Ads by nuffnang

Friday, December 14, 2012

Mengintai Rumah Bollywood d Pasir Mas

Seperti yang rakan sedia maklum awal
Disember lalu, saya sekali lagi ke Negeri
Cik Siti Wan Kembang.

Bukan tugasan Potret Bersamamu tetapi
Intai Intai Deko.

Saya berkesempatan berjumpa dan
berbual bual dengan pemilik Rumah
Bollywood atau turut dikenali sebagai
Rumah Hijau iaitu Hajah Wan Sabariah
Wan Ali atau mesra dipanggil Kak Yah.

Dia ternyata sangat kreatif dalam
mengilhamkan sendiri rumah idamannya.

Filem filem Hindustan menjadi inspirasi
Kak Yah dalam menatahias terataknya.

Tangga di tengah rumah dijadikan paksi
utama untuk dua ruang tamu yang
berlainan tema.

Setiap sudut dihias kemas dengan barangan
berasakan kristal.......

Warna keemasan bagaikan terapi minda buat
Kak Yah.

Justeru setiap dekorasi di rumahnya
mempunyai sentuhan warna keemasan
seperti yang diingininya.

Sebahagian gambar rumah Kak Yah ada
dalam entri "Namastee Bollywood"
yang saya tulis sejurus balik dari recce
beberapa rumah di Kelantan pertengahan
November lalu.

Untuk melihat lebih terperinci susunatur
dan dekorasi rumah Kak Yah tokey dodol dan
serunding yang tersohor di Kota Bharu,
jangan lupa saksikan Intai Intai Deko pada
siaran 27 Disember nanti........

Tangga menjadi tarikan utama rumah Kak Yah

Perabot yang ditempah dengan warna keemasan

Dinding juga warna keemasan....

Siling yang memerlukan masa agak lama
untuk disiapkan

Kak Yah yang peramah

Ruang rehat berrsama keluarga di tingkat 3



 

8 comments:

  1. Assalammualaikum Cik Inn,wow mmg terasa Bollywood

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Stp kali ke Kelantan lalu sini, pasti tgk rmh ni. dulu tertanya rmh siapa ni! akhir nov. br ni, dah nampak ada pokok atas bumbung...so kami sekeluarga panggil rmh ICT. balik dr sana, cik inn masukkan dlm blog!Baru tahu kisahnya...

    ReplyDelete
  4. Sering melintasi rumah ini jika nak ke Thailand

    ReplyDelete
  5. Rumah = peribadi org yang mendiaminya.
    citarasa mewah...sangat2 menonjol.
    Kalo dah mampu...apapun bleh.

    tu lah warna life org malaysia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...