Ads by nuffnang

Thursday, November 24, 2011

"ANUGERAH SKRIN 2011 - PENERBITAN TEKNIKAL KREATIF."

Lima kategori dipertandingkan

Petang tadi bertempat di Sri Pentas, diadakan Anugerah
Skrin 2011, tetapi lebih kepada wargakerja Media Prima
khususnya bahagian Penerbitan Teknikal Kreatif.

Lima kategori dipertandingkan dan ia satu suntikan 
semangat kepada wargakerja khususnya rakan-rakan
di bahagian teknikal untuk melipatgandakan
lagi kreativiti dan prestasi masing masing.

Penyampaian anugerah diselangselikan dengan
persembahan peserta VOKAL iaitu Mafa dan
Azmarul.

Hanya Ally Iskandar saja menjadi pengacara petang tadi,
Rozita Che Wan tak ada lah.......

Azmarul menghiburkan wargakerja yang hadir......

Kategori yang dipertandingkan adalah Penataan Bunyi
Terbaik, Penataan Cahaya Terbaik, Pengarahan Seni
Terbaik, Suntingan Terbaik dan Videografi Terbaik. 

Dalam menghasilkan program, kerjasama daripada
pelbagai pihak amat penting untuk melahirkan
program untuk tontonan ramai.

Sememangnya semua wargakerja menjalankan tugas
dengan cemerlang kerana ia amanah dan tanggungjawab
yang telah diberikan.

Mendapat anugerah bagaikan satu bonus dalam
sesuatu pekerjaan.....

Tahniah kepada rakan rakan yang menang....


Acara diadakan di perkarangan "foyer" Sri Pentas

Tahniah......



 

1 comment:

  1. tahniah..bstnyer kalo dapat keje camni...kak lin media prima ade keje kosong tak utk lulusan engneering?kalo ade nnt bgtau yer..hehee...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...