Ads by nuffnang

Sunday, October 12, 2014

Benang tertinggal di dalam tapak tangan.....

Kisah semalam......

Saya ke KPJ Damansara untuk temujanji
dengan Dr Rozman untuk rawatan susulan
pembedahan yang dilakukan hampir dua
minggu lalu.

Setelah membuka plaster yang menampal
kesan pembedahan, Dr Rozman puashati
bekas pembedahan mula kering.

Maka bolehlah proses mencabut benang.

Dengan gunting dan sejenis alat seperti
penyepit, doktor menggunting kulit tapak
tangan saya yang kering dan mencabut benang
yang berselerak di tapak tangan.

Sakitnya tak boleh nak dicakap tapi memang
sakitlah masa benang ditarik...

Oleh kerana tangan saya ni tak boleh diam
maka ada sikit benang tertinggal di dalam
kesan pembedahan.

Menurut Doktor ia tidak memudaratkan,
samaada ia akan keluar sendiri atau kekal.

Alhamdulilllah, kini jari saya boleh
dibengkokkan dan kembali lurus seperti biasa.

Sebelum pembedahan, kalau jari dibengkokkan
terutama jari manis, ia tidak boleh kembali
lurus sebaliknya perlu ditolak perlahan lahan
untuk kembali lurus.

Ia menjadi ketat dan "cramp'.

Terima kasih kiriman doa dan semangat
sahabat sekalian tidak kira di mana anda
berada.....

Dua minggu cuti sakit buat saya terus bertambah
sakit....esok dah boleh kembali bertugas....
seronoknya.....

Doktor Rozman dengan teliti menarik benang
di tapak tangan saya
 
Menahan sakit......


3 comments:

  1. Alhamdulillah.. moga Chik Inn kuat dan sihat dalam menjalani kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,
    alhamdulillah...tapi daku takotttt bayangkn situasi tu

    ReplyDelete
  3. Get well soon chik inn..tapi serius rasa ngilu bila baca doktor tarik benang tu :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...