Ads by nuffnang

Sunday, December 2, 2012

Etak atau Etok?

Bola itu bulat...

Tahniah Harimau Malaya berjaya mengalahkan
Garuda.....

Semoga semangat juang akan terus membara
bertemu dengan Sang Gajah......

Saya menonton perlawanan penuh debaran di
hotel penginapan saya di Kota Bharu.

Suasana menonton di hotel dan di rumah
memanglah berbeza.

Kat hotel tak adalah kedengaran sorakan gol
berbanding kalau kat apartmen, setiap kali jaringan gol
seperti pertemuan dengan Laos tempohari, gempak
gempita keadaannya.

Tahniah sekali lagi Harimau Malaya....

Penggambaran Intai Intai Deko di Pasir Mas
tadi berjalan lancar dengan cuaca yang memang indah.

Kami ke rumah Abe Li, yang berkonsepkan resort dan
taman herba.

Dalam perjalanan balik ke Kota Bharu, kami singgah di
deretan gerai yang menjual ETAK atau ETOK sejenis
kerang sungai.

Dijual dengan harga sebungkus seringgit, dan dah lama
saya tidak menikmatinya.

Seingat saya lebih 15 tahun dulu, semasa menerbitkan
Warna Warna Malaysia, pengacara ketika itu
Normala Samsudin sama sama ke pinggir sungai
(tak ingat nama sungai) mencari etak dengan
penduduk setempat.

Mungkin bagi orang Pantai Timur memang biasa dengan
Etak Etak tapi ramai juga yang tak tahu tentang makanan
yang digigit makan macam kuaci...

Betul tak Mak Ngah......

Etak atau Etok.....

Bersama Abe Napi Jurukamera Kelantan
Di hadapan rumah Abe Li
 

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Subhanallah, cantiknya rumah Abe Li...mcm istana dulu2, mmmmm guna tangga batu melaka pula tu

    Dah lama tak makan benda ni...

    ReplyDelete
  2. Betul sgt Chik Inn oiii, satu lg, ore kelate make etok dgn nasi kerabu, chik inn cubolah, enak bangat.....

    Masih di KB Chik Inn ? No. Chik Inn dah terhilanglah....telefon beronar hari tu.

    ReplyDelete
  3. Masa kecik2 dulu pernah mencari ni Kat sg, pahang, tp tak pasti ianya sama ke tak sbb seingat sy panggil "remis"..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...