Semalam sesudah subuh, saya terus memandu
ke KLIA.
Cuaca yang dingin sebelum subuh memang
membuatkan mata tu nak terus ditutup tetapi
sebab dah janji dengan anakbuah, jadi janji
perlu ditepati.....
Saya pernah menulis dalam entri sebelumnya
mengenai seorang daripada anakbuah yang
bakal menggantikan saya mengambil jurusan
yang sama dan menjadi antara pelajar cemerlang
ketika konvokesyennya.
Setelah mencari pengalaman beberapa tahun
dalam industri, Nur Atikah Mazlan melanjutkan
pelajaran ke University Exeter, UK....
Anak ketiga daripada 5 beradik, dia paling rapat
dengan adiknya yang bongsu, Nur Athirah, 17 tahun
berbanding Nur Aqilah yang baru sahaja selesai
pengajian selama 2 tahun di US.
Tatkala di saat saat perpisahan, kedua beradik
bersalaman dan berpelukan, airmata Tira
membasahi pipi yang membuat hati saya juga hiba,
bagaimanapun jangka masa setahun sebenarnya
akan berlalu dengan pantasnya.
Saya memujuk Tira dan meyakinkan dia,
InsyaAllah selesai SPM nanti, bolehlah kami
melawat kakaknya di sana.
Berikutan kedua ibubapa mereka turut sama
menemani Atikah, sebelah petangnya saya
bersama abang abang dan adik adiknya makan
di Restoren Big Plate, di Subang.
Menyediakan pelbagai makanan barat, ia memang
enak dengan harga berpatutan dan ia juga tempat
kegemaran Tira dan Atikah.
Saja saja saya bawa mereka keluar makan dan
menghiburkan hatinya yang mula rasa kesunyian
tanpa kakaknya.
Sebagai Mak Sedara, saya mengharapkan Atikah
akan berjaya mendapat keputusan cemerlang kelak
dan mendoakan dia sentiasa dalam perlindungan
dan peliharaanNYA di rantau orang.....Ameen.....

Bersama keluarga abang saya sebelum mereka berlepas.... |
Memberi kata kata semangat kepada Atikah sebelum ke dewan perlepasan..... |
Ayahnya memujuk Tira..... |
menemani Atikah, sebelah petangnya saya
bersama abang abang dan adik adiknya makan
di Restoren Big Plate, di Subang.
Menyediakan pelbagai makanan barat, ia memang
enak dengan harga berpatutan dan ia juga tempat
kegemaran Tira dan Atikah.
Saja saja saya bawa mereka keluar makan dan
menghiburkan hatinya yang mula rasa kesunyian
tanpa kakaknya.
Sebagai Mak Sedara, saya mengharapkan Atikah
akan berjaya mendapat keputusan cemerlang kelak
dan mendoakan dia sentiasa dalam perlindungan
dan peliharaanNYA di rantau orang.....Ameen.....
Sup ekor yang diletakkan dalam roti..... |
Qilla dan Tira menunggu pesanan mereka.... |
Adham (kiri) bersama isteri dan abang sulong Izzat.... |
InsyaAllah pulangnya nanti dengan kejayan yang membanggakan. :)
ReplyDeletePejam celik pejam celik, setahun dah........
ReplyDeleteuntuk Atikah..
ReplyDeleteJaga diri baik2 ek :)