Ads by nuffnang

Friday, December 19, 2014

Membawa diri dan berjumpa KeluangMan.........

Salam dari bumi Medan....

Saya berada di bumi Medan sejak Selasa lalu... bukanlah
betul betul bercuti tetapi membawa hati yang lara....

Mungkin ramai juga sahabat sediamaklum Isnin lalu
adalah hari terakhir kepada lebih 600 wargakerja Media
Prima mahupun NSTP.

Mereka mengakhiri perkhidmatan di stesen swasta itu
selepas menerima Skim Persaraan  atau MSS -
(Mutual SeparationSheme).

Saya turut menghantar permohonon selepas hampir 24
tahun berkhidmat di stesen terbabit tetapi permohonan
saya tidak diterima......

Kalau nak ikutkan hati kecil saya ini memang begitu
kecewa dan sedih...

Ramai juga sahabat rapat yang sama sama dengan saya
sejak di zaman Bangsar meninggalkan Media Prima.

Antaranya Zakiah Anas sahabat saya sejak di zaman
menuntut ilmu di UITM, juga Norlizah Yusof,
Hartina Ayu Harun, Siti Zainah Jauhir, Ifawani Omar,
Junaidah Md Din, Jebat M Roseli,  Mazidol Akmar Sidek,
Mohd Naim Niamat, Azman Nahar, Anuar Shamsudin,
Azizah Ariffin, Azzura Azizul Azman dan ramai lagi.......

Walaupun sedih saya perlu redha dan terima segalanya..

Namun  saya terus mengharapkan agar permohonan 
diterima kerana staf yang merayu akan dapat
keputusannya dalam waktu terdekat ini.

Ketika ini saya berkelana ke Medan, Indonesia.

Secara kebetulan kakak saya ada urusan di Medan,
maka saya diajak menemaninya.

Kalau baca tajuk blog ada membabitkan KeluangMan...

Sebenarnya Rabu lalu dalam perjalanan dari Medan ke
Brastagi kami melalui satu perkampungan yang rata rata
di pesisir jalan ramai penduduk kampung yang menjual
Keluang.

Keluang atau Flying Fox turut dikenali sebagai Kalong
oleh masyarakat setempat.

Selain dijual untuk menjadi haiwan peliharaan, keluang
turut menjadi santapan masyarakat di sini terutama
masyarakat keturunan Batak.

Ia sama spesis dengan kelewar tetapi saiznya lebih
besar daripada kelewar......

Dijual antara 100 ringgit ke 150 ringgit, tepuk dada
tanpa selera.......bagi penggemarnya...

Di Brastagi saya singgah sebentar ke atas Bukit Gundaling
untuk menyaksikan tersergam gagah Gunung Sinabung.

Ia adalah gunung berapi di Dataran Tinggi Karo, Sumatera
Utara dan aktif serta menjadi puncak tertinggi di provinsi
itu dengan ketinggian 2,460 meter.

Letusan terakhir gunung ini terjadi Januari 2014 dan 
dilaporkan 14 orang terkorban terkena luncuran awan panas
ketika berada di Desa Suka Meriah.

Letusan atau semburan awan panas masih terus hingga
kini.

Sepanjang lebih sejam saya berada di Gundaling, beberapa
kali gunung terbabit mengeluarkan asap hitam dan pihak
berkuasa tempatan sentiasa memantau pergerakan gunung
terbabit.

Jauh perjalanan, bertambah pengalaman.......

Ini Keluang yang jinak dan dijual dengan harga RM150 seekor
untuk menjadi haiwan peliharaan.....

Saiz Keluang lebih besar daripada Kelewar

Gunung Sinabong yang nampak mendamaikan.....

Tiba tiba asap hitam meledak dari Gunung Sinabong........
 

 

3 comments:

  1. Mmg digalakkan jenjalan jika hati disaluti kekecewaan. Pasti balik nanti terubat luka di hati kan.. dpt tgk negara org, jumpa pelbagai ragam manusia.

    ReplyDelete
  2. jauh perjalanan luas pengetahuan..

    ReplyDelete
  3. Cik In.. saya masih ada di sini.. rasanya perpisahan kali ini yang paling terkesan di hati sebab kawan-kawan yang seangkatan yang meninggalkan kita.. yang sebaya... yang menua bersama di sini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...