Ads by nuffnang

Monday, June 3, 2013

Musim mendaftar IPTA/IPTS.....

Dalam waktu terdekat seminggu dua ini,
ibubapa pastinya sibuk menguruskan
anak anak yang melanjutkan pengajian
baik di IPTA mahupun IPTS.

Tahniah anak anak.....

Teruskan perjuangan untuk mencapai
keputusan cemerlang dan mengembirakan
keluarga terutama ibubapa.

Sungguhpun saya tidak ada anak sendiri
untuk didaftarkan, tetapi saya amat bangga
turut membawa anak anak angkat
Bersamamu saya melanjutkan pelajaran
dalam bidang yang mereka minati.

Sabtu lepas saya ke Perak, untuk menghadiri
kenduri doa selamat di Pertubuhan Anak Yatim
Bait Al Amin, Parit....

Seorang daripada penghuninya Jefri, berjaya
melanjutkan pelajaran di UniRazak dan
mendapat biasiswa penuh daripada Yayasan
Cemerlang.

Kisah Jefri ini agak unit.

Kemiskinan membuatkan dia tidak ke sekolah
dari tingkatan 2 hingga 4.

Namun dia nekad untuk mengambil SPM
dan sungguhpun tercicir 3 tahun, dia bangkit
dan berjaya mendapat keputusan cemerlang
serta menjadi pelajar terbaik Perdagangan.

Jika ada kemahuan pasti ada jalan kejayaan.

Satu lagi anak Bersamamu dari Perak,
Eugene Low juga mempunyai kisah tersendiri.

Dia pelajar cemerlang sejak dibangku sekolah
rendah lagi.

Namun tahun lepas di saat dia sibuk
menyiapkan diri untuk menghadapi SPM,
ibunya yang menghidap barah dalam keadaan
kritikal.

Selepas sekolah dia terus mengambil alih
tugas menemani ibunya di hospital.

Ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun
lepas..

Dan diikuti neneknya.....

Sungguhpun dugaan yang diterima begitu
besar, dia tabah dan tidak berputus aja....

Dan berkat ketabahannya dia juga berpeluang
melanjutkan pelajaran di UniRazak dan
mendapat biasiswan penuh
Yayasan Cemerlang.

Semalam Jefri ditemani Pengerusi Bait
Al Amin, iaitu En Rozelan dan beberapa
penghuni dari rumah anak yatim/miskin
untuk terus memberi sokongan moral buat
Jefri.

Berikutan Eugene sudah ketiadaan ibubapa
dan abangnya Lennon mempunyai masalah
dengan kereta, maka sayalah jadi mak
angkat menemani Eugene mendaftar.

Dua minggu lepas, saya dan krew menemani
empat anak Bersamamu mendaftarkan di 
Kolej East West di Seremban.

Mereka melanjutkan pelajaran dalam
jurusan pengurusan perhotelan dan
hospitaliti.

Tinjauan wartawan Liza, sabtu lepas di
asrama mereka, Yaya, Balqis, Salina dan
Nisa begitu akrab dan bersemangat setiap
kali ke kuliah.

Begitu juga anak anak lain yang dapat
keputusan cemerlang antaranya, Shafikah ke
UiTM, Ateh ke Politeknik Sultan Mizan
dan Hizbollah mendapat tawaran matrikulasi
di Negeri Sembilan.

Alhamdulillah dengan sumbangan dan sokongan
masyarakat prihatin telah banyak merubah
frasa kehidupan keluarga Bersamamu......

Hanya Allah saja yang akan membalas jasa
baik anda semua.........


Ketika pendaftaran di Kolej East West Seremban


Datuk Murad pengasas kolej memberi taklimat
 

Photo Terbaru anak Bersamamu yang menyambung
pengajian di Kolej East West
(Nisa, Yaya, Balqis dan Salina duduk bahagian depan)
(Syafikah bertudung oren)

Eugene berkemeja T kelabu mengisi borang pendaftaran

Ayah Lan memberi kata kata nasihat
(Jefri yang berkemeja kotak berlengan panjang)
Sesi temuramah bersama Datuk Dr Md Zabid
selalu Presiden dan Vice Chancellor UniRazak
 

1 comment:

  1. terasa bangga dengar citer anak2 BersamaMu ni. Semoga perjuangan mencari bekal dunia ni terus-terusan bersemarak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...