Ads by nuffnang

Thursday, August 11, 2011

Bazaar Ramadan ohh...Bazaar Ramadan....

Beberapa rakan rakan di pejabat bertanya kenapa sejak
dua menjak ini saya tak update blog.

Sebenarnya bukan tak nak update tapi masa agak
membataskan.

Biasalah di pejabat dengan kerja kerja suntingan visual,
skrip dan prebiu beberapa program di bawah penyelarasan
saya untuk sepanjang Ramadan mahupun Raya nanti.

Balik berbuka puasa, terawih dan bila balik  rumah
dah lentuk.

Jadi langsunglah tak menghadap laptop.

Lagi satu bulan ramadan ini, kena berhati hati dengan 
apa yang kita makan.

Isnin lepas saya terpaksa ambil cuti kecemasan kerana
perut meragam teramat sangat.

Hari ini pun sejak pagi tadi lebih 6 kali saya ke tandas,
tapi tetap ke pejabat.

Saya rasa bukan saya sorang aja yang menghadapi 
masalah perut tidak memberi kerjasama kerana setiap 
kali saya ke tandas, ada aja penghuni di dalamnya dan 
mengambil masa yang agak lama....

Jadi faham sajalah kan.....

Sekadar ingatan kepada rakan rakan bila beli makanan 
di Bazaar Ramadan tak kira di mana sekalipun,
berhati hatilah pilih juadah......

Selain mengelakkan pembaziran, pastikan makanan yang 
dibeli dalam keadaan yang baik dan segar......

Kalau ada masa lebih afdal masak aja di rumah...

Kalau tidak nanti asyik berjumpa "DR Tan" dan 
"DR Dass" lah...

5 comments:

  1. betul tu. saya sndiri lebih yakin masak sndiri dpd beli di baazar. lgpn kdg2 dorg masak awak sgt mlm kang dah basi...

    ReplyDelete
  2. betul tu Cik Inn..

    putu pun sama..3 hari lepas... duk le ulang2 Dr. tan tu..

    letih dibuatnya...

    ReplyDelete
  3. setakat ni alhamdulillah tak ke pasar ramadhan lagi sebab kat kawasan ni takde pasar ramadhan pun,Tapi kadang-kadang kita terpaksa beli makanan kat situ sebab balik lambat dan sebagainya..seeloknya bijaklah pilih gerai..

    ReplyDelete
  4. betu tu chik inn..sy pun baru je baik dr kena keracunan ni..minum air soya yg beli kat PARAM

    ReplyDelete
  5. setakat ni sya tak jejak lagi param, takut jadi gitulah kesian anak anak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...