Ads by nuffnang

Wednesday, September 17, 2014

Mahasiswa "Otai" jadi Pengetua Sekolah......

Alhamdulillah, sudah dua minggu saya bergelar
mahasiswa di UKM.

Setakat ini, semuanya dipermudahkan oleh
Allah swt.

Memang letih jugalah berulang ke Bangi tapi ia
tidak melunturkan semangat saya untuk terus
menimba ilmu.

Berikutan beberapa subjek adalah Pra Syarat
untuk memahami lebih terperinci kursus yang
diambil, maka kelas terbabit adalah kelas 
membabitkan pelajar pelajar "degree".

Kalau dah pelajar "degree" umur mereka dalam
lingkungan awal 20an antara 20 ke 23 tahun.

Saya rasa begitu "otai' atau "senior" sangat
dengan mereka yang bukan peringkat adik adik
tapi dah kira peringkat anak......

Anakbuah saya yang sulong pun berumur
38 tahun.

Selesai kelas pukul 12 tadi, ada sesi fotograpi
dengan rakan rakan sekuliah.

Adoiiii dah rasa macam ambik gambar untuk
majalah sekolah pulak.... siap kena pakai
blazer lagi......

Kata rakan rakan sekuliah saya, sesi fotograpi
ini untuk masuk dalam Buletin Fakulti.

Maka kira kira 50 siswa dan siwi pun ambiklah
gambar bersama......

Ketika masing masing mengambil tempat, adik
adik atau anak anak, rakan sekuliah....suruh
saya duduk ditengah tengah.

Saya merasakan seolah olah saya dah jadi
pengetua sekolah pulak.......di kelilingi murid
murid yang muda.....

Macam macam ......

Apapun memang seronok menimba ilmu dengan
generasi muda hari ini yang mempunyai cara
pemikiran ternyata berbeza dengan saya ketika
seusia dengan mereka........

Selain daripada saya, empat lagi pelajar '"otai"
turut sama dalam kelas membabitkan adik adik
ini..... tapi yang pasti sayalah yang paling........
"muda"....berusia pertengahan 4 series.......



Barisan Kedua duduk di tengah......
Pengetua baru.....Mazlin Nordin.........

Mengalahkan sekolah tentera dengan tabik hormat.......

Bersama adik adik....atau anak anak????
 
Empat lagi  siswazah "Otai"...
Baris belakang saya, Alwi dan Zurina
Barisan depan Aishah(student degree)
Maznah dan Liza

Staf saya Liza yang turut menyambung pelajaran
dengan saya..sempat posing lagi....
 
 

6 comments:

  1. hehehe....kalau tak di bagitau tadi memang dah ingat Puan Pengetua

    ReplyDelete
  2. mesti fun kan dikelilingi geng2 muda belia ni....lagipun mesti semua dia org kenal cik lin ni sapa....:)

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat masuk belajar semula

    ReplyDelete
  4. Seronoknya....

    Anak-anak sekarang lebih cepat matang, kan? :)

    ReplyDelete
  5. kita sekelas utk subjek dr suzana..we olls slalu excited bila nmpk kakak tv3..hehehe..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    selamat datang ke UKM. Ada kesempatan, bolehlah lepak mengopi tang mana2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...