Ads by nuffnang

Friday, December 3, 2010

"Bumi Mesir dan individu berhati Firaun...."



Menyambung entri semalam kisah di sebalik tabir pembikinan Jejak Rasul Srikandi, dari Syria, krew Jejak Rasul Srikandi berkelana ke bumi Mesir.

Piramid dan Sphinx di Giza, juga Kuil Luxor antara mercu pemerintahan Firaun yang sering dikunjungi pelawat dalam dan luar negara.

Sepanjang kami di Mesir, pegawai Kementerian Penerangan Mesir , Muhammad Ghamasi menemani kami selain tiga pelajar Malaysia selaku jurupengiring dan jurubahasa, Shuhabil, Toulud dan Mzbah.

Piramid yang dibina menggunakan ribuan tenaga hamba

Mesir mempunyai kira-kira 70 juta penduduk dan 90 peratus beragama Islam.


Kalau dah singgah di Kaherah tidak sah kalau tak ke Souq/Bazaar  Khan Al-Khalili.


Berlatarbelakang Bazaar Khan Al Khalili
Kami sempat merakamkan gelagat orangramai di bazaar yang menjual pelbagai barangan tempatan terutamanya cenderamata.

Seperti di Petaling Street, Kuala Lumpur, pengunjung di sini perlu bijak dan berani tawar menawar hingga 50 ke 60 peratus.


Tawar...jangan tak tawar......

Kami sempat juga merakamkan moderator Ezzah di Bazaar.


Kesibukan Bazaar Khan El Khalili
 Daripada pengamatan kami, pengawal keselamatan di situ beberapa kali mendekati pegawai pengiring dan berkata sesuatu.

Kemudian saya dimaklumkan yang mereka minta di"belanja minum"........

Berikutan krew Jejak Rasul Srikandi dianggotai 3 kaum Hawa daripada unit produksi dan hanya satu kaum Adam, kami mempraktikan peribahasa, berat sama di pikul, ringan sama di jinjing.

Ketika di Wadi Rayyan yang terletak di daerah Faiyoum, untuk merakamkan moderator Ezzah, memerlukan kami memanjatkan bukit pasir.

Rakaman di Wadi Rayyan
Peralatan yang digunakan tidak kurang beratnya.

Justeru tidak mahu jurukamera dibebani dengan peralatan seperti tripod, krew produksi turut membantu apa yang terdaya oleh kudrat insan yang bergelar wanita...

Pasir lembut, turun  kena menggelunsur...
Selain kepayahan bukit pasir yang lembut, angin yang bertiup kencang, satu cabaran bagi kami.

Namun ia sama sekali tidak melemahkan semangat kami untuk merakamkan visual yang menarik.

Kepercayaan pihak pengurusan yang yakin, kaum Hawa juga boleh menerbitkan Jejak Rasul, dijadikan azimat kami untuk menghasilkan yang terbaik buat tatapan penonton sepanjang Ramadan.

Penggambaran di padang pasir Wadi Rayyan
Sinaran mentari memeritkan kulit, sama sekali tidak membataskan kudrat kami sepanjang berada di Wadi Rayyan ini.

Beberapa kali juga rakaman Ezzah perlu diulang berikutan desiran angin mengganggu audio kami.

Selesai penggambaran di padang pasir lembut, kami di bawah ke kawasan yang mempunyai air terjun kira kira 15 minit dari lokasi penggambaran.

Sungguh besar kekuasaan Allah Maha Pencipta.

Di tengah tengah ketandusan padang pasir terdapat air terjun?

Air terjun di Wadi Rayyan
MasyaAllah......



Ia menjadi tarikan pelancong terutama di hujung minggu.

Satu lagi lokasi kalau sudah berada di Kaherah yang mesti dikunjungi adalah piramid di Giza kira-kira 45 minit ke 1 jam perjalanan dari Kaherah.

Mengikut perancangan, kami dibenarkan untuk merakamkan moderator Ezzah, tetapi setibanya di sana, pelbagai masalah yang dihadapi kononnya permit yang kami dapat hanya untuk rakaman luar dari komplek Piramid.

Krew Jejak Rasul Srikandi
Kami tetap masuk ke Piramid sebentar dan kemudian keluar dari komplek terbabit.


Habil (baju belang biru) dan Mzah(baju putih) di
pintu masuk Piramid di Giza 
 Rakaman pengacaraan Ezzah di buat keesokan hari di belakang komplek Piramid mengikut jalan kampung.


Penggambaran moderator Ezzah di belakang komplek Piramid
Sememangnya sebelum saya berlepas untuk tugasan ini, rakan rakan yang telah sampai di Mesir telah memberi peringatan bahawa "orang mesir ada yg masih berhati Firaun" ,  "cakap tak serupa bikin"....."dan ada udang di sebalik batu"..... 

"Org Mesir, kejap kata ok,lepas tu tak ok......Yang penting, jangan lupa bawa duit "small change", sana semuanya nak tips", pesan Zahir Ramli, yang pernah ke sana untk tugasan Jejak Rasul sebelum ini.

Kerasnya hati masyarakat Mesir macam kerasnya batu Piramid ini......

Barulah saya teringat dengan senario di Bazaar Khan El Khalili.

Kejadian yang sama kami hadapi ketika membuat rakaman di "Pharaonic Village" atau Kampung Firaun di tengah tengah bandar Kaherah.

Pintu masuk utama Kampung Firaun
Kira tempat ini macam Kampung Budaya atau Muzium Hidup di mana mereka melakonkan watak watak di zaman Firaun termasuk kisah Nabi Musa AS yang hanyut dan dijumpai oleh isteri Firaun, Asiyah Muzahim yang menjadi ibu angkat Nabi Musa AS.

Ketika rakaman di situ, menurut pegawai bertugas, kami perlu membayar sebanyak 500 dollar Amerika untuk rakaman kira kira satu jam lebih.

Bersama kakitangan Kampung Firaun yang melakonkan watak
masyarakat Mesir kuno
Berikutan kami mempunyai dua kamera, untuk merakamkan aktiviti di situ, masa yang diberi agak berpatutan.

Biasalah kalau dah nama pun pengambaran, terlalu khusyuk buat rakaman tak sedar dah terlebih 10 minit.

Seorang pegawai keselamatan menghampiri Habil (pelajar Malaysia pengiring kami) dan minta 10 dollar.   

Merakamkan aktiviti wanita Mesir kuno memproses minyak wangi
Sebagai pelajar yang berjiwa muda dan telah biasa dengan ragam masyarakat Mesir, Habil bertegang leher tidak mahu memberi tambahan 10 dollar kerana hanya penggambaran lebih10 minit, dan dia dapat merasakan duit yang diminta untuk kegunaan sendiri.

Setelah melihat kekecohan terbabit, beberapa kakitangan Kampung Firaun turut serta dalam pertelingkahan.


 
Bincang punya bincang, saya pun kata, kami boleh tambah duit sebanyak 50 dollar lagi dengan syarat beri tambahan 20 minit penggambaran dan segala bayaran mesti ada resit rasmi.

Dalam keadaan "terpaksa", akhirnya mereka bersetuju.......

Hujan Emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baiklah d negara sendiri.........

Bagi saya masuk hutan berjalan kaki berjam jam pun tak pa, daripada bertemu kerenah manusia yang punya kepentingan sendiri.......

Dunia oh dunia......kita tinggalkan kisah individu berhati Firaun....

Pepatah orang tua tua ada mengatakan, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.

Setelah hampir dua minggu, tidak dapat merasakan makanan Malaysia, jemputan yang kami terima daripada Khairudddin Abd Khalid, Pengurus Kanan anak syarikat Petronas di Kaherah, sama sekali tidak dilepaskan.

Berikutan Khairuddin mempunyai mesyuarat penting di saat akhir, kami hanya dapat berjumpa beliau seketika.
Kami dilayan isterinya, Maridan Mansur, 3 putera mereka dan beberapa rakyat Malaysia yang mencari rezeki di bumi Mesir ini.

Nasi Lemak sambal ikan bilis, , roti jala beserta kari daging, cekodok pisang terasa seperti makan di tanahair sendiri, bukan saja bagi krew Jejak Rasul Srikandi, malah bagi pelajar Malaysia yang mengiring kami.

Kami turut berkongsi pengalaman sepanjang berada di Bumi Mesir dan Maridan sendiri tidak menafikan ada individu tertentu bila membabitkan duit memang pandai memperdayakan mangsa terutama sekali orang luar.


 
Soal membabitkan wang memang mempunyai seribu satu cerita tak kira di mana sekali di pelusuk dunia.....

Apapun, Alhamdulillah segala tugasan kami berjalan lancar di Mesir.

Apa yang berlaku mematangkan lagi kami dalam dunia produksi. 

Piramid dan Sphinx meninggalkan kenangan tersendiri
buat Krew Jejak Rasul Srikandi

Kami tinggalkan bumi Mesir pada tanggal 29 April dan sampai ke tanahair yang disayangi pada pagi 30 April 2010.

....seterusnya pada 13 Mei 2010, tugasan Jejak Rasul Srikandi ke
Arab Saudi......akan saya kongsikan esok......Wassalam.......



Thursday, December 2, 2010

"KiSAH Di SEBALiK JEJAK RASUL SRiKANDi Di SYRiA......


Rancangan Jejak Rasul, sinonim dengan kehadiran bulan Ramadan.

Memasuki tahun ke 16, program kali ini mempunyai sedikit perubahan kerana buat julung kalinya krew penerbitannya dianggotai kaum hawa.

Baru keluar dari Lapangan Terbang Damsyik
Penjelajahan krew Jejak Rasul 16 bertemakan Srikandi diketuai saya sendiri yang juga bertindak selaku penerbit dan pengarah, Pengacara Ezzah Aziz Fawzy, Penyelidik Shadiya Abbas, jurukamera Jebat M Roseli dan wartawan Berita Harian Sharani Ismail.

Sememangnya tatkala saya dipanggil ke bilik bos besar PWS bahagian Majalah dan Dokumenari, Ahmad Kamaluddin Zaba'ai bahawa saya akan menerbitkan Jejak Rasul seakan tak percaya.

Maklumlah dah 15 tahun, produksi semuanya di anggotai kaum Adam.

Di kota Damsyik

Apapun, bila dah diberi kepercayaan, maka saya pun penuh semangat mestilah ambil tanggungjawab yang diberi dan buktikan kaum Hawa pun setanding dengan kaum Adam. 

Macam entri yang saya tulis 2 hari lepas, kaum wanita setanding kaum adam ,rakan yang belum baca silalah ke entri "Kaum Hawa Ibarat Lilin Membakar Diri".

Mengikut perancangan awal, lokasi pertama kami adalah Arab Saudi, berikutan terdapat beberapa perkara yang membabitkan visa dan permit penggambaran, justeru kami tangguhkan dulu pemergian ke Arab Saudi.

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatNYA.

Perbincangan demi perbincangan di buat, akhirnya kami memilih Syria atau turut di kenali sebagai Syams sebagai lokasi pertama.

Setelah lebih13 jam penerbangan termasuk transit di Dubai, kami mendarat di bumi Damsyik, tepat jam 10.30 pagi waktu tempatan pada 10 April 2010.

Setelah daftar masuk di hotel, kami lebih kepada perbincangan dengan pelajar Malaysia, Asfar dan Joe selaku jurupandu dan jurubahasa.


Universiti Damascus

Keesokan harinya, lokasi pertama kami, Universiti Damascus Syria.

Universiti ini telah melahirkan ramai cendiakawan Syria antaranya, Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Syariah, Profesor Dr Taufeq Ramadan Al Buti.
Prof Dr Taufeq Ramada Al Buti diapit oleh krew JR Sri Kandi,
Wartawan BH Sharani, dan pelajar Malaysia Asfar

Beliau memaklumkan kepada kami, Islam mengangkat wanita pada kedudukan istimewa dan tinggi selepas kedudukan mereka diperkecil dan diletakkan dalam keadaan yang cukup hina ketika zaman Arab jahiliah.

Dr Taufeq juga banyak memberi pandangannya mengenai tokoh tokoh Srikandi yang kami paparkan.

Rata rata pelajar wanita lebih ramai daripada pelajar lelaki.

Bosra antara lokasi yang begitu istimewa sekali, ia adalah pusat dagangan antarabangsa yang dikuasai  Empayar Rom selepas dirampas daripada pemerintahan Nabatean.

Bosra


Di sinilah,  hasil perdagangan Saiditina Khadijah yang diketuai  Rasulullah SAW memulakan urusniaga pertukaran barang dagangan dan jual beli.

Akhlak Rasulullah SAW yang sangat luhur, berbudi bahasa menarik ramai pembeli untuk melakukan urusniaga dengan mereka.

Dikatakan, lamanya perhentian kafilah perdagangan Saiditina Khadijah yang diketuai  Nabi Muhammad SAW untuk berehat, telah meninggalkan bekas.

Bergambar di bekas tapak unta Rasullullah saw




Kesan tapak kaki unta yang ditunggang  Baginda SAW itu kini dipelihara di dalam kawasan masjid Mabrakah An-Naaqah, Bosra.

Jauh perjalanan luas pengalaman.

Penggambaran "moderator" Ezzah di Bosra

Untuk sampai ke satu satu destinasi, mengambil masa yang agak lama.

Justeru masa yang ada di dalam van sewaan kami digunakan untuk bertukar pandangan, membaca mahupun melelapkan mata.

Satu perkara yang sukar dilupakan di kotak fikiran kami iaitu tatkala ingin memulakan rakaman Perantara rancangan.

Secara tiba-tiba, seekor anak ular muncul di celah kaki Ezzah.

Pucat seketika muka Ezzah yang sememangnya takut dan geli dengan Sang Susur.


Di lokasi inilah anak ular keluar berhampiran kaki Ezzah
Panik seketika, namun bila difikirkan, dalam perjalanan ke kawasan ini, kami secara melawak bercerita topik haiwan di padang pasir.

"Hah Chik Inn kalau nak buang air, singgah mana mana stesyen minyak atau kedai, nanti kat padang pasir nak buang air, keluar pulak ular ke kala ke, masalah besar nanti", Ezzah bergurau diikuti gelak ketawa yang lain.

Benarlah kata orang tua, berhati hati jika ingin berbicara, jangan mengikut sesuka hati.

Terhenti seketika penggambaran kerana Ezzah terperanjat.....

Berikutan daripada kejadian terbabit, setiap tutur kata di jaga dengan baik.

Selesai penggambaran, kami dipelawa untuk minum teh bersama Ahmed Mohamed ketua Badwi di perkampungan yang dikenali sebagai Al Ka’faah.


Minum teh bersama ketua Badwi di Perkampuangan Al Kafaah
Malam itu kami tidur di Homs, yang jaraknya kira kira setengah jam dari Masjid Khalid Al Walid, panglima Islam yang disegani.

Selepas makan malam kami bersiar siar dibandar di samping menikmati manisan yang banyak dijual.

Tersusun manisan yang sedia dibawa balik oleh pembeli

Memang sedap hingga menjilat jari.....


Bersama tuanpunya kedai manisan

Naik jugalah kandungan gula dalam darah saya bila uji keesokan harinya....masa makan lupa yang diri tu ada penyakit ekk......

Seterusnya, kami ke Palmyra, terletak kira kira 6 jam perjalanan dari Damsyik. 


Palmyra menggamit ramai pengunjung untuk melihat kesan peninggalan
jajahan empayar Roman

Ia satu kawasan  tarikan pelancong kerana mempunyai peninggalan kesan sejarah empayar roman.

Palmyra juga kerap menjadi lokasi penggambaran drama mahupun filem Arab, dirakamkan.

