Ads by nuffnang

Tuesday, November 22, 2011

'TISU ohhh TISU....."

Entri hari ini saya terpanggil untuk menulis pasal tisu.....

Bukan roti tisu atau tisu dalam anggota badan, tetapi
tisu yang digunakan untuk mengelap tangan dan mulut.

Sebenarnya banyak kegunaan tisu ini......

Di cafe Sri Pentas terdapat dua pengusaha kantin iaitu
kepunyaan Mamak dan Melayu.

Tengahari tadi saya makan di kantin Melayu dan
semasa membayar pembantu juruwang terus
menghulurkan tisu kepada saya.

"Hai sekarang ada staf pulak yang tolong beri tisu",
saya menegur pembantu juruwang terbabit.

Lazimnya selepas membayar dan mengambil sudu/garfu
berhampiran juruwang, tisu diletakkan di satu
bekas khas dan diambil sendiri oleh pelanggan.

"Hah kak, satu hari, lebih satu kotak tisu digunakan",
pembantu juruwang menjawab sambil menunjukkan
kotak besar tisu.

Satu kotak besar (carton) rasanya ada lebih 60 bungkus
tisu, kira banyak lah digunakan....

"Ohh you all dah ikut macam Mamak kat sana letak sikit
sikit aja tisu ya......"?

"Ya ke kak, diaorang letak tisu sikit sikit?,  juruwang
bertanya saya.

Saya mengangguk mengiakan.

Menurut Fieza, penolong penerbit saya, tisu di restoren
Mamak tu kadangkala di potong dua ......

Nak jimat tisu gamaknya.....

Tatkala saya makan, sempat saya perhatikan di meja
meja berdekatan.

Tidak mustahillah dua carton pun boleh digunakan kerana
bila kita sesuka hati boleh ambil tisu, bukan saja untuk
mengelap tangan atau mulut, turut di gunakan untuk lap
meja, kerusi yang memang dah bersih.

Kadangkala di ambil lebih, lepas tu guna beberapa helai
sahaja,selebihnya dibiarkan di atas meja dan terus berlalu.

Tak kan orang lain nak ambil pakai pulak..... 

Saya rasa ia berlaku di mana mana pun di restoren segera,
besar, kecil, mahupun di warung.......

Satu masa dulu ada isu sesetengah gerai atau warung
menggunakan tisu tandas dan tindakan itu memang
tidak wajar dan mendapat tentangan ramai.....

Memang tak patutlah beri tisu tandas untuk pelanggan
yang makan....

Apapun harga tisu tak lah berapa mahal sangat, tapi
gunakan lah sewajarnya.....

Apa pandangan rakan rakan blogger.......

5 comments:

  1. cik inn, memang tak mahal, tapi sebab free tu yang mendorong pembaziran. cuba kalau kena bayar cam plastik bungkus barang tu, baru tau nak berkira, agaknya lah..huhu

    ReplyDelete
  2. Tak letak tisupun tak apa. cuba kita jdkn budaya bawa sapu tgn sendiri. pokok tak perlu ditebang utk buat tisu..

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Inn, Mmg selalu nampak org membazir tisu ni. Kadang2 tu penuh pinggan dgn tisu...

    ReplyDelete
  4. kurangkan penggunaan tisu = amalan sihat untuk alam sekitar.
    kalu kat tandas pulak, ramai yang tak tahu guna tong sampah dan buang tisu bersepah2. kalu buang kat dalam lubang tandas boleh menyumbatkan saluran tandas.
    kesimpulannya, langkah restoran tersebut amat wajar dan sejajar dengan usaha untuk menyelamatkan bumi.

    ReplyDelete
  5. save trees..!

    byk pakai tisu..byklah pokok tumbang..

    kalau pandai pakai..tak sememeh.. 1 tisu pun cukup.

    hidup biar jgn membazir kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...