Ads by nuffnang

Thursday, November 21, 2013

Izzati -serba kekurangan tetapi berhati mulia.......

Kisah Izzati yang dipaparkan dalam Bersamamu
siaran 21 November lalu mempunyai impak
tersendiri buat saya mahupun krew terbabit.

Perjumpaan saya dan Izzati terjadi ketika saya
selesai penggambaran kisah Bahrin pemuda dari
Johor yang menjalani prosedur angiogram di IJN.

Selesai temuramah dengan doktor dan melangkah
keluar dari wad, terpandang di satu sudut seorang
kanak kanak perempuan dan ayahnya
berkomunikasi dengan bahasa isyarat.

Saya mendekati mereka dan bertanyakan masalah
si kecil.

Si ayah memaklumkan kepada saya yang anaknya
ke IJN untuk rawatan susulan kerana jantung
berlubang dan setelah membuat pemeriksaan
mereka perlu berada beberapa hari di Kuala Lumpur.

Wang yang dibawa kira kira RM450 telah digunakan
untuk rawatan susulan dan lain lain.

Setelah mendapat beberapa maklumat keluarga,
kami menghulurkan sedikit sumbangan untuk
kegunaannya dalam sehari dua lagi di IJN.

Setelah Jefry dan Izzati dibenarkan pulang ke
Alor Star, pihak kami menghubungi Jefry dan
memaklumkan bahawa ingin membuat rakaman
untuk Bersamamu.....

Krew berada 4 hari di negeri yang turut di kenali
sebagai Negeri Jelapang Padi.

Semuanya berjalan lancar.

Sungguhpun  Izzati insan istimewa, cacat
pendengaran dan bisu, dia ternyata
seorang yang periang, disenangi rakan rakan
mahupun tenaga pengajar.

Ketika kami membawa keluarga Izzati makan
malam, seorang remaja membawa tabung ingin
memohon derma.

Saya yang duduk tidak jauh daripada Izzati
sememangnya suka memerhati keadaan sekeliling.

Tatkala melihat pemuda terbabit memohon
sumbangan, dengan pantas Izzati memberi
isyarat kepada bapanya untuk
menghulurkan wang tetapi kerana ayahnya sedang
berbual dengan krew maka pemuda terbabit terus
berlalu.

Daripada raut wajah Izzati kelihatan dia kecewa
tidak dapat menghulurkan sumbangan.

Saya seolah dapat merasakan juga kekecewaan
Izzati...

Hampir selesai makan, pemuda terbabit kelihatan 
tidak jauh dari meja kami dan Izzati terus
memegang tangan bapanya dan meminta duit
untuk dihulurkan kepada pemuda yang meminta
derma.

Ayahnya yang rancak berbual terkejut seketika.

Saya menghulurkan sedikit sumbangan
kepada Izzati dan menyuruhnya masukkan ke
dalam tabung sumbangan pemuda tadi.

Bingkas Izzati bangun terus memasukkan wang
ke dalam tabung yang dipegang pemuda
dan ternyata wajahnya kelihatan berseri seri
dan gembira.

Sungguh mulia gadis yang serba kekurangan ini,
berjiwa murni untuk menghulurkan sumbangan.

Keesokan harinya kami membawa Izzati bersama
dua sahabat baiknya ke Menara Alor Star.

Tatkala dua sahabat leka berbual dengan krew
produksi lain, saya membawa Izzati ke kedai
cenderamata dan membelikan dia "soft toy" 
monyet dan kemeja T lambang Menara Alor Star.

Setelah keluar dari kedai tersebut dia terus
menarik tangan saya dan membawa ke tempat
rakan rakannya.

Dengan menggunakan isyarat, dia meminta saya
membelikan "soft toy" yang sama buat dua
sahabatnya.

Masya Allah......

Ia benar benar membibitkan perasaan sayu
kerana Izzati sememangnya insan istimewa
serba kekurangan tetapi berjiwa mulia......

Dia benar benar menghargai erti persahabatan...

Setiap apa yang berlaku pasti mempunyai
hikmah tersendiri.....

Sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui apa
yang terbaik buat umatNYA......

Semoga Izzati akan sembuh dari masalah
jantung berlubangnya dan tercapai cita-cita
menjadi pendidik kepada insan yang senasib
dengannya.....

Izzati manja dengan ayahnya.....

Izzati gemar matapelajaran Bahasa Malaysia.....

Bersama dua sahabat karibnya......dengan "soft toy"
 masing masing

Selesai membuka akaun di BSN Alor Star
 

4 comments:

  1. Ada orang kata 'orang miskin' dan 'susah' dalam rancangan 'Bersamamu' ni sebenarnya tak susah pun. Persepsi mereka, rancangan Bersamamu ni banyak lakonan berbanding realiti.

    Tapi bagi saya mudah. Kalau orang boleh terkesan perasaannya tengok Sembilu dan sebab filem itu mereka menghargai artis macam Awie dan Erra (dan terus popular), apa salahnya kalau Bersamamu lakonan pun? Cuma kalau dah kudung sebelah kaki, cacat lumpuh, adakah itu sekadar lakonan juga? Takkanlah dah terbaring lesu atas tanah baru layak dikatakan susah dan merempat?

    Apapun tahniah pada TV3 kerana terbitkan rancangan Bersamamu dan Faiza yg terus sudi menaja. Walaupun ada lakonan sekalipun, yg penting ialah mendidik masyarakat untuk perihatin pada orang yang susah, miskin dan menderita. Pada pengkritik -nak tolong, tolong. Tak mahu tolong sudah, tapi jangan hanya tahu condemn saja!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...