Kami tidak terkecuali untuk melakonkan semula watak Khaulwah Al Azwar, Srikandi yang turut serta berperang ketika zaman Khalid Al Walid.


Memberi arahan kepada Amalia
Baru mula merakamkan babak Khaulah, tiba-tiba ribut pasir melanda.

Berikutan tiada tempat berlindung, berdirilah kami di tengah tengah padang pasir.

Dalam keadaan hujan membasahi bumi dengan ribut pasir, saya terus bermuhasabah diri, memohon keampunan jika ada perkara perkara yang tanpa disedari, maklumlah kami ingin melakonkan watak watak yang ada kaitan dengan kebangkitan Islam.....

Kira-kira 10 minit kemudian, ribut pasir berhenti dan penggambaran diteruskan.






"Ok ... standby for recording......"
Tatkala memberi arahan, penunggang kuda berlari pantas, kuda yang dinaiki pelajar Malaysia yang melakonkan watak Khaulah, terperanjat dan mengakibatkan penunggangnya terjatuh.

Sungguhpun tiada kecederaan berlaku, kami mengambil langkah keselamatan dengan menukarkan watak Khaulah kepada pemuda Arab tuanpunya kuda terbabit.

Rakan rakan nak tahu pelajar Malaysia jatuh kuda itu adalah Amalia Azmir, anak kepada pelakon Azmil Mustapha.

Dia dan beberapa rakannya sentiasa memberi kerjasama kepada kami.
Ketika penggambaran di Palmyra, terasa bagaikan berada di studio Bollywood mahupun Hollywodd.



Apa saja yang kami inginkan walaupun di saat akhir, seperti unta, kuda mahupun pelakon tambahan, pasti dapat dilaksanakan remaja Syria yang peramah dan mudah bekerjasama.

Bersama beberapa remaja Syria sebagai pelakon tambahan
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan rakaman di Pamlyra mengambil masa 3 jam.

Rezeki yang ditolak......Kami juga berkesempatan ke rumah Azmil Mustapha dan hidangan makan malam disediakan Amalia.

Azmil juga berkongsi pengalaman bagaimana kedatangannya ke Bumi Syria bersama anak anaknya dan memaklumkan kepada kami bahawa kehidupannya di Syria lebih tenang.


Di rumah Azmil Mustapha
Masjid Umawi yang terletak di tengah tengah kesibukan kota Damsyik antara tempat yang perlu dilawati jika ke Syria. 

Di luar Masjid Umawi

Di dalam Masjid Umawi

Pelajar-pelajar Malaysia yang mengetahui kehadiran kami, menawarkan diri membantu  permudahkan penggambaran.

Kehadiran Ezzah turut menjadi perhatian remaja Syria yang ingin bergambar kenang-kenangan di Masjid Umawi ini.

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahannya.

Setelah 10 hari ditemani pelajar-pelajar Malaysia, berputik kemesraan pada mereka dan perasaan sedih memaut di hati kami.

Tatkala saya bersalaman dan berdakapan dengan Amalia, airmata saya berlinangan kesedihan kerana sejak hari pertama hinggalah saat saat terakhir, Amalia begitu rapat dan manja dengan saya. 

Hanya kata-kata semangat ditinggalkan untuk Amalia dan rakan rakannya agar mencapai keputusan cemerlang di bumi Syria.

Terima kasih Amalia, Sarah, Faira, Joe, Farouk, Azfar, Faiz dan lain lain….

Selamat Maju Jaya…..adik adik....

.....esok akan saya titipkan pengalaman di Bumi Firaun......


Wednesday, December 1, 2010

"JOM ALiH SANG BEDAL....."

Percaya atau tidak….

Anak buaya yang saya pegang itu hanya ditangkap tanpa sebarang peralatan moden…

Ia ditangkap secara liar dengan hanya menggunakan tangan kosong…

Jika sebelum ini entri saya berkongsi kisah Pak Da, kebal bisa ular, hari ini saya menulis kehebatan seorang lagi warga emas yang mempunyai kepakaran tersendiri menjinakkan keturunan Bujang Senang .

