Ads by nuffnang

Monday, May 28, 2012

Segalanya dipermudahkan olehNYA......

Perkongsian hari ini saya akan sentuh sedikit
perjalanan  jemaah Umrah Bersamamu ke
Tanah Suci.....

Rata rata jemaah yang terpilih sememangnya amat
teruja menjadi tetamu istimewa di bumi para Anbiya.

Pada Jumaat 11 Mei, jemaah dikumpulkan di
Hotel Quality Inn Shah Alam bagi sesi perkenalan
dengan wakil penaja iaitu Kumpulan Gapurna dan
juga menghadiri taklimat umrah.

Sungguhpun taklimat serba ringkas,rata rata
jemaah telah membuat persediaan asas di kediaman
masing masing dengan bertanya kepada saudara
mara, sahabat handai yang telah menjadi
Tetamu Allah, sebelum ini.

Di waktu yang sama pada sebelah malam, AJK
Umrah Bersamamu diketuai saya sendiri melakukan
"spotcheck" barang barang keperluan yang dibawa.

Berikutan inilah kali pertama buat mereka
melangkah jauh meninggalkan kampung halaman,
ketiadaan beg pakaian besar,ditangani dengan
pemberian enam beg besar daripada rakan rakan
saya.

Alhamdullilah.....

Selain Kumpulan Gapurna menaja 30 pakej umrah,
setiap Jemaah turut diberi wang sagu untuk
pembelanjaan sepanjang berada di Madinah dan
Mekah.

Beberapa individu yang mengetahui tentang perihal
Umrah Bersamamu, turut hadir dan menghulurkan
saguhati dan barangan keperluan untuk jemaah.

Sememangnya murah sekali rezeki 20 keluarga
Bersamamu yang terpilih dan juga tujuh anak
yatim/tahfiz.

12 Mei 2012

Selesai sarapan di hotel, segala bagasi siap tersusun
di pintu keluar hotel.

Kira kira jam 10.30 pagi, bas sampai dan kami
bertolak ke KLIA.

Sayu seketika suasana di ruang lobi hotel tatkala
seorang daripada anak yatim melaungkan azan......


Laungan azan sebelum berangkat ke KLIA

Setiba di KLIA, pihak agensi Umrah menyelaraskan
segala beg dan tiket kami.

Kami menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines
dengan nombor penerbangan SV 831 berlepas jam
3 petang.

Ini adalah kali pertama bagi keluarga Bersamamu 
menaiki pesawat, beberapa orang kelihatan
kurang selesa dan mula rasa pening,loya serta mual.

Justeru pihak kami sememangnya telah menyediakan
minyak angin mahupun ubat tahan mabuk untuk
mereka. 

Daripada pemerhatian saya, selesai makan petang
di atas pesawat, jemaah terutama tetamu kecil
terus terlentuk.


Mengantuk sangat jemaah muda ini.......




Bagi kaum ibu dan bapa, ada yang terus membaca
buku panduan mengenai Umrah dan Ziarah.

Kira kira 6.45 petang, waktu tempatan maka
mendaratlah kami di Lapangan Terbang Jeddah.

Segalanya telah ditentukan Yang Maha Esa yang
lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatNYA.

Ketika kami di imigeresen, begitu mudah dan pantas
sekali prosesnya.

Lazimnya untuk menunaikan Umrah mahupun Haji,
dalam setiap paspot jemaah di sertakan nama
Mahram (lelaki sebagai ketua keluarga) yang
membawa jemaah.

Ketika di imigeresen, pegawai akan memastikan
siapa Mahram dan siapa di bawah jagaan setiap
Mahram.

Tetapi bagi kumpulan kami, pihak imigeresen
tidak bertanya apa apa langsung kepada jemaah,
sekadar memberi salam, chop paspot dan jemaah
terus berlalu.

Wakil agensi umrah yang turut sama dengan kami
dari Kuala Lumpur sendiri merasa pelik kerana
setelah beberapa kali Haji Salleh membawa jemaah,
inilah kali pertama urusan paspot begitu cepat
tanpa sebarang pertanyaan.

Saya yang telah menunaikan Umrah dan Haji
sebelum ini pun ketika di imigeresen, ditanya
mengenai Mahram yang mengiringi kedatangan.

Ketika saya melakukan tugasan Jejak Rasul 2010,
Mahram kami adalah jurukamera di sertai tiga
kaum hawa, saya, Ezzah Aziz Fawzy dan Shadiya
Abbas.

Masih segar dalam ingatan saya, pegawai imigeresen
bertanya jurukamera adakah ketiga tiga wanita di
bawah namanya adalah isteri, maka Jebat Roseli
sekadar mengangguk tersenyum.

Berbalik kepada Jemaah Umrah Bersamamu,
tatkala melangkah sahaja keluar daripada dewan
ketibaan, wajah masing masing sungguhpun
kelihatan letih namun terpancar wajah keriangan
kerana akhirnya telah sampai ke destinasi yang
di tuju untuk mendekatkan lagi diri kepada
Yang Maha Pencipta.

Selesai menyimpan segala beg kami di dalam
bas, maka bertolak lah kami ke Kota Madinah........

Perjalanan dari Jeddah ke Kota Madinah
mengambil masa kira kira 6 jam.

InsyaAllah saya akan sambung lagi catatan
seterusnya dalam entri akan datang.......mata
dah mula kuyu.........

Wassalam.........



  

5 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Subhanallah. Berdiri bulu roma baca entri ni...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum, mudah2an semuanya selamat pergi dan kembali.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Allah juga yang mempermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...Makkah dan Madinah terkenang-kenang...teruskan coretan ya Cik Inn

    ReplyDelete
  5. Cik Inn, tak sabar nak tunggu kesinambungan cerita. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...