Hari terakhir 2010 pasti meninggalkan pelbagai kisah, ragam, kenangan, suka, duka, tawa, tangis dan pelbagai emosi lagi bagi setiap insan seantero dunia....
Kalau sebut azam tahun baru, lazimnya permulaan tahun tu, memanglah berkobar kobar lepas tu "haraammm......."
Saya menulis berdasarkan diri sendiri dan tak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup mahupun yang telah pergi menemui Illahi....
Tapi apapun pengalaman lalu boleh dijadikan pengajaran untuk memperbaiki diri......
Saya kongsikan emel yang dikirimkan rakan saya,
Siti ZubaidahMd Noor, untuk sama sama kita renungkan....
mengenai memotivasikan diri....
Kira boleh dijadikan panduan Azam 2011.......
Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.
Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua sesekali di dalam hati .
Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..
1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.
3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.
5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.
6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.
7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.
8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula .
9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.
10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.
11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.
12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !
13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.
14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.
15. Lakukan kerja seikhlas hati.
16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.
Selamat menyambut 2011, semoga tahun mendatang ini akan mendekatkan lagi kita kepada Yang Maha Pencipta dan sentiasa dalam lindunganNYA......
bagusnya tips2 tu..insyaAllah akan mempraktikkannya..
ReplyDelete(:
selamat tahun baru kak mazlin..
(:
Salam Mazlin,
ReplyDeleteINSYALLAH tips tu semuanya ada. Tapi yang no 8 tu tak berhasil dilakukan pada 2010. 2011 mudah2an menjadi...
Cam ne nak jadi.. tengoklah kat sini.. Makan jee..
http://yan-yanjournal.blogspot.com/2010/12/kebab-yan-and-roti-pita-qis_7940.html
Salam..InsyaAllah semoga Tuhan melindungi dan semoga apa yang dihajati tercapai hendaknya...dari borakkosong.com Selamat tahun baru
ReplyDeleteSalam Anisa,
ReplyDeleteSelamat tahun 2011. Yang baik kita jadikan tauladan..Selamat mempraktikkan....
Sis Yan,
Azam saya yang no 8 tu lah kantoi.....utk 2010, InsyaAllah akan cuba untuk 2011. Saya dah ziarah sis punya blog....kira ziarah ziarah, cari makan lah....
Salam Bro Eddie,
ReplyDeleteSelamat tahun baru juga buat Bro.....moga kita sentiasa dalam lindunganNYa....
Aslmkm.
ReplyDeleteSelamat berkenalan. TQ ya kerana follow Kak G & I follow balik sebagai sokongan moral. Mudah2an kita dapat saling berhubungan w/pun hanya sekadar di Maya.
Selamat tahun baru ... semoga 2011 akan lebih baik untuk kita semua ... terpenting - semoga kita sentiasa diberkati & dirahmati Allah SWT. Amin.
Yg no 8 tu sangat2lah susah untuk di makbulkan..Cuma kak pah nak tambah satu lagi utk diri sendiri: Harap agar tahun 2011 ini kak pah akan dapat menjalani rawatan untuk masalah tairod ini dgn lebih berkesan lagi.harap tidak akan ada pembedahan untuk kali kedua...[ kalau kena operate lagi...nak panggil tv 3..heeee..]
ReplyDeleteTips yang bagus untuk diamalkan sentiasa...bukan di hari pertama tahun baru sahaja...betul tak Chik Inn?
ReplyDeleteSelamat tahun baru untuk Chik Inn. Semoga lebih bersemangat hasilkan program menarik dan bersemangat berblog.
salam
ReplyDeleteselamat menyambut th 2011...semoga anda dan tv3 terus mantap,unggul dan memberi yg terbaik utk penonton...
DDrFauziah,
ReplyDeleteSalam kenalan juga daripada saya dan terima kasih membaca blog saya.Moga persahabatan kita berpanjangan sungguhpun di alam maya saja....Dan semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati Yang Maha Esa....
Kak Pah,
Semoga tahun 2011 akan memberikan kesihatan yang lebih baik daripada 2010...kesihatan perlu diutamakan kalau boleh jangan buat lagi pembedahanlah kak...
Cikgu Nurin,
Selamat tahun baru juga buat Cikgu. InsyaAllah dengan sokongan rakan rakan blogger saya akan terus berkongsi banyak lagi pengalaman untuk tatapan bersama....
Salam Kamsiah,
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2011. InsyaAllah saya dan wargakerja Media Prima akan cuba menghasilkan rancangan rancangan menarik dan memberi info untuk tatapan penonton khususnya TV3 dan TV9....
:)...alim alim kucing...hehee...
ReplyDeleteChik Inn, Selamat tahun baru 2011. Semoga tahun baru ni memberi lebih sinar bergermelapan dalam kerjaya dan kehidupan buat chik Inn dan family. Aminnn
ReplyDeleteGood luck
AS SALAM kakLin..terima kasih atas info yang begitu bermakna..sama2 la kita hayati dan ikuti..mudah2an diredhai dