sekarang ada staf pulak yang tolong beri tisu",
saya menegur pembantu juruwang terbabit.

Lazimnya selepas membayar dan mengambil sudu/garfu
berhampiran juruwang, tisu diletakkan di satu
bekas khas dan diambil sendiri oleh pelanggan.

"Hah kak, satu hari, lebih satu kotak tisu digunakan",
pembantu juruwang menjawab sambil menunjukkan
kotak besar tisu.

Satu kotak besar (carton) rasanya ada lebih 60 bungkus
tisu, kira banyak lah digunakan....

"Ohh you all dah ikut macam Mamak kat sana letak sikit
sikit aja tisu ya......"?

"Ya ke kak, diaorang letak tisu sikit sikit?,  juruwang
bertanya saya.

Saya mengangguk mengiakan.

Menurut Fieza, penolong penerbit saya, tisu di restoren
Mamak tu kadangkala di potong dua ......

Nak jimat tisu gamaknya.....

Tatkala saya makan, sempat saya perhatikan di meja
meja berdekatan.

Tidak mustahillah dua carton pun boleh digunakan kerana
bila kita sesuka hati boleh ambil tisu, bukan saja untuk
mengelap tangan atau mulut, turut di gunakan untuk lap
meja, kerusi yang memang dah bersih.

Kadangkala di ambil lebih, lepas tu guna beberapa helai
sahaja,selebihnya dibiarkan di atas meja dan terus berlalu.

Tak kan orang lain nak ambil pakai pulak..... 

Saya rasa ia berlaku di mana mana pun di restoren segera,
besar, kecil, mahupun di warung.......

Satu masa dulu ada isu sesetengah gerai atau warung
menggunakan tisu tandas dan tindakan itu memang
tidak wajar dan mendapat tentangan ramai.....

Memang tak patutlah beri tisu tandas untuk pelanggan
yang makan....

Apapun harga tisu tak lah berapa mahal sangat, tapi
gunakan lah sewajarnya.....

Apa pandangan rakan rakan blogger.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...