Ads by nuffnang

Saturday, September 15, 2012

Banyaknya...Majlis Raya di Penghujung Syawal...

Hujung minggu ini, cuti yang panjang Sabtu,
Ahad dan Isnin dan ia juga penghujung
bulan Syawal.

Saya pasti dalam dua tiga hari ni, rakan rakan
menerima pelbagai jemputan samaada untuk
jamuan rumah terbuka Aidilfitri mahupun
jamuan perkahwinan.

Hari ini saja jemputan rumah terbuka saya terima
lebih daripada 5 buah antaranya di Bandar Utama,
Shah Alam, Subang, Ampang, Wangsa Maju
juga Jelebu.

Tapi tak dapatlah untuk menghadiri semua jemputan,
maaf ya kawan kawan..... 

Semasa di rumah sahabat baik saya Rashidah Ashri
di Bandar Utama, dia menyediakan nasi beriani dan 
koktel jeli yang memang terbaiklah....

Selain bercerita mengenai nostalgia semasa
sama sama menuntut di Shah Alam, topik menarik
perhatian saya adalah produk diet Alpha Lipid.

Saya pun baru berjinak jinak dalam produk ini
beberapa hari yang lalu atas saranan Shidah lah.

Menurut Shidah, dalam tempuh kurang daripada 
dua bulan, berat badannya telah kurang 9 kilogram.

Kira ok tu....

Untuk cepat keberkesanannya, perlu mengikut
sukatan makanan yang dicadangkan beserta
bersenam.

Saya rasa minggu depan dah tak ada lagi rumah
terbuka bolehlah saya benar benar ikut diet makanan
yang disaran...

Orang Diebetes macam saya ini perlu diet dan 
pantang banyak makanan, saya ni pantang juga..
tapi pantang jumpa.....berselera aja tenguk
makanan terhidang...

InsyaAllah lepas ni perlu lebih fokus kepada
diet yang disyorkan dan rasanya lepas ni bolehlah
saya beli atau tempah lagi baju kebaya.......

Ada rakan rakan blogger yang telah mencuba ke?????

Bolehlah kongsikan pengalaman dengan saya ya.....

Sedap koktel Jeli yang disediakan.....
memang membuka selera....

Dengan khusyuknya Shidah memberi penerangan mengenai
produk Alpha Lipid


Lepas ni sama samalah kita pakai baju kebaya ya.....
 

2 comments:

  1. memang betul ramai betul buat open house di masa-masa kecederaan ni

    ReplyDelete
  2. Bestnya makan free..badan pun free naik mendadak huhuuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...