Semalam oleh kerana balik rumah agak lewat, maka tak sempat
nak menulis blog kesinambungan kisah Jemaah Umrah Bersamamu.
InsyaAllah akan disambung catatan sepanjang di Tanah Suci
dalam entri akan datang.
Semasa saya menulis entri ini saya berada di Pulau Mutiara
kerana mendapat jemputan daripada Pusat Pengajian
Komunikasi USM, untuk perkongsian pengalaman dan kisah
di sebalik kerjaya wartawan.
Tajuk yang diberikan memang hebat......
KAMI WARTAWAN BUKAN JUTAWAN........
Antara pembuka bicara saya semasa sesi perkongsian petang
tadi adalah,
"Kalau saya jutawan saya dah naik jet peribadi saya ke sini
ataupun helikopter saya terus mendarat di padang USM"
"Tapi sebab saya wartawan, pesawat yang saya naiki
lewat lebih 3 jam kerana hujan lebat, justeru saya kenalah
duduk menunggu di Airport Subang dengan penuh
kesabaran"
Itu semua kerana saya hanya wartawan bukan jutawan.....
Sesekali dijemput untuk mengadakan sesi ceramah,memang
seronok dan rasa macam nak sambung belajar dan jadi
pensyarah pulak.
Dalam perkongsian yang saya sampaikan, memanglah
wartawan tidak boleh menjadi jutawan tetapi sebagai
wartawan, kami kaya dengan ilmu, pengetahuan,
pengalaman dan puas merantau ke negara luar yang
kadangkala seorang jutawan sendiri tidak akan sampai
ke destinasi tertentu.
Saya beri contoh negara Surinam di benua Amerika Selatan.
Beberapa tahun lalu ketika tugasan saya ke sana, ia sebuah
negara bagaikan Malaysia tahun 60an.
Dengan cuaca panas melebihi 52 darjah celcius,
tiada bangunan pencakar langit, kebanyakan hotel tiada
taraf bintang dan sistem pengangkutan kurang sempurna.
Secara realitinya jutawan yang kaya raya tidak akan
membawa famili mereka bercuti ke sana, tapi sebagai
wartawan kami dapat menjejakkan kaki ke sana.
Banyak jugalah catatan warna warna kehidupan sebagai
wartawan dikongsikan antaranya semasa saya bertugas
untuk program Majalah 3, Misteri Nusantara, MedikTv,
Bersamamu dan Jejak Rasul.
Bengkel yang bermula dari 29 Mei hingga 1 Jun ini
dikendalikan bertujuan untuk mendedahkan pelajar
terhadap kerjaya dalam bidang kewartawanan yang
serba mencabar.
Ia juga persediaan bagi pelajar yang akan melangkah ke
alam pekerjaan selepas tamat pengajian kelak.
Selamat Maju Jaya adik adik........

Jadi pensyarah kejap....... |

Dapat cenderamata daripada pihak USM |
Bersama orang kuat Pusat Pengajian Komunikasi USM Dr Nik Norma Nik Hassan |
Bersama sebahagian daripada pelajar komunikasi USM |
syabas chik inn...!!!! kerjaya yg murni utk memberi info kpd semua penonton...
ReplyDeleteThanks heaps Chik Inn, we appreciate it very much :))And jangan lupa 'aircond alam sekitar' yang hebat kat Penang tu ye :))
ReplyDeletehebat chik in..
ReplyDeleteSalam Syawal...tahniah ...atas pengkongsian ilmu...sungguhpun saya hanyalah Freelance journalist...tapi Universiti Brunei Darussalam pernah mengundang saya berkongsi pengalaman...dan saya sungguh merasa terharu dan teruja....saya sekolah sampai SPM saja...tapi diberi penghormatan bercakap dalam dewan kuliah U...syukur.
ReplyDelete