Ads by nuffnang

Tuesday, September 4, 2012

Intai Deko di Shah Alam...Bersamamu di Trengganu

Hari ini adalah hari yang panjang buat saya.

Selesai sarapan pagi bersama pengacara
Intai Intai Deko iaitu Datin Nor Azlina Redzuan,
kami terus ke Shah Alam.

Kami ke sana untuk rakaman "moderator"
bersama Datin Alin bagi Intai Intai Deko musim
ketiga.

Lokasi di Villamay - banglo yang tersergam indah
di seksyen 7 Shah Alam, sebenarnya diubahsuai
menjadi sebuah pusat sehenti berkonsepkan
rumah, hasil ilham daya kreatif pemiliknya
Puan Sri Akmal Abdul Salam.

Terdapat spa, bilik karaoke, studio, dewan, cafe
di VillaMay....kira macam macam ada lah....

Nak tahu rahsia keindahan banglo ini, jangan lupa
episod pertama INTAI INTAI DEKO musim ketiga
yang akan bersiaran pada 4 Oktober ini jam 1130 pagi
di TV3.

Berikutan penerbangan saya ke Kuala Trengganu
jam 5.10 petang, dari Shah Alam jam 3.55 terus
bergegas ke Subang SkyPark.

Nasib baik lalulintas lancar, sampai Lapangan
Terbang jam 4.20, terus daftar masuk..... 
kalau terlepas pesawat, kes naya lah.......

Alhamdulillah, penerbangan yang lancar
dan mendarat jam 6.10 petang....

Memang letih sangat, tadi hanya tidur tidur
ayam saja di dalam pesawat, kerana memikirkan
tugasan esok pulak.

Saya ke Trengganu untuk tugasan Kejayaan
Bersamamu....

InsyaAllah esok saya akan kongsikan
cerita cerita menarik di sini.......

Selamat malam......

Begitu damai suasana di sini....








 

4 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Dah sampai trengganu, tak sah kalau tak kidnap keropok losong kan? Mmmmm sedapnya! Dah lama tak pekena...

    ReplyDelete
  2. villamay mmg sangat cantik.. my cousin bertunang kat situ last year.. habis satu area kami teroka..

    ReplyDelete
  3. https://www.facebook.com/CopyAndShare

    ReplyDelete
  4. Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Sunway, Alam Sentral, Kota Kemuning, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    p/s: perkhidmatan sewa harian juga disediakan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...