Ads by nuffnang

Monday, September 3, 2012

Dari Rotterdam ke Kuala Lumpur......

Tengahari semalam saya mendapat panggilan 
daripada seseorang yang suaranya macam 
biasa kudengar ya.....

Tapi di mana ya?????

Hah rupanya panggilan daripada Pak Mat....

Pak Mat balik ke tanahair dan beraya di sini.....

Pak Mat atau nama sebenarnya Muhammad Mohd Taib 
telah lebih 40 tahun mendiami bumi Holland atau
Belanda khususnya di Rotterdam.

Berusia 68 tahun dan berasal dari Johor, negara
pertama yang dituju ketika berusia awal 20an 
adalah Jerman dan tujuan ke sana untuk
mendalami bidang pertukangan emas.

Beberapa tahun di Jerman, Pak Mat melangkah
ke Belanda dan terus menetap di sana.

Fasih berbahasa Jerman dan Belanda, Pak Mat
tidak menafikan sungguhpun hujan emas di negara
orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baiklah
di negara sendiri. 
 
Bagi rakyat Malaysia yang pernah ke Amsterdam atau
Rotterdam khususnya rakan rakan media,
memang pasti akan singgah ke rumahnya yang penuh
dengan barangan antik. 

Satu lagi, Pak Mat ini bab masak memasak...fuyoo....
memang terbaik.....

Lazimnya dia akan memastikan tetamu dari Bumi 
Malaysia akan makan tengahari atau malam di
rumahnya..... 

Saya mengenali Pak Mat ketika tugasan Potret 
Kejayaan di Eropah tahun 2007.

Krew Potret Kejayaan 2007 bersama Pak Mat



Seorang yang peramah dan kelakar, memang tak
kering gusilah kalau berbual dengannya.

Dan tahun 2008 sekali lagi saya singgah di Rotterdam
dan berjumpa Pak Mat sebelum tugasan berlepas ke
Surinam untuk penggambaran Majalah 3.

Tatkala makan malam dengan Pak Mat dan rakan saya
Noraini Tahir di Pusat Membeli Belah One Utama,
kami dok bercerita macam macam topiklah...
 
Sebelum balik ke hotel penginapannya, Pak Mat singgah
sebentar di Sri Pentas.
 
Pak Mat mendengar penerangan Noraini mengenai
organisasi Media Prima
 
Bagi sesiapa yang bercadang untuk ke Holland dan
singgah ke Rotterdam, hubungilah Pak Mat, dia 
akan memastikan kunjungan rakan rakan ke sana
penuh dengan memori indah..

InsyaAllah, tahun depan jumpa Pak Mat di Rotterdam ya......

Sunday, September 2, 2012

MASSCOMM NIGHT RETURNS.....

Semalam sampai rumah hampir pukul 1 pagi dari
Majlis Sambutan 40 tahun Fakulti Komunikasi dan
Pengajian Media, UiTM yang diadakan di Dewan
Agong Tuanku Canselor(DATC)UiTM Shah Alam.

Satu majlis yang begitu meriah sekali bukan
kerana hidangan yang lazat atau aturcara
yang gilang gemilang tetapi kerana dapat berjumpa
"senior" atau "junior"yang tak bersua muka
sekian lama.

Ibarat macam Jejak Kasih lah.........dengan tema
pakaiannya Hitam Putih.....

Dalam DATC itu, tak lekang walaupun sedetik
dengan "flash" kamera kerana masing masing
tidak mahu melepaskan saat saat yang pasti
tersemat erat di sanubari setiap bekas pelajar.

Saya dan rakan rakan satu "batch' iaitu sesi
1987 - 1990 juga tidak terkecuali.

Untuk pengetahuan rakan rakan, Fakulti
Komunikasi dan Pengajian Media telah
menyaksikan pelbagai perubahan sepanjang
40 tahun sejarah kewujudannya.

Bermula dengan pengambilan pertama
pelajar seramai 35 orang tahun 1975 kini
keseluruhan graduan fakulti ini mencecah
lebih 10 ribu pelajar.

Malam semalam turut dilancarkan buku
"Jejak Sebaran" yang memuatkan pelbagai
sejarah dan informasi mengenai fakulti,
pensyarah,pelajar dan mereka yang terbabit
secara langsung mahupun tidak dalam
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

Belek punya belek buka itu, kat mukasurat
130 ada juga terselit gambar saya dan
beberapa rakan satu "batch".

Masing masing tergelak tenguk gambar
lama tu.....maklumlah masa tu baru 2 series...
sekarang dah 4 series......

Oklah bagi rakan seangkatan yang tak dapat
hadir terutama sahabat baik saya
Rashidah Ashri, saya muat turun beberapa
photo majlis gemilang semalam......

Hidup Mass Comm........

Terima kasih kepada tenaga pengajar yang
tanpa jemu memberi ilmu kepada kami......




Bersama Senior Kak Ola- berdiri sebelah
kanan saya....
 
Sebahagian daripada rakan satu "batch" yang hadir....
Lama betul Norhiza Jaafar tak jumpa Zakiah....
Zakiah seorang daripada pengacara majlis semalam...
Sebelah kanan saya Azlina Md Din (isteri Faisal HotFM) dan
Ayin Masliza (orang kuat TLDM)
(Adik Junior kenapa tak pakai baju ikut tema??????)

Apalah yang diborakkan Zakiah sampai Faisal terpegun,
yang pasti kami bertiga "maintain"....


 
Prof Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman
(Prof bersama Prof Madya Amelia dan Prof Madya Dr Halimahton
yang menemuramah saya ketika pengambilan pelajar baru 1987)

Sebelah kanan saya Prof Madya Roslena Ahmad antara
tenaga pengajar kami dalam subjek kewartawanan 

Semoga akan terus berjumpa lagi dan mengeratkan
silaturahim tidak kira di mana saja rakan rakan
"senior", "junior" dan seangkatan berada... 

 

Saturday, September 1, 2012

NOSTALGIA MERDEKA...MAJLIS RAYA.....

Alhamdulillah, semalam Malaysia Negaraku
tersayang telah menyambut ulangtahun
kemerdekaan yang ke 55 tahun.

Terima kasih kepada pejuang kemerdekaan
yang bertungkus lumus membebaskan negara
kita dari terus dijajah.

Sambutan yang diadakan di ibukota serba
sederhana tetapi meriah.

Tatkala menonton secara langsung perarakan
di kaca TV dan melihat beberapa sekolah
dengan pancaragam, mengembalikan nostalgia
di mana pada tahun 1981, saya juga pernah
menyertai pancaragam dan ketika itu saya
meniup clarinet.

Semasa saya menjadi warga TV3, saya turut
menyertai perarakan yang pertama kali diadakan
di Putra Jaya dan diikuti ketika Kemerdekaan
Malaysia yang ke 50 tahun.

Satu pengalaman yang menarik dan perasaan
bangga terutama bila melintas di hadapan
pentas utama.

Cuba nak cari photo terbabit tapi tak
jumpalah pulak.......

Syukur kepada Illahi dan teruskan kita sama sama
panjatkan doa kepadanya semoga negara kita
terus aman, makmur dan sentiasa didalam
peliharaan Yang Maha Esa.....

Cuti hujung minggu yang panjang dan masih
dalam bulan Syawal, maka banyaklah jemputan
rumah terbuka yang diterima....

Antara rumah saya sempat ziarah adalah rumah
Datin Padlon Abdul Rahman di Sri Hartamas.

Dia sebagai tuanrumah tetapi menyelaras segala
jemputan adalah sahabat baik saya
Rashidah Ashri.

Ia lebih kepada pertemuan/perjumpaan Hari
Raya untuk pelajar X Mass Comm (Broadcasting)
1987-1990.

Daripada 20 orang pelajar Penyiaran sekelas
dengan saya kurang daripada 10 yang masih
dalam industri ini yang menjadi warga Media
Prima, RTM dan Astro.

Selebihnya bertukar profesyen, ada yang menjadi
pendidik, ahli perniagaan dan surirumah sepenuh
masa.

Sesekali berjumpa.... apa lagi masing masing
pun bercerita dan berkongsilah kisah tersendiri.

Hah....tenguklah photo photo yang sempat
dirakam dan dimuat turun......

Terima kasih tuanrumah....makanan yang
dihidangkan terutama Laksa Johor memang
terbaik...
Berkongsi cerita dan pengalaman
Selamat Hari Raya......

Bertukar tukar nombor bersama Azlan org kuat RTM

Datin Padlon diapit Rashidah sebelah kiri dan Cikgu Noriah

Tuanrumah Datin Padlon bersama Zakiah Anas

Sebahagian dari pelajar Broadcasting 97-90.
Beberapa rakan tidak dapat hadir.....

Malam ini di UiTM Shah Alam di adakan
"GALA DINNER ALUMNI' pelajar Mass Comm.

InsyaAllah saya akan kongsikan untuk entri
akan datang.......
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...