Ads by nuffnang

Saturday, April 21, 2012

Mazlin aka Chik Inn nak tukar kerjaya........?

Dalam masa seminggu ini, memang saya teramatlah
sibuknya....tak sempat langsung nak menjengah blog.....

Bukan saja menyelaraskan program di bawah pemerhatian
saya, tetapi sekejap jadi pengisi borang di pejabat Imigeresen,
sekejap jadi penyelaras mengambil photo paspot dan visa,
sekejap menjadi pegawai perubatan, sekejap menjadi pegawai
agensi pelancongan......

Untuk pengetahuan rakan rakan blogger, saya jadi "part time"
di atas, kesinambungan kepada baru baru ini saya 
dapat kabar yang teramat gembira di mana seorang insan
ahli perniagaan bergelar Datuk bermurah hati untuk menaja
30 pakej umrah.

Beliau menaja 20 ahli keluarga Bersamamu yang pernah
disiarkan beberapa tahun lalu, 7 anak yatim beserta
krew produksi.

Tatkala menyampaikan berita gembira mereka terpilih,
masing masing bersyukur kehadrat Illahi kerana tidak
menyangka sama sekali akan terpilih.....

Saya sendiri yang menyampaikan khabar berita itu
turut bergenang airmata menyaksikan sendiri
reaksi mereka yang terkaku seketika diiringi airmata
jernih membasahi pipi kerana terlalu gembira.

Tidak putus putus ucapan syukur keluar dari mulut
mereka kerana bakal menjadi tetamu Allah.....

Mereka terpilih berdasarkan tahap kehidupan mereka
yang banyak telah berubah setelah mendapat bantuan,
pelajaran anak anak meningkat dan melanjutkan
pelajaran di IPTA/IPTS selain memperolehi keputusan
cemerlang utk SPM, PMR mahupun UPSR dan semestinya
sentiasa mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Dalam masa seminggu, saya di bantu Intan berkejar ke
Melaka, Lembah Klang, Taiping, Temerluh, Seremban
dan Kota Bharu untuk menyiapkan paspot mereka
beserta menguruskan suntikan Vaksin Meningitis.

Dan bukan semua klinik yang mempunyai vaksin ini,
masa di Melaka, dari satu klinik ke satu klinik saya
tertanya, akhirnya adik di klinik Bandar Hilir
manakala kakak di Semabok.

Untuk pasangan di Taiping dan Temerloh, masing
masing saya dan Intan membawa vaksin dari Sri Pentas
yang diletakkan dalam "cool box" dan mohon klinik
di sana menyuntik mereka.

Semalam, kami meluangkan masa mengisi borang untuk
visa umrah.

Nampak mudah, sebenarnya kena isi dengan teliti.

Sesekali buat tugasan macam agensi pelancongan
macam besttt juga.......

Boleh difikirkanlah perancangan akan datang, lepas bersara
di Media Prima kelak......

Hari ini saya ingat nak lepak aja nak rumah, kira kaqak
seminggu yang sibuk, tetapi tengahari dapat mesej
seorang rakan baik saya ingin menaja kain ihram dan
telekung kepada famil Bersamamu dan anak yatim.

Justeru saya pun recce lah beberapa kedai yang menjual
barangan umrah petang tadi.

InsyaAllah mereka akan bertolak pada 12 Mei dan akan
berada di Tanah Suci hingga 23 Mei.

Mohon rakan rakan blogger sama sama mendoakan
pemergian mereka dipermudahkan, ahli keluarga
yang ditinggalkan dalam peliharaan Yang Maha Esa dan
mereka mendapat Umrah Makbur.........

Ameen......

Pasangan adik beradik Fatin dan Fahmi selesai membuat paspot
 di Imigeresen Melaka.....Fatin tahun akhir di USIM dan adiknya mendapat
8A keputusan SPM baru baru ini.
Fahmi berdebar debar nak buat suntikan......


Menyampaikan berita gembira kepada Rusmini Deraman di
Machang, Kelantan, Khamis lalu......

Terharu dan syukur kehadrat Illahi......

Friday, April 6, 2012

Sibuk macammana pun....ingat nasihat kubur......

Minggu ini saya agak sibuk kerana selain menerbitkan
Saksi Maut, saya turut menyelaraskan program
Intai Intai Deko Musim 2 yang akan mula bersiaran
pada 12 April ini di TV3 jam 11.30 pagi.

Masih mengekalkan Datin Nor Azlina Redzuan atau mesra
dengan panggilan Alin sebagai pengacaranya.

Selasa lepas seharian di Bangsar untuk rakaman pembuka
bicara atau "moderator" Nor Azlina. 

Selesai rakaman, saya bergegas ke Subang Skypark Terminal
untuk menaiki pesawat ke Kuala Trengganu.

Sampai hotel Kuala Trengganu, dok menghadap laptop
untuk mengedit skrip Saksi Maut kisah kanak kanak maut
rentung di rumah datuknya untuk siaran 10 April.

