Salam sejahtera rakan rakan blogger.....
Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja
tidak kira di mana saja anda berada......
Setiap langkah yang diatur untuk ke tempat kerja sebaiknya
disertai dengan niat mencari rezeki yang halal dan
mohon sentiasa dipermudahkan segala urusan oleh
Yang Maha Esa....
Ingatan buat diri saya sendiri juga buat semua.....
Saban hari, tugas saya menguruskan pelbagai produksi
mingguan dan ketika ini saya agak sibuk juga menguruskan
hal ehwal jemaah "Umrah Bersamamu' yang akan
berlepas insyaAllah 12 Mei ni.
Semalam saya menemani sahabat baik merangkap adik
angkat merangkap pengacara Intai Intai Deko, siapa lagi
kalau bukan Nor Azlina Redzuan untuk membeli
keperluan bagi jemaah Bersamamu/Anak Yatim.
Tatkala beberapa minggu lalu, saya memaklumkan kepada
Azlina akan membawa keluarga Bersamamu dan Anak Yatim
untuk menunaikan umrah, dia terus menyuarakan untuk
membeli telekong, anak tudung, kain ihram, tali pinggang
beserta memberi wang sagu untuk mereka.
Memang murah rezeki bakal jemaah ini.......
Sehari sebelum tu, seorang rakan membelikan pelbagai
jenis ubat seperti ubat deman, batuk, selsema, ubat sakit
perut, minyak angin untuk kegunaan jemaah sepanjang
di sana.
Hulurkankan tangan, ringankan beban......
Moga Allah akan menambahkan rezeki kepada insan yang
menghulurkan sumbangan dan sentiasa dalam
peliharaanNYA........
Ameen.....

Nor Azlina melihat lihat pelbagai barangan umrah yang dijual |
Memang murah rezeki bakal jemaah ini.......
Sehari sebelum tu, seorang rakan membelikan pelbagai
jenis ubat seperti ubat deman, batuk, selsema, ubat sakit
perut, minyak angin untuk kegunaan jemaah sepanjang
di sana.
Hulurkankan tangan, ringankan beban......
Moga Allah akan menambahkan rezeki kepada insan yang
menghulurkan sumbangan dan sentiasa dalam
peliharaanNYA........
Ameen.....
Salam Chik Inn,
ReplyDeleteBoleh saya tahu kedai ni di area mana ? Teringin jugak nak ke sana.
-Shida-
Salam Shida,
ReplyDeleteKedai yang kami pergi terletak di Klang berhampiran dengan Stesyen Komuter. Nama kedainya Iqyan Traders.
Assalammualaikum Chik Inn
ReplyDeletePatut la macam familiar tempat tu.. rupanya memang biasa tempat ni.. jauh tul Chik Inn membeli belah.. Kalau pegi sana lagi boleh pekena kopi di Chong Kok Kopitiam, Roti Bakar dan Nasi Lemak.
Salam Hazey,
ReplyDeleteAwak orang klang ke?