Ads by nuffnang

Saturday, April 21, 2012

Mazlin aka Chik Inn nak tukar kerjaya........?

Dalam masa seminggu ini, memang saya teramatlah
sibuknya....tak sempat langsung nak menjengah blog.....

Bukan saja menyelaraskan program di bawah pemerhatian
saya, tetapi sekejap jadi pengisi borang di pejabat Imigeresen,
sekejap jadi penyelaras mengambil photo paspot dan visa,
sekejap menjadi pegawai perubatan, sekejap menjadi pegawai
agensi pelancongan......

Untuk pengetahuan rakan rakan blogger, saya jadi "part time"
di atas, kesinambungan kepada baru baru ini saya 
dapat kabar yang teramat gembira di mana seorang insan
ahli perniagaan bergelar Datuk bermurah hati untuk menaja
30 pakej umrah.

Beliau menaja 20 ahli keluarga Bersamamu yang pernah
disiarkan beberapa tahun lalu, 7 anak yatim beserta
krew produksi.

Tatkala menyampaikan berita gembira mereka terpilih,
masing masing bersyukur kehadrat Illahi kerana tidak
menyangka sama sekali akan terpilih.....

Saya sendiri yang menyampaikan khabar berita itu
turut bergenang airmata menyaksikan sendiri
reaksi mereka yang terkaku seketika diiringi airmata
jernih membasahi pipi kerana terlalu gembira.

Tidak putus putus ucapan syukur keluar dari mulut
mereka kerana bakal menjadi tetamu Allah.....

Mereka terpilih berdasarkan tahap kehidupan mereka
yang banyak telah berubah setelah mendapat bantuan,
pelajaran anak anak meningkat dan melanjutkan
pelajaran di IPTA/IPTS selain memperolehi keputusan
cemerlang utk SPM, PMR mahupun UPSR dan semestinya
sentiasa mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Dalam masa seminggu, saya di bantu Intan berkejar ke
Melaka, Lembah Klang, Taiping, Temerluh, Seremban
dan Kota Bharu untuk menyiapkan paspot mereka
beserta menguruskan suntikan Vaksin Meningitis.

Dan bukan semua klinik yang mempunyai vaksin ini,
masa di Melaka, dari satu klinik ke satu klinik saya
tertanya, akhirnya adik di klinik Bandar Hilir
manakala kakak di Semabok.

Untuk pasangan di Taiping dan Temerloh, masing
masing saya dan Intan membawa vaksin dari Sri Pentas
yang diletakkan dalam "cool box" dan mohon klinik
di sana menyuntik mereka.

Semalam, kami meluangkan masa mengisi borang untuk
visa umrah.

Nampak mudah, sebenarnya kena isi dengan teliti.

Sesekali buat tugasan macam agensi pelancongan
macam besttt juga.......

Boleh difikirkanlah perancangan akan datang, lepas bersara
di Media Prima kelak......

Hari ini saya ingat nak lepak aja nak rumah, kira kaqak
seminggu yang sibuk, tetapi tengahari dapat mesej
seorang rakan baik saya ingin menaja kain ihram dan
telekung kepada famil Bersamamu dan anak yatim.

Justeru saya pun recce lah beberapa kedai yang menjual
barangan umrah petang tadi.

InsyaAllah mereka akan bertolak pada 12 Mei dan akan
berada di Tanah Suci hingga 23 Mei.

Mohon rakan rakan blogger sama sama mendoakan
pemergian mereka dipermudahkan, ahli keluarga
yang ditinggalkan dalam peliharaan Yang Maha Esa dan
mereka mendapat Umrah Makbur.........

Ameen......

Pasangan adik beradik Fatin dan Fahmi selesai membuat paspot
 di Imigeresen Melaka.....Fatin tahun akhir di USIM dan adiknya mendapat
8A keputusan SPM baru baru ini.
Fahmi berdebar debar nak buat suntikan......


Menyampaikan berita gembira kepada Rusmini Deraman di
Machang, Kelantan, Khamis lalu......

Terharu dan syukur kehadrat Illahi......

13 comments:

  1. As salam Cik Inn.

    Semoga umrah mereka berjalan dgn lancar dan pulang dgn umrah yg mabrur.
    Sungguh mulia hati dermawan yg menaja itu. Moga rezekinya bertambah2. Ameen.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.Semoga mereka semua selamat pergi dan kembali..dan dapat Umrah Mabrur.

    Kak Lin, bidang yg baru Kak Lin suka ini memang best..

    walau banyak documentation tp seronok kan..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Salam perkenalan..
    Seronoknya dpt jumpa blog Mazlin..

    4 tahun dulu akak tertunggu kedatangan Mazlin ke rumah tapi Mazlin terpaksa pergi ke Sabah buat liputan di sana.Frust rasa tak dpt jumpa wartawan yg di minati..

    Liputan akak tentang 3 anak istimewa dan akak pengidap kanser.

    ReplyDelete
  4. salam Cik Mazlin'gembira Cik mazlin sudi ke blog yang diuruskan saya ini.terima aksih ya Chik In

    ReplyDelete
  5. salam Chik In
    saya bangga dengan pencapaian Chik In,walaupun cuma melihat dari jauh.Tahniah Chik In kerna menggembirakan hati-hati insan yang memerlukan

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum
    Mulia sunggu penderma tersebut.. pada yg bakal pergi menunaikan umrah..selamat beribadah :)
    buat Cik Inn serta team Bersamamu.. semoga Allah membalas jasa baik korang smua. :)

    p/s: 'bersamamu.. hulurkan tangan ringgankan beban..'

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    terharu mendengarnya..semoga Cik Inn & team serta penderma yang murah hati dirahmati allah selalu.Ganjaran hebat dari allah untuk kamu2 semua aminnnn.....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..

    masyaAllah mulia sungguh hati penderma tu. hanya Allah sja yg dpt membalas segala kebaikannya. semoga dmurahkan rezeki selalu datuk. kepada mereka2 yg bakal mengerjakan umrah semoga dpermudahkan segala urusan kalian. semoga selamat pergi dan selamat kembali... AMIN :)

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum.

    al hamdulillah,jumpa saya blog Chik Inn.lepas ni nak friend pulak di FB.didoakn semua ahli jemah selamat pergi dan selamat balik dan mendapat umrah yg mabrur.

    apa kata,TV3 buat satu rancangan khas utk flashback kisah mereka dulu dan mereka hari ini.pasti byk perubahan kan.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. salam, sis

    i've been following you... lots of luv from me.

    ReplyDelete
  12. INshaAllah, mudahan di permudahkan perjalanan ke Makkah dan mendapat umrah mabrur, inshaAllah

    ReplyDelete
  13. chik In...saya yg baca pun bergenang airmata...semoga Allah permudahkan segalanya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...