Kawasan Sungai Dew, yang teletak di Hutan Paya Bakau Matang, Perak menjadi lubuk rezeki bagi nelayan tradisi, Mohamad Yahya atau Pak Lang sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Bagi mendapatkan kepastian itu, krew Majalah 3 diketuai oleh saya sendiri, wartawan/pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain, Jurukamera Roslan Zainal Abidin mengunjungi Pak Lang di kediamannya di Kampung Sungai Dew…Kamunting Perak.

Kami difahamkan Pak Lang mahir menangkap Sang Bedal sejak zaman remajanya lagi.


"Buaya ni seringkali berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain".

"Bila jumpa buaya besar kadangkala waktu malam saya pergi tengok betul ke tak ada buaya. Saya usik2 aja buaya tu", Pak Lang memulakan bicara mengenai Sang Bedal.

Kami menyusuri Sungai Dew, untuk melihat sendiri kawasan
persekitaran dan difahamkan setiap kali musim udang galah,
Sungai Dew pasti menjadi pilihan pemancing bagaikan satu pesta.

Kebanyakkan mereka berasal dari kawasan Kamunting, Batu Kurau dan Changkat Jering.

Udang galak yang baru ditangkap kalau masak mee udang aau mee bandung,huh..... sedapnya ibarat kata kalau emak mentua lalu pun tak nampaklah....

Anak buaya yang hendak dialihkan ke habitat baru...
Nurul keletihan dan mengantuk menunggu Pak Lang mencari Anak Buaya  

Ok, sambung cerita Pak Lang, menurut dia, buaya di situ tidak mengganas dan menyerang manusia seperti buaya di Sabah dan Sarawak terutama sekali sekiranya habitatnya tidak diganggu.


Bagi Pak Lang, penggunaan beras yang dicampur dengan hampas kelapa dijadikan umpan…setiap kali memukat udang galah disini…

Ada udang galah, adalah sang buaya.

"Sebelum saya turun saya bawa peralatan tertentu, doa sikit adalah, tapi niat tu kena betul jangan nak buat benda2 tak elok', Pak Lang menambah.

Bagi Pak Lang, sokongan keluarga terhadap usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan anak Sang Bedal yang tersangkut di pukat atau jaring menyuntik semangatnya memelihara spesis ini.

"Kerja tu memang bahaya, Pak Lang dah biasa buat kerja ni dari arwahnya ayah dulu. Pak Lang memang minat jadi Mak Lang tak kisah…tawakal pada Allah banyak banyak", Mak Lang meluahkan perasaannya mengenai Pak Lang..

Kewujudan Hutan Paya Bakau di Sungai Dew mewujudkan persekitaran yang seimbang bagi habitat fauna di sini termasuklah Sang Bedal.

Setelah senja melabuh tirai malam, Pak Lang membawa kami ke kawasan yang dikenalpasti sebagai lubuk anak Sang Bedal yang sering tersangkut di pukat atau jaring nelayan.

Namun ketika kehadiran kami, aksi ikan belacak yang melompat dari permukaan air mencuri tumpuan.

Setelah hampir empat jam, menyusuri sungai, usaha Pak Lang untuk menjejaki Sang Bedal menemui jalan buntu.

Menurut Pak Lang, keadaan air pasang dan hujan menyebabkan reptilia itu tidak naik ke muara sungai.

Namun kami tidak berputus asa untuk meneruskan pencarian ini….


Setelah malam pertama meredah Sungai Dew tidak menemukan kami dengan seekor anak buaya pun, hari kedua kami sekali lagi, meneruskan pencarian menjejaki anak Sang Bedal untuk dialihkan ke habitat yang lebih selamat.

Setelah satu jam kami di atas bot besar mengekori bot Pak Lang, tetiba dia memberi isyarat memberhentikan enjin bot yang kami naiki.

Sekelip mata Pak Lang menyauk anak sang bedal. 

"Pak Lang dapat ke Pak Lang?", Nurul Syuhada bertanya.

"Haa....dapat…" Pak lang menjawab ringkas.

"Tak sangka Pak Lang dapat tangkap, tengok dari jauh aja..saya perhati je dari tadi…",

"Haa..anak buaya ni saya ambil sebab takut dia nanti tersangkut pada pukat atau jaring", Pak Lang menambah.

Tak sangka dalam masa satu setengah minit sahaja, Pak Lang berjaya menangkap anak buaya dengan menggunakan tangan.....

Menurut Pak Lang, anak buaya yang ditangkap menggunakan tangan lebih bersifat semulajadi tanpa menyakitkan reptilia itu.


 
Pak Lang yang berkemeja T Biru...nak lepaskan anak buaya ke habitat baru
Nurul dah jaga daripada lamunan...

Mulutnya perlu diikat supaya tidak mengigit sebab jika tidak, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita..

Kebanyakan Sang Bedal yang menghuni Sungai Dew adalah spesis buaya tembaga.


"Jadi macam mana Pak Lang kenalpasti nak tangkap anak buaya ni", saya bertanya…

 
"Saya lihat air di sini tenang, makanan pun ada jadi saya pasti ada anak buaya disini…saya himpit dan tangkaplah untuk dialihkan.."


Tidak sampai 15 minit berada di kawasan ini… Pak Lang menemui beberapa ekor lagi anak buaya…

"Kwek.... kwek.. kwek..." kedengaran suara anak buaya bagaikan minta simpati daripada ibunya.

Dalam kegelapan malam yang hanya diterangi cahaya bulan sesekali mendengar bunyi yang agak luar biasa di kawasan hutan paya bakau itu menimbulkan kegusaran juga.....manalah tahu si ayah atau si ibu tetiba mengamuk setelah anak mereka di tangkap....

Sungguhpun bot kami agak besar, tapi kalau dah beberapa ekor menyerang, mahu bergegar bot kami, atau kerana terlalu dimomokkan filem barat mengenai keganasan Sang Bedal, perasaan suspen menghantui saya dan Nurul.

Alhamdulillah tak ada apa apa berlaku dan kami pulang ke hotel di Taiping hampir jam 4 pagi.

Menurut Pak Lang, anak buaya yang terdedah kepada aktiviti manusia seperti menjaring dan memukat boleh memberi ancaman kepada hidupan itu.


Lantaran, kemahiran yang diperolehinya digunakan sebaiknya untuk memelihara spesis itu dan menjamin persekitaran yang lebih baik.



Jadi hari itu Pak Lang berjaya menangkap 6 ekor anak buaya dan kesemua anak anak buaya akan dialihkan esok.

 

"Anak buaya ni kalau nak tangkap kena tengok juga bukan main tangkap je…kalau nampak  ada…saya pergi kat dia perlahan-lahan dan tangkap la…sebab dah biasa jadi mahir lah, tapi kena perhatikan juga kot ada buaya dewasa berdekatan", Pak Lang berkongsi pengalaman. 


Bagi proses pemindahan anak buaya, Pak Lang membawa kami ke kawasan yang agak terasing dari pada aktiviti manusia dan laluan bot.

Keadaan persekitaran hutan paya bakau yang menjadi pertemuan air masin dan tawar menjadikan ia sesuai sebagai habitat spesis buaya air tawar ini.

Kawasan sungai yang bertebing landai memudahkan pergerakan reptilia itu mencari makanan di daratan atau sungai tanpa sebarang gangguan.

Kalau boleh  rasa nak belalah anak
Sang Bedal ni...
Walaupun baru berusia setahun, anak buaya dikatakan mampu untuk hidup bermandiri dan membesar berpuluh tahun lamanya.


Walaupun buaya atau Sang Bedal dikategorikan sebagai haiwan terlindung, langkah konservasi perlu bermula daripada setiap individu itu sendiri....

Ini penting untuk memastikan negara… tidak ketandusan spesis reptilia kuno ini yang sering diancam kepupusan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...