Ads by nuffnang

Thursday, December 15, 2011

Mogok tidak puas hati karyawan Media Prima.....

Petang tadi kira kira jam dua, bagi orang luar atau
pelawat yang berada di Sri Pentas atas urusan pekerjaan
atau kebetulan melalui di perkarangan Sri Pentas, pasti
akan hairan bin ajaib dengan situasi ketika itu.

Mana kan tidak kira kira 400 warga Media Prima berkumpul
di pintu masuk Sri Pentas dengan memegang sepanduk tidak
puashati dengan pihak pengurusan.

Seperti biasalah, saya ni kan "makcik kepoh" sikit, maka
dilantik menjadi seorang daripada "kepala" piket/mogok
yang memegang mikrofon untuk melaungkan rasa tidak 
puas hati mewakili rakan rakan dengan keadaan semasa.

Memang riuh rendah dan masing masing dalam
keadaan di luar kawalan perasaan tersendiri.

Pihak pengurusan turut terperanjat dengan tindakan kami
yang di luar dugaan.

Lihatlah antara luahan rasa tidak puashati melalui sepanduk
yang ditulis di bawah ini........



Perasaan marah dan tidak puashati dengan pihak pengurusan.....



Kira-kira jam 2.40 petang, Encik Izham Omar, CEO 
Primeworks Studio juga COO TV Networks Media Prima,
sampai di lokasi kami berkumpul dan turut terpinga-pinga
melihat sepanduk yang ditulis beserta mendengar laungan
suara nada mara dan kecewa.

Seketika, dari sepanduk antara lainnya bertulis
'KOTAKAN JANJI MANAGEMENT' di
terbalikkan menjadi "HAPPY BIRTHDAY IZAM".



 
Satu gimik dan lakonan hebat yang memang luar dugaan
bos besar kami tu.

Dia sama sekali tidak menyangka gimik yang mendebarkan
keadaan seketika, menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa.

Terkejut dengan gimik mogok wargakerja Media Prima


Selamat panjang umur Encik Izham....moga dimurahkan
rezeki buat dirinya juga kami karyawan Media Prima dan
moga sentiasa dalam peliharaanNYA.


8 comments:

  1. What a nice suprise'
    Almost joined tv3 in the 80's
    All the best...
    Teruskan mewarnai citarasa Malaysia

    ReplyDelete
  2. hahaha.....bagus jugak gimik nya,perhh

    ReplyDelete
  3. gimik?? bagus nya.. bersatu hati 400 org utk jalankan gimik nih... tahniah.. muda lagi en Izham ni kan

    ReplyDelete
  4. Ler... ingatkan betui de piket tadi.. :)

    ReplyDelete
  5. gambaran betapa sayangnya anak buah kat boss. bertuahnya jd en.izham....
    gimik yg amat menarik! ada masuk buletin utama tak smlm utk dikongsi dgn masyarakat?...ngee...tgk berita separuh je..

    ReplyDelete
  6. fuh...
    suspen giler si izham tu..hehehe

    gimik yg bagus!

    ReplyDelete
  7. eheheh memang terbaik lah gimik tersebut. ;)

    cayalah!!! ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...