Esoknya ke lokasi kisah kanak kanak maut di hempap
pagar di Kuala Besut....

Saya akan kongsikan entri mengenai kisah malang kanak
kanak itu, InsyaAllah esok ya....

Hari ini saya inginkan kongsikan info yang istimewa
buat semua rakan-rakan.

Saya terima perkongsian ini daripada sahabat saya
Farina Ashruddin, orang kuat TV9 dan dia mohon
disampaikan kepada sesama muslim......

NASIHAT KUBUR...

1.Aku adalah tempat yang paling gelap di antara
yang gelap,maka terangilah aku dengan
TAHAJUD....

2.Aku adalah tempat yang paling sempit, maka
luaskan aku dengan berSILATURAHIM.....

3.Aku adalah tempat yang paling sepi maka
ramaikanlah aku dengan perbanyakkan baca
AL QURAN....

4.Aku adalah tempatnya binatang binatang yang
menjijikkan maka racunilah ia dengan
AMAL SEDEKAH...

5.Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana
tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan
SOLAT....

6.Aku adalah tempat untuk merendammu dengan
cairan yang amat amat sakit, bebaskan rendaman
itu dengan PUASA....

7.Aku adalah tempat Munkar & Nankir bertanya,
maka persiapkanlah jawapanmu dengan
perbanyakkan mengucapkan Kalimah
"LA ILA HA IL ALLAH"

Pesan berpesan sesama rakan rakan....
dan juga buat peringatan diri saya sendiri....
macammana sibuk pun kita.....
ingatlah kita bakal menjadi penghuni KUBUR
satu hari nanti.....

Justeru sentiasalah kita mengingatiNYA.....

ALLAH HU AKHBAR........

Gambar Hiasan

Friday, March 30, 2012

Tersedak boleh membawa maut......

Acapkali kita mendengar atau terbaca kisah kanak kanak
yang maut akibat tersedak susu atau air samaada di pusat
jagaan kanak-kanak mahupun di rumah sendiri.

Tersedak bukan sahaja berlaku di kalangan kanak kanak,
malah orang dewasa juga kerap tersedak ketika minum.

Lazimnya bila seseorang tersedak dikaitkan dengan
ada individu lain yang menyebut nama seseorang.

Apa kaitan antara tersedak dan nama disebut, sukar
untuk mendapat jawapannya.

Saya ingin kongsikan pengalaman tersedak yang saya
alami kelmarin.

Berikutan keadaan gusi dan gigi saya masih berdenyut
ketika itu, justeru makanan yang paling sesuai tentunya
bubur.

Saya dan Penerbit Intai Intai Deko, Norlizah Yusoff ke
Mc Donald yang terletak di Pusat Membeli Belah One
Utama bersebelahan Sri Pentas.

Selesai makan bubur, saya meneguk sedikit air mineral
sambil berbual bual dengan Norlizah.


Tegukan kedua secara
tiba tiba saya tersedak
dan ia begitu
menyakitkan.



Buat seketika saya tidak
dapat bernafas,
berkemungkinan
lapisan air telah menutup
paru paru dan pada masa
yang sama menghalang
saluran pernafasan lalu
menyebabkan
saya tersedak dan lemas..




Saya tersedak beberapa kali lagi dan memang saya tidak
dapat menarik nafas dan hanya bernafas melalui mulut
dengan tercungap-cungap.

Melihatkan keadaan saya, Norlizah beberapa kali bertanya
saya samaada saya ok atau tidak.

Saya masih tersedak hingga meleleh airmata kerana
begitu perit dirasakan

Saya tidak mahu dia panik maka saya katakan padanya
saya ok.

Hakikat sebenarnya, dalam hati saya terus beristifar dan
menyangka saya akan pengsan.

Saya terus menghembus hembuskan udara dari mulut dan
hidung.

Kira kira seminit kemudian barulah saya dapat bernafas
seperti biasa.

Setelah saya relak sebentar, barulah kami balik ke pejabat.

Tatkala sibuk menjawab beberapa emel berkaitan
tugasan, Norlizah ke tempat saya untuk mendapatkan
tandatangan.

Ketika itu barulah saya maklumkan bahawa kejadian yang
berlaku sebentar tadi sebenarnya membuat saya gementar
tapi bersikap "cool" agar dia tidak panik.

Dia terkejut mendengar apa yang saya katakan.

Kejadian seperti ini juga boleh berlaku kepada sesiapa
sahaja.

Andai anda bersama rakan sebaiknya minta rakan terbabit
menepuk belakang anda beberapa kali seperti juga
kepada bayi atau kanak kanak.

Jika anda bersendirian cuba menghembus hembus nafas
melalui mulut dan hidung atau batuk dan jangan panik
sama sekali.

Satu pengalaman yang mencemaskan buat saya...

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Alllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...