Ads by nuffnang

Tuesday, September 13, 2011

"Pelancaran Intai Intai Deko..."

Hah dah seminggu lebih saya tak update entri kerana sibuk
sikit dengan tugasan dan jemputan.....

Rasanya ramai rakan rakan masih dalam mood raya dan
menerima jemputan rumah terbuka di sana sini. 

Esok bertempat di Sri Pentas, diadakan Rumah Terbuka
bagi wargakerja Media Prima dengan bertemakan
Hikayat Seribu Satu Malam atau Arabian Night.

Saya seorang daripada AJK Primeworks Studio(PWS)
yang ditugaskan untuk menyelaras persembahan warga
PWS beserta beberapa props yang berkaitan untuk
diletakkan di kemah antaranya Hamman atau tempat
mandi /sauna.

Justeru saya pun sibuklah dengan perbincangan dengan
wargakerja dan juga menghadiri rehearsal tarian dan
pentomin yang akan dipersembahkan.

Ada hadiah menarik menanti pemenang tau.....

Nanti esok saya tulis lebih detail....

Tadi juga berlangsungnya pelancaran program baru
"Intai Intai Deko" yang akan memulakan siaran pertamanya
pada Khamis ini 15 September jam 11.30 pagi.

Mungkin rakan rakan blogger ada membaca entri mengenai 
di belakang tabir tugasan Intai Intai Deko sebelum ini kan....

Pengacara program ini tidak lain tidak bukan
Nor Azlina Redzuan yang sinonim dengan Majalah 3
dan Buletin Utama sebelum ini....

Tetamu yang datang ke majlis pelancaran tadi dihadiahkan
kusyen Intai Intai Deko dengan kerjasama Ain Furniture...

Ok saya lampirkan sekali beberapa foto sepanjang
pelancaran "Intai Intai Deko".....

Alin di temuramah Fiza - pengacara majlis

Bersama wartawan pelatih dari UITM Almaz dan Ann
Cenderamata Kusyen "Intai Intai Deko"


Pelancaran Intai Intai Deko bersama Zainal Ariffin, Nuraeshah Malik dan
 Pengarah Urusan Ain Furniture

Sebahagian daripada krew penerbitan bersama Juliza Adlizan

Juliza turut berkongsi inspirasi dekorasi rumahnya... 



Jangan lupa menonton "Intai Intai Deko".....

Berkongsi Kreativiti, Kisah dan Inspirasi......

Setiap Khamis jam 11.30 pagi.......di TV3.....

9 comments:

  1. akan daku tunggu...sesuai dgn selera dan cita rasa deko dek nih.....

    ReplyDelete
  2. cik inn..nak jugak kusyen cntik tu heeee

    ReplyDelete
  3. tak sabar nk tggu hr khamis ni...

    ReplyDelete
  4. minat sgt rancangan berkaitan deko2 ni..mesti menarik ni..

    ReplyDelete
  5. salam,

    memang masih sibuk dengan
    undangan rumah terbuka yg tak kira
    weekend atau weekday

    lama tak tengok datin alin tu..masih comel :)

    ReplyDelete
  6. assalam Cik Inn.
    nak tunggu Cik Inn pakai baju ala - ala Mak Arab.

    ReplyDelete
  7. saya sangat suka bab decor ni...terima kasih TV3

    ReplyDelete
  8. Salam
    Saya suka sgt rancangan ni, m'beri byk ilham kpd saya utk m'hias rmh sendiri he he ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...