Ads by nuffnang

Monday, February 11, 2013

Jom ikut Iron Lady balik kampung.......

Seperti dalam entri sebelum ini saya bertugas
di Kedah bermula Khamis lalu dan kembali ke
Sri Pentas petang semalam.

Dua hari untuk program Potret Bersamamu
di Baling dan dua hari lagi di Jerlun serta
Alor Star untuk program baru di bawah
penyelarasan saya iaitu "SANTAI BERSAMA..."

Program yang diterbitkan Fieza Kamaruzaman,
InsyaAllah akan menemui penonton TV3
bermula 4 March ini jam 11.30 pagi.

Program ini mendekati beberapa personaliti
yang menceritakan kisah hidup dan berkongsi
erti "Santai" dalam kamus kehidupan mereka.

Untuk episod 1, program ini bakal
memaparkan kisah personaliti yang memang
disegani dan turut dikenali sebagai Iron Lady.

Tentu rakan blogger boleh meneka siapa
Iron Lady......

Personaliti yang dimaksudkan adalah
Datuk Maznah Hamid....pakar motivasi
terkenal di Malaysia.

Selain menjadi pakar motivasi, beliau
seorang usahawan berjaya dan menjadi
mentor kepada usahawan lain berikutan
kejayaan beliau dalam dunia keusahawanan.

Dua hari krew "Santai Bersama..."
merakamkan aktiviti Datuk Maznah tatkala
balik ke kampung halaman di Jerlun.

Memang seronok dapat ikut beliau balik ke
desa kelahirannya.


Standby in 5 seconds......

Selain penggambaran di sawah terbentang
luas menunggu masa untuk dikerat padinya....
kami turut dijemput menghadiri kenduri
kahwin penduduk setempat.

Semangat gotong royong sememangnya
masih menebal di kalangan masyarakat
kampung.

Apa yang paling menarik perhatian kami
cara mereka masak nasi putih yang dikukus
bertingkat tingkat.....

Datuk Maznah turut teruja dan sempatlah
menyuapkan kami nasi yang baru di masak.

"Hah ni ambik berkat nasi kenduri kahwin,
moga cepat dapat jodoh", Datuk Maznah
berseloroh diikuti gelak ketawa kami dan
penduduk setempat.


Nasi yang disusun bertingkat dikukus......




Juruteknik kami Azizol tersipu disuap Datuk Maznah...


Makan jangan tak makan.......

Sepanjang penggambaran di kampung
halamannya, banyak ilmu yang dapat
dikutip melalui pengalaman dan prinsip
hidup Datuk Maznah yang telah membawa
kejayaan besar kepada dirinya.....

Kalau rakan nak tahu rahsia kejayaannya
jangan lupa temujanji jam 1130 pagi,
4 March ini dalam "Santai Bersama......"




Krew "Santai Bersama...."bergambar dengan Iron Lady...
(Fieza yang berdiri sebelah kanan)
 

6 comments:

  1. iron lady maintain vogue wlpn kat tgh bendang...all da best cik inn

    ReplyDelete
  2. 4 Mac.. hari kerja tak dapatlah nengoknya Cik inn

    ReplyDelete
  3. Luqman,
    Iron Lady memang sentiasa maintain......

    Ibuintan,
    Kalau terlepas waktu siaran pagi kerana bekerja, boleh tenguk di tonton.com.my

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Fuhhhhhh! teruja ni...
    Nak jadi iron jugak, kenalah tengok nanti.

    ReplyDelete
  5. kena tengok nih....iron lady...one of my idol

    ReplyDelete
  6. Oooo...Chik Inn kat Kedah untuk program baru ni ker. Saya terseremoak both Chik Inn & Datuk kat Pekan Rabu last Sunday. Nak sapa...rasa segan. Tak sabar nak tonton.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...