Ads by nuffnang

Friday, May 4, 2012

MENGALIR AIRMATAKU... TAPI AKU GEMBIRA..........

Entry hari ini ingin saya kongsikan sedikit tentang
apa yang berlaku pada diri saya petang tadi.

Berikutan sebelah pagi ada beberapa perbincangan
yang perlu saya hadiri, perancangan untuk
menyunting sedutan Bersamamu siaran beberapa
tahun lalu di bawah kendalian saya, diubah ke 
sebelah petang. 

Beberapa tape yang diambil dari Perpustakaan
Visual Media Prima disusun rapi staf saya Almaz di
bilik suntingan.

Maka saya pun memutar mutarlah mesin suntingan
untuk prebiu beberapa siaran Bersamamu untuk di
pratonton pada majlis suaikenal bersama penaja
pakej Umrah Bersamamu.

Tatkala saya mendengar dan menghayati kembali
segala isihati mereka yang menjadi responden kami,
saya mula sebak.....

Antaranya kisah Kak Noreda Dai dari Temerluh
Pahang yang 4 daripada 5 anaknya menghidap
Talasemia dan perlu terus bergantung dengan ubat.

Kak Noreda dan suami hanya menoreh
getah dan sering ke pinggir danau dan sungai
berhampiran rumahnya mencari ikan dan
sayuran kampung untuk menambah pendapatan.

Rentetan anak sulungnya yang sedih bila mengetahui
adik beradiknya perlu mengikat perut dan hanya
menikmati ubi kayu sebagai santapan harian, benar
benar membuat airmata saya mengalir.

Ia berlaku kerana ibunya ingin memastikan
anak sulongnya berjaya dalam pelajaran dan menjadi
pembakar semangat kepada adik beradik yang lain.

Alhamdulillah tatkala kisah keluarganya disiarkan,
ia terus mendapat bantuan bukan saja dari Tabung
Bersamamu sumbangan dari masyarakat Malaysia
malah orang perseorangan tanpa mengira
bangsa dan agama turut menghulurkan sumbangan.

Sejak dari itu, kanvas kehidupan keluarga Noreda
berubah ke arah yang lebih selesa dan terus bersemangat
untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Sungguhpun kurang sihat, tiga daripada anaknya 
telah berjaya menamatkan pelajaran di Pusat
Pengajian Tinggi.

Semasa saya memaklumkan Kak Noreda dan suaminya
terpilih untuk menunaikan Umrah, nada suaranya
terus berubah menjadi hiba dan terharu kerana
bakal menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

Ucapan Alhamdulillah berulang kali diucapkan.

Siaran adik beradik Fatin dan Fahmi yang kehilangan
ibu tersayang turut menyentap jiwa saya....

Begitu juga beberapa kisah keluarga Bersamamu
yang lain......

YA ALLAH...padaMU ku bersujud.....
Mungkin peringkat umur saya dah 4 series dan amat
gembira mereka bakal menunaikan umrah membuatkan
jiwa saya mudah tersentuh........tatkala mengimbas
kembali keadaan kehidupan mereka dulu dan sekarang......

Terima kasih kepada masyarakat Malaysia yang prihatin
yang membantu keluarga Bersamamu yang saya anggap
seperti keluarga saya sendiri..

Mohon rakan rakan terus mendoakan kesihatan mereka
dan orang yang ditinggalkan sihat sejahtera, segala urusan
dipermudahkan, sentiasa dalam peliharaan Yang Maha Besar
dan mendapat Umrah yang Maqbul.

Ameen........

10 comments:

  1. Moga Allah permudahkan urusan mereka dan
    memberkati juga orang-orang yang membantu meringankan kesusahan mereka.

    Ameen.

    ReplyDelete
  2. Ameen....terima kasih Aina.......

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Inn, saya antara penonton setia rancangan Bersamamu sejak dulu....

    Semoga mereka semua terus tabah menghadapi dugaan hidup dan semoga Allah murahkan lagi rezeki anda semua (kepada yang sudi menghulurkan bantuan)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak lin....
    sememangnya Mas juga antara penonton setia rancangan Bersamamu sejak dulu hingga sekarang....
    rancangan yang banyak memberi pembelajaran buat kita semua...
    Moga segala urusan mereka akan dipermudahkan Allah....
    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.... permudahkan urusan2 mereka di dunia & akhirat

    ReplyDelete
  6. Rancangan ini bukan sahaja untuk tontonan rakyat Malaysia sekaligus ia juga dapat membantu mereka yang memerlukan. Semoga Allah memudahkan urusan mereka2 yang memudahkan dan membantu kehidupan orang lain yang betul2 memerlukan. Amin....

    ReplyDelete
  7. Salam Cik Inn.Usaha murni TV3 membantu golongan yang memerlukan sangat2 saya hargai.Mudah-mudahan, usaha murni ini akan berpanjangan.

    ReplyDelete
  8. semoga di permudahkan mereka2 yang ke tanah suci dan yang di tinggalkan juga

    ReplyDelete
  9. Rancangan yg sungguh baik dan membuka minda/mata setiap org untuk lebih berbakti dan bermuhasabah diri..

    Maha Suci Allah yg merencanakan segala utk
    hambanya...semoga dipermudahkan segala urusan mereka.. aminn..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    Ada tak nanti jelajah semula mereka yang pernah masuk bersamamu dan tengok apa perkembangan mereka. kalau yang dah berjaya tu...bila tunjuk semula, mesti penyumbang rasa bangga. Kalau yg masih blm berubah, mungkin perlu cara yg lain pula utk bantu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...