Ads by nuffnang

Friday, October 5, 2012

OBSES LEGO dapat gi LEGOLAND.....

Semalam krew Obsesi di ketuai Penerbitnya Fieza
ke Kajang, mendekati seorang pesara
Jurutera Kimpalan Besi bernama Seat See Cheng,  
mesra dengan panggilan Uncle Seat berusia
57 tahun.

Mulanya saya nak turut serta tapi ada beberapa
perbincangan yang perlu saya hadiri tak dapatlah
saya ikut.

Menurut Fieza, Uncle Seat kini menghabiskan masa
persaraannya dengan membina bangunan dan
kenderaan di Taman Mini LEGOnya sendiri.

Dia ni saudara.... sanggup menghabiskan hampir
dua ratus ribu ringgit semata mata untuk
memperolehi koleksi LEGOnya.

Dua ratus ribu ringgit......????????

Anak jati Kuala Lumpur ini telah mengubahsuai
separuh kediamannya hanya untuk membina sebuah
kabinet khas menyimpan koleksi Legonya.

Memang kalau dah terlalu Obses dan teruja pada
sesuatu perkara atau benda, apa pun boleh jadi.

Betul tak rakan rakan........

InsyaAllah Selasa depan krew OBSESI akan
membawa Uncle Seat dan keluarganya ke LEGOLAND
di Johor.

Saya memang bercadang nak bercuti dengan member
ke sana tidak lama lagi, tetiba kebetulan dapat
kerjasama daripada pihak LEGOLAND, untuk
penggambaran bersama Uncle Seat.... 
Alhamdulillah....ibarat peribahasa pucuk dicita,
ulam mendatang lah....

InsyaAllah ketika saya di sana nanti saya akan
kongsikan disebalik tabir gelagat Uncle Seat 
sepanjang di LEGOLAND.......


Macam kedai jualan mainan....
Satu keluarga meminati koleksi LEGO....

 

2 comments:

  1. kalo dah minat.tiada yg dapat mennghalang.
    best

    ReplyDelete
  2. Salam. Mari menginap di Sufie Homestay Johor yg harga sgt berpatutan dan hnya 20min shj ke Legoland. Layari blog untuk maklumat lbh lanjut http://sufiebiz.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...