Ads by nuffnang

Wednesday, September 28, 2011

Dapat cucu lagi......

Semalam seharian saya dan beberapa rakan rakan
daripada unit "Lifestyle and Magazine' bertapa di
PNB Darby Park kerana menghadiri sesi "brainstorming".
atau sesi mencari idea idea barulah....

Terima kasih kepada wargakerja PNB Darby Park yang
memberi kerjasama sepanjang seharian kami di hotel
terbabit. 

Lazimnya kira kira 3 bulan sebelum memasuki tahun baru,
kami telah memulakan beberapa perancangan untuk
menerbitkan program baru mahupun memantapkan lagi
program yang sedia ada.

Sungguhpun dalam kumpulan yang kecil, tetapi
Alhamdulillah idea rakan rakan saya mencurah curah.....

Ini kumpulan kedua mengadakan sesi "brainstorming"
bagi unit 'Lifestyle and Magazine".

Kumpulan pertama pada hari Isnin dan kumpulan ketiga
esok.

Prosedur sebelum sebuah porgram diterbitkan, penerbit
yang dipertanggungjawabkan akan membentangkan
kertas kerja yang dikumpul daripada rakan rakan
beserta "budget",kepada bos besar, jika dapat lampu
hijau... maka bermulalah sesebuah penerbitan terbabit.

Sesi semalam dikendalikan saya dan rakan baik saya
Hartina Ayu Harun dan Ruzmi Kamaruddin.

Bos besar kami, Puan Nuraeshah Malik sebagai
pemerhati.








Berikuatan agak sibuk untuk menyediakan modul untuk
sesi ini di samping beberapa tugasan produksi lain, 
anakbuah saya bersalin Ahad lalu, hanya dapat saya
ziarah malam tadi.

Sebelum ini saya ada menulis mengenai cucu pertama
saya Iman, jadi ini adik Iman lah......




Belum ada nama lagi, tapi ayahnya mencadangkan nama
dengan pangkal "I" seperti Iman dan beberapa nama
dicadangkan adalah Ibrahim, Isa, Imran,Idris,Ilyas.......

Rakan rakan blogger ada cadangan nama bermula
dengan "I"?????

Alhamdulillah dah dua cucu saya.........

Cepat masa berlalu.....dulu semasa ayah Iman kecil,
sayalah mendokong dia kini saya mendokong Iman
dan adiknya pulak.....

Ada umur panjang....dengan IzinNYA moga saya
dapat mendokong anak Iman kelak......InsyaAllah.....




3 comments:

  1. Anak sedara Ate ada yg 2 beradik nama Ismaeil dan Ibrahim. Bunyi macam tak glamour tapi nama famous tu.. tiap tahun di masjid2 seluruh dunia akan menyebut 2 nama ini iaitu di Idul Adha :). Dalam AQ juga ada surah Ibrahim.

    ReplyDelete
  2. SIs

    Iffat Kehormatan diri
    Idraki Pengetahuanku, pemahamanku
    Iftiqar Keperluan
    Ihsan Kebaikan
    Iftikhar Kehormatan
    Ihtisyam Kehebatan
    Ijlal Penghormatan
    Ikhwan Persaudaraan
    Ikhlas Memuliakan
    Ikram Menghormati
    Iktidal Keadilan
    Ikhtiari Pilihanku
    Iktisham Tenaga
    Ikhtiaruddin Pilihan agama
    Iktimad Berserah
    Ilyas Nama nabi
    Ilyasa Nama nabi
    Iliya Nama nabi
    Ilham Ilham
    Imadi Sokonganku
    Imaduddin Tiang agama
    Iman Iman
    Imdad Tolong, bantu, sokong
    Imtiyaz Sempurna
    Imran Budi bahasa
    Inayat Pertolongan
    Insaf Kesedaran
    Intisar Kemenangan
    Inas Kelembutan
    Iqtidar Kekuatan, tenaga
    Iqbal Kejayaan
    Irfan Kebijaksanaan, kesyukuran
    Irsyad Nasihat, panduan
    Irsyaduddin Panduan agama
    Is’ad Beroleh taufiq
    Ishak Nama nabi
    Iskandar Nama seorang raja (Alexander Agung)
    Isma Pemelihara
    Isyhad Penyaksian
    Islam Kesejahteraan
    Islah Pembetulan
    Ismail Nama nabi
    Ismat Ketulian, kesucian

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...