Ads by nuffnang

Tuesday, November 12, 2013

Kembali menulis.....

Salam buat semua rakan rakan.....

Begitu lama saya tidak berkongsi cerita
mahupun coretan pengalaman di blog ini.

Kekangan waktu dan kesibukan tugasan
harian mahupun hal hal peribadi
membataskan saya untuk menghadap
komputer di rumah.

Dan satu lagi sebab saya kurang meluangkan
masa dengan komputer di rumah kerana
mudah berkongsi gambar dan coretan pendek
di Instagram.....

Ambil gambar terus "upload" di telefon bimbit
beri penerangan sikit dan pos....
Semudah A..B..C..

Menduduki tempat ketiga Cabaran Bowling NCA
2013 acara Pasukan terbuka di One Utama.
(lama tak bowling, akibatnya ibu jari bengkak beberapa hari)

Alor Star, Coca Cola dan diri ku.....

Di Kundasang, Sabah...Singgah di gerai buah buahan dan
sayur sayuran segar. Teruja melihat buah dikenali sebagai
Lemak Manis yang dikatakan kacukan avocado dan
mangga....Boleh tahan sedap juga bah.....

Hajat hati macam nak daki lagi Gunung Kinabalu
 tetapi masalah lututku....

Bagi sesiapa yang mempunyai instagram
boleh mengikuti saya dengan pencarian
nama "mazlinnordin"....

In sya Allah, selepas ini saya akan kembali
menulis di blog....

Jumpa lagi di "entri" akan datang.....


 

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Dua bulan menyepi...Alhamdulillah, muncul semula akhirnya.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal..
    mudah2an bertemu lagi di entry akan dtg..

    ReplyDelete
  3. Insya ALLAH akan sentiasa menanti khabar berita Cik Inn di sini, sebab tak ada akaun Insta. Selamat kembali :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...