Ads by nuffnang

Saturday, September 1, 2012

NOSTALGIA MERDEKA...MAJLIS RAYA.....

Alhamdulillah, semalam Malaysia Negaraku
tersayang telah menyambut ulangtahun
kemerdekaan yang ke 55 tahun.

Terima kasih kepada pejuang kemerdekaan
yang bertungkus lumus membebaskan negara
kita dari terus dijajah.

Sambutan yang diadakan di ibukota serba
sederhana tetapi meriah.

Tatkala menonton secara langsung perarakan
di kaca TV dan melihat beberapa sekolah
dengan pancaragam, mengembalikan nostalgia
di mana pada tahun 1981, saya juga pernah
menyertai pancaragam dan ketika itu saya
meniup clarinet.

Semasa saya menjadi warga TV3, saya turut
menyertai perarakan yang pertama kali diadakan
di Putra Jaya dan diikuti ketika Kemerdekaan
Malaysia yang ke 50 tahun.

Satu pengalaman yang menarik dan perasaan
bangga terutama bila melintas di hadapan
pentas utama.

Cuba nak cari photo terbabit tapi tak
jumpalah pulak.......

Syukur kepada Illahi dan teruskan kita sama sama
panjatkan doa kepadanya semoga negara kita
terus aman, makmur dan sentiasa didalam
peliharaan Yang Maha Esa.....

Cuti hujung minggu yang panjang dan masih
dalam bulan Syawal, maka banyaklah jemputan
rumah terbuka yang diterima....

Antara rumah saya sempat ziarah adalah rumah
Datin Padlon Abdul Rahman di Sri Hartamas.

Dia sebagai tuanrumah tetapi menyelaras segala
jemputan adalah sahabat baik saya
Rashidah Ashri.

Ia lebih kepada pertemuan/perjumpaan Hari
Raya untuk pelajar X Mass Comm (Broadcasting)
1987-1990.

Daripada 20 orang pelajar Penyiaran sekelas
dengan saya kurang daripada 10 yang masih
dalam industri ini yang menjadi warga Media
Prima, RTM dan Astro.

Selebihnya bertukar profesyen, ada yang menjadi
pendidik, ahli perniagaan dan surirumah sepenuh
masa.

Sesekali berjumpa.... apa lagi masing masing
pun bercerita dan berkongsilah kisah tersendiri.

Hah....tenguklah photo photo yang sempat
dirakam dan dimuat turun......

Terima kasih tuanrumah....makanan yang
dihidangkan terutama Laksa Johor memang
terbaik...
Berkongsi cerita dan pengalaman
Selamat Hari Raya......

Bertukar tukar nombor bersama Azlan org kuat RTM

Datin Padlon diapit Rashidah sebelah kiri dan Cikgu Noriah

Tuanrumah Datin Padlon bersama Zakiah Anas

Sebahagian dari pelajar Broadcasting 97-90.
Beberapa rakan tidak dapat hadir.....

Malam ini di UiTM Shah Alam di adakan
"GALA DINNER ALUMNI' pelajar Mass Comm.

InsyaAllah saya akan kongsikan untuk entri
akan datang.......
 

2 comments:

  1. Salam Mazlin,
    Saya baru jumpa blog ni, dah bookmarked. If you still can recall, kita jumpa semasa rakaman majalah 3 membabitkan kilang ubat nyamuk Fumakilla and later you all datang ke rumah kami for further shooting and makan durian, remember?
    I am wife ridzuan yg berlakon 'keras' tu you kata :))

    Berpeluang baca about keluarga yasin tu...sedih....

    ReplyDelete
  2. Salam Puan, apa kabar? mestilah masih ingat masa shooting dengan Nurul Syuhada kat umah you dan makan durian memang terbaik......
    Terima kasih kerana mengikuti blog saya....
    keep in touch ya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...