Rancangan Jejak Rasul, sinonim dengan kehadiran bulan Ramadan.
Memasuki tahun ke 16, program kali ini mempunyai sedikit perubahan kerana buat julung kalinya krew penerbitannya dianggotai kaum hawa.
Baru keluar dari Lapangan Terbang Damsyik |
Sememangnya tatkala saya dipanggil ke bilik bos besar PWS bahagian Majalah dan Dokumenari, Ahmad Kamaluddin Zaba'ai bahawa saya akan menerbitkan Jejak Rasul seakan tak percaya.
Maklumlah dah 15 tahun, produksi semuanya di anggotai kaum Adam.
Di kota Damsyik |
Apapun, bila dah diberi kepercayaan, maka saya pun penuh semangat mestilah ambil tanggungjawab yang diberi dan buktikan kaum Hawa pun setanding dengan kaum Adam.
Macam entri yang saya tulis 2 hari lepas, kaum wanita setanding kaum adam ,rakan yang belum baca silalah ke entri "Kaum Hawa Ibarat Lilin Membakar Diri".
Mengikut perancangan awal, lokasi pertama kami adalah Arab Saudi, berikutan terdapat beberapa perkara yang membabitkan visa dan permit penggambaran, justeru kami tangguhkan dulu pemergian ke Arab Saudi.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatNYA.
Perbincangan demi perbincangan di buat, akhirnya kami memilih Syria atau turut di kenali sebagai Syams sebagai lokasi pertama.
Setelah lebih13 jam penerbangan termasuk transit di Dubai, kami mendarat di bumi Damsyik, tepat jam 10.30 pagi waktu tempatan pada 10 April 2010.
Setelah daftar masuk di hotel, kami lebih kepada perbincangan dengan pelajar
Universiti Damascus |
Keesokan harinya, lokasi pertama kami, Universiti Damascus Syria.
Universiti ini telah melahirkan ramai cendiakawan Syria antaranya, Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Syariah, Profesor Dr Taufeq Ramadan Al Buti.
Prof Dr Taufeq Ramada Al Buti diapit oleh krew JR Sri Kandi, Wartawan BH Sharani, dan pelajar Malaysia Asfar |
Beliau memaklumkan kepada kami, Islam mengangkat wanita pada kedudukan istimewa dan tinggi selepas kedudukan mereka diperkecil dan diletakkan dalam keadaan yang cukup hina ketika zaman Arab jahiliah.
Dr Taufeq juga banyak memberi pandangannya mengenai tokoh tokoh Srikandi yang kami paparkan.
Rata rata pelajar wanita lebih ramai daripada pelajar lelaki.
Bosra antara lokasi yang begitu istimewa sekali, ia adalah pusat dagangan antarabangsa yang dikuasai Empayar Rom selepas dirampas daripada pemerintahan Nabatean.
Bosra |
Di sinilah, hasil perdagangan Saiditina Khadijah yang diketuai Rasulullah SAW memulakan urusniaga pertukaran barang dagangan dan jual beli.
Akhlak Rasulullah SAW yang sangat luhur, berbudi bahasa menarik ramai pembeli untuk melakukan urusniaga dengan mereka.
Dikatakan, lamanya perhentian kafilah perdagangan Saiditina Khadijah yang diketuai Nabi Muhammad SAW untuk berehat, telah meninggalkan bekas.
Bergambar di bekas tapak unta Rasullullah saw |
Kesan tapak kaki unta yang ditunggang Baginda SAW itu kini dipelihara di dalam kawasan masjid Mabrakah An-Naaqah, Bosra.
Jauh perjalanan luas pengalaman.
Penggambaran "moderator" Ezzah di Bosra |
Untuk sampai ke satu satu destinasi, mengambil masa yang agak lama.
Justeru masa yang ada di dalam van sewaan kami digunakan untuk bertukar pandangan, membaca mahupun melelapkan mata.
Satu perkara yang sukar dilupakan di kotak fikiran kami iaitu tatkala ingin memulakan rakaman Perantara rancangan.
Secara tiba-tiba, seekor anak ular muncul di celah kaki Ezzah.
Pucat seketika muka Ezzah yang sememangnya takut dan geli dengan Sang Susur.
Pucat seketika muka Ezzah yang sememangnya takut dan geli dengan Sang Susur.
Di lokasi inilah anak ular keluar berhampiran kaki Ezzah |
"Hah Chik Inn kalau nak buang air, singgah mana mana stesyen minyak atau kedai, nanti kat padang pasir nak buang air, keluar pulak ular ke kala ke, masalah besar nanti", Ezzah bergurau diikuti gelak ketawa yang lain.
Benarlah kata orang tua, berhati hati jika ingin berbicara, jangan mengikut sesuka hati.
Berikutan daripada kejadian terbabit, setiap tutur kata di jaga dengan baik.
Selesai penggambaran, kami dipelawa untuk minum teh bersama Ahmed Mohamed ketua Badwi di perkampungan yang dikenali sebagai Al Ka’faah.
Minum teh bersama ketua Badwi di Perkampuangan Al Kafaah |
Selepas makan malam kami bersiar siar dibandar di samping menikmati manisan yang banyak dijual.
Tersusun manisan yang sedia dibawa balik oleh pembeli |
Memang sedap hingga menjilat jari.....
Bersama tuanpunya kedai manisan |
Naik jugalah kandungan gula dalam darah saya bila uji keesokan harinya....masa makan lupa yang diri tu ada penyakit ekk......
Seterusnya, kami ke Palmyra , terletak kira kira 6 jam perjalanan dari Damsyik.
Palmyra menggamit ramai pengunjung untuk melihat kesan peninggalan jajahan empayar Roman |
Ia satu kawasan tarikan pelancong kerana mempunyai peninggalan kesan sejarah empayar roman.
Palmyra juga kerap menjadi lokasi penggambaran drama mahupun filem Arab, dirakamkan.
Kami tidak terkecuali untuk melakonkan semula watak Khaulwah Al Azwar, Srikandi yang turut serta berperang ketika zaman Khalid Al Walid.
Berikutan tiada tempat berlindung, berdirilah kami di tengah tengah padang pasir.
Dalam keadaan hujan membasahi bumi dengan ribut pasir, saya terus bermuhasabah diri, memohon keampunan jika ada perkara perkara yang tanpa disedari, maklumlah kami ingin melakonkan watak watak yang ada kaitan dengan kebangkitan Islam.....
Kira-kira 10 minit kemudian, ribut pasir berhenti dan penggambaran diteruskan.
"Ok ... standby for recording......" |
Sungguhpun tiada kecederaan berlaku, kami mengambil langkah keselamatan dengan menukarkan watak Khaulah kepada pemuda Arab tuanpunya kuda terbabit.
Rakan rakan nak tahu pelajar Malaysia jatuh kuda itu adalah Amalia Azmir, anak kepada pelakon Azmil Mustapha.
Dia dan beberapa rakannya sentiasa memberi kerjasama kepada kami.
Ketika penggambaran di Palmyra , terasa bagaikan berada di studio Bollywood mahupun Hollywodd.
Apa saja yang kami inginkan walaupun di saat akhir, seperti unta, kuda mahupun pelakon tambahan, pasti dapat dilaksanakan remaja
Bersama beberapa remaja Syria sebagai pelakon tambahan |
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan rakaman di Pamlyra mengambil masa 3 jam.
Rezeki yang ditolak......Kami juga berkesempatan ke rumah Azmil Mustapha dan hidangan makan malam disediakan Amalia.
Azmil juga berkongsi pengalaman bagaimana kedatangannya ke Bumi Syria bersama anak anaknya dan memaklumkan kepada kami bahawa kehidupannya di Syria lebih tenang.
Masjid Umawi yang terletak di tengah tengah kesibukan kota Damsyik antara tempat yang perlu dilawati jika ke Syria .
Pelajar-pelajar Malaysia yang mengetahui kehadiran kami, menawarkan diri membantu permudahkan penggambaran.
Rezeki yang ditolak......Kami juga berkesempatan ke rumah Azmil Mustapha dan hidangan makan malam disediakan Amalia.
Azmil juga berkongsi pengalaman bagaimana kedatangannya ke Bumi Syria bersama anak anaknya dan memaklumkan kepada kami bahawa kehidupannya di Syria lebih tenang.
Di rumah Azmil Mustapha |
Di luar Masjid Umawi |
Di dalam Masjid Umawi |
Kehadiran Ezzah turut menjadi perhatian remaja Syria yang ingin bergambar kenang-kenangan di Masjid Umawi ini.
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahannya.
Setelah 10 hari ditemani pelajar-pelajar Malaysia , berputik kemesraan pada mereka dan perasaan sedih memaut di hati kami.
Tatkala saya bersalaman dan berdakapan dengan Amalia, airmata saya berlinangan kesedihan kerana sejak hari pertama hinggalah saat saat terakhir, Amalia begitu rapat dan manja dengan saya.
Hanya kata-kata semangat ditinggalkan untuk Amalia dan rakan rakannya agar mencapai keputusan cemerlang di bumi Syria .
Terima kasih Amalia, Sarah, Faira, Joe, Farouk, Azfar, Faiz dan lain lain….
Selamat Maju Jaya…..adik adik....
.....esok akan saya titipkan pengalaman di Bumi Firaun......
seronok membaca pengalaman Kak Lin. Terasa diri di bawa ke sana.
ReplyDeleteSeronok nyer Chik Inn ... cerita macam ni lah yang membuatkan saya tertunggu-tunggu. Bertuah Chik Inn dapat melalui semua ini.
ReplyDeleteSyria tempat yang memang saya idamkan untuk pergi.. Agak nya kalau saya dapat pergi memang saya tak nak balik lagi. Bertuah nyer kak inn dapat menikmati keindahan syria. Syria tunggu ler kedatangan ku.... kalau ada rezeki... hehehe
ReplyDeletejemput datang ke jordan juga, akak. ^^
ReplyDelete