Ads by nuffnang

Friday, October 28, 2011

"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati............"

Petang tadi hujan agak lebat di kawasan Damansara,
justeru nak mengelak daripada tersangkut
dengan kesesakan lalulintas, saya pun menangguh
cadangan untuk balik ke rumah....

Saya pun duduk lah di tempat saya sambil membelek
suratkabar.

Tiba tiba saya ditegur NorHakimi atau Kim seorang
daripada orang kuat program NASI LEMAK KOPI O(NLKO)
siaran TV9.

"Chik Inn...tenguk buku ini", Kim menujukkan saya sebuah
buku yang menarik perhatian saya.

"Awak baru beli ke?, tanya saya ringkas.

"Tak lah, dapat daripada penulisnya Prof Madya
Rasid Muhamad, dia jadi tetamu NLKO tadi," jawab
Kim yang memang mengetahui saya suka membaca....

Setiap hari Jumaat dalam program NLKO terdapat satu
segmen yang dikenali sebagai "Sinopsis".

Ia mengulas lebih mendalam tentang isi kandungan
sesebuah buku.......

"Lepas awak baca nanti Chik Inn pinjamlah ya...."

"Tak pa lah, saya dapat extra daripada penulis tadi,
Chik Inn ambik lah....." Kim terus menyerahkan
buku terbabit.

"Oooo terima kasihlah...tak pa lepas Chik Inn baca,
nanti Chik Inn pass pada sesiapa yang nak
membacanya", terus saya membelek belek
buku terbabit.

"Idea yang baik......", Kim tersenyum dan kemudian
terus ke tempat duduknya.

Buku yang saya maksudkan bertajuk
"SOALAN BOCOR DARI KUBUR"......
...tika sampai saatnya...lisan tidak perlu berbicara....
hanya amalan penentu di sana......

Buku terbitan kumpulan KarangKraf ini dijual
dengan harga RM 15.00

Antara intipati sinopsis buku ini mengupas setiap
persoalan yang akan ditanya Munkar Nakir di Alam
Barzakh nanti.

Justeru kita sematkan di dalam hati akan hakikat 
sebuah kematian dan pertemuan dengan 
Yang Maha Pencipta.

Persiapkan diri dengan amalan soleh, mudah mudahan
kita bakal ditempatkan di Syurga Firdausi yang
kekal abadi.......

InsyaAllah........



6 comments:

  1. mcm bgus buku ni..murah dah tu cuma rm15..mana nak cari ni

    ReplyDelete
  2. terima kasih kongsi buku tu
    nanti sya nak cari dan beli, cuti sekolah ni boleh anak anak dara tu membaca sekali
    ilmu yg sangat berguna

    ReplyDelete
  3. Cik Inn...
    Akak pun nak mencari buku untuk soklan bocor ni...
    bagus jadi panduan kita yg tetap akan menghadapi soklan wajib...
    Terima kaseh, berkongsi maklumat...

    ReplyDelete
  4. sesungguhnya mati itu pasti..

    kita yg hidup ni pun kena sentiasa ingat pasal mati..

    nak carik jugaklah buku tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...