Ads by nuffnang

Monday, December 24, 2012

Pakai kasut .. kiri dan kanan berlainan.....

Pagi selepas solat subuh terus bersiap untuk
ke Sri Pentas kerana "call time" untuk
tugasan pukul 8 pagi.

Justeru dlm pukul 7.25 pagi baru nak keluar
rumah wartawan saya Almaz sms bertanya
adakah saya akan terus ke lokasi atau pergi
bersama krew.

Saya mencampakkan kasut, terus
menyarung dan menjawab sms untuk ke
lokasi bersama krew menaiki van TV3.

Sesampai di pejabat, baca emel sebentar dan
kira kita 7.55 pagi, Almaz memaklumkan
untuk bertolak ke lokasi iaitu di Berjaya
Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Saya duduk depan dengan pemandu dan
kira kira lima minit dok berborak rancak 
dalam van baru saya tersedar kasut yang
saya pakai tak sama.

Kanan Adidas dan kiri Timberland.........

Adui hai......apa dah jadi....kelakar pun ya...
geleng kepala sendiri pun ya.....

Nak patah balik ....menyusahkan pemandu
pulak.....jadi "maintain macho" ajalah.......

Nasib baiklah warna kedua dua kasut tu
tak jauh beza....

Sememangnya krew tidak begitu menyedari
saya memakai kasut yang berbeza.

Sepanjang penggambaran untuk rakaman
"pengacaraan" bersama Nor Alin Redzuan,
saya sendiri rasa macam serba tak kena......

Dek kerana rasa pelik sendiri, saya
memaklumkan pada mereka...... dan apa lagi
semua mentertawakan saya.....

Ada yang mengusik mungkin saya nak dapat
durian runtuh lah atau mungkin nak jalan jauh
kot......

Nor Azlina  menyampuk kata stylo lah....

Tira, jurumekap dok kata fesyen budak budak
"nie jam" lah.....

Tak kisahlah, tapi sekadar nak berkongsi
pengalaman, kalau nak cepat sekali pun
kenalah juga "double check" apa yang
patut......

Sampai Sri Pentas terus ke kereta dan
ganti dengan sandal yang memang ada
sepasang dalam kereta.

Saya rasa bukan saya seorang sahaja
mengalami peristiwa haru biru ini.......

Mungkin ada juga di kalangan rakan rakan
pernah memakai kasut yang berlainan
tanpa disedari........


Fesyen penggunaan kasut stail baru......


Nor Azlina dan Intan dok mengusik saya........


Pemandangan Kuala Lumpur dari Penthouse
Berjaya Times Square Hotel

Bangunan putih adalah Pusat Borong Kenanga dan
tanah lapang adalah bekas Penjara Pudu.....


3 comments:

  1. Pernah jugak hehehe tahun 1994...masa tunggu result spm. sementara tu kerja kilang kena o/nite shift. masa nak naik van tu pakai sarung ja kasut bila dah sampai baru sedar sebelah selipar tok sebelah selipar saya hahaha mujur ada kasut lain dalam loker di kilang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...