Ads by nuffnang

Wednesday, September 5, 2012

Keropok Lekor Ganu.....

Kalau dah sampai Trengganu kalau tak makan
keropok lekor memang tak sah.

Betul tak Anyss?

Tugasan di Dungun dengan keluarga Mat Kawi
berjalan lancar dan akan bersambung esok di
Kuala Berang.

Petang tadi kami singgah di Pantai Kelulut
untuk minum petang.

Cuaca agak mendung dan keadaan pemandangan
di persisir pantai tidak begitu menarik untuk
dipotret.

Dan minum petang di tepi pantai, menu utama apa
lagi tentulah keropok lekor.

Berlumba lumbalah juga saya dan krew menikmati
keropok lekor yang panas dan agak garing.

Sebenarnya saya lebih suka jika keropok lekor
yang tidak begitu garing atau yang baru direbus.

Rakan rakan blogger bagaimana?

InsyaAllah esok sebelum balik KL, nak beli stok
keropok lekor di Losong yang memang terkenal
sebagai lokasi keropok lekor di Trengganu.

Hah dah beli dan goreng sendiri kat rumah,memang
layanlah......

Harap jangan bagasi terlebih "limit" esok dengan
keropok lekor udah.....sebab ada beberapa kiriman
kengkawan....

Pulau Kapas dari kejauhan.....



Keropok lekor garing.....
 

8 comments:

  1. sy pun suka kepok rebus.. lg terasa isi ikan dia. tp x semua org pandai makan..

    ReplyDelete
  2. salam chik inn.saya suka keropok lekor.tp x pandai mkn keropok rebus, suka yg sedang2 je garingnya. klu cam gmbr tu garing sgt kan hik inn?bestnye gi pulau.aman damai!Adam apa cerita? lama x singgah sini huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Keropok losong memang terkenal sedapnya. Kalau balik Kelantan ikut trengganu, memang wajib punggah berbungkus2 utk balik kg, makan ramai2 depan TV. Balik Kl singgah lagi, berbungkus2 punggah untuk makan depan TV di KL pulak...

    Sedap dan kenyang juga sbb ikannya memang byk berbanding kopok lekor yang kita beli di sini...

    ReplyDelete
  4. Salam Chik Inn,
    Saya memang suka keropok losong, selalu juga kirim dengan kawan2 yang kampungnya di Mersing atau Terengganu.

    Teringin nak bercuti di Terengganu.. cantik benar pemandangan di sana.

    ReplyDelete
  5. Cik In..kopok leko? tak sampai pon kat ketorang....

    ReplyDelete
  6. salam akak.. kalau nak rasa keropok lekor yang best.. ada satu kat dungun.. kedai dia kecik je.. nama kedai 2 "keropok dungun".. mmg mantop.. dia jaga kualiti keropok dia.. pernah satu ari 2, owner dia citer, dia buang semua ikan sbb x berapa elok wlpn ikan 2 masih blh d guna sbbnye dia nak jaga kualiti.. saya x tipu..keropok dia pon sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betol tu zafirah. Kepok dia biasanya tahan lama. Tp yg take bestnya, cepat habits..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...