Ads by nuffnang

Thursday, January 17, 2013

Selamat Tinggal Australia....

Salam rakan rakan....

Ingat nak update entri sebelah malam selesai
tugasan, tetapi berikutan bayaran untuk
mengunakan internet di bumi Kanggaroo ni mahal
sangat, maka tak jadilah.

Semasa bermalam di Hunter Valley, hotel tempat
saya menginap mengenakan 11 Dollar Australia
untuk satu jam...kira kira 33 ringgit Malaysia......

Hah... mana cukup satu jam dengan nak muatturun
gambar lagi, maka dok lepak di bilik dan tenguk

televisyen ajalah.

Malam ini, malam terakhir di Bumi Kangaroo.

Dah siap mengemas beg dan bayaran internet di
hotel ini 2 jam dikenakan 13.20 Dollar Australia,
maka saya tutup mata dan bayar ajalah...

Ketika penggambaran di Port Stephens, antara
aktiviti yang buat pengacara Unsung Places paling
teruja adalah “Sand Boarding”......

Memang seronok mengelunsur di atas pasir,
tetapi nak naik semula tu yang tak berapa nak
larat....tinggi....

Dengan keadaan pasir yang lembut dan angin
yang kuat....mencabar jugalah....


Cadangan krew yang lain termasuk saya nak
mencuba juga, tapi berikutan masa mencemburi kami,
maka tak dapatlah kami mencubanya.

Biasalah dah nama pun datang untuk kerja....apapun
kerja yang paling diutamakan.


Hari ketiga sebelum ke Hunter Valley, awal pagi
dalam pukul 6, kami ke ladang unta milik penduduk
tempatan.


Ketika ini Australia musim panas, justeru dalam pukul
530 pagi dah cerah dan siang yang panjang.


Pukul 7.45 petang masih cerah...

Thanuja membantu pemilik ladang bernama Rod,
menghambat unta untuk di masukkan ke dalam
lori.


Nak  tahu bagaimana dia dan Rod melakukannya,
kenalah saksikan Unsung Places Australia tak

lama lagi....

Siaran Unsung Places setiap Sabtu jam 7.30 petang
hanya di TV3....

Siaran yang akan ke udara Sabtu ini, Thanuja
di Taiwan...

Tempat pendaftaran untuk
"Sand Boarding"

Rakaman Thanuja menuruni bukit pasir
Sungguhpun panas, tapi angin bertiup begitu kencang


Krew Unsung Places bersama Rod dan anaknya
 

2 comments:

  1. Salam Cik Inn.

    Cik Inn nampak kecil sedikit dari size biasa dalam gambar sand boarding tu.. yang macam biasa piece yo ..dua dua tangan angkat ke atas.. hehehe..Happy Belated birthday jugak...

    ReplyDelete
  2. Thanks Zana,
    Dah memang trademark Chik Inn kalau ambil gambor badan mesti senget sikit dan tangan mesti angkat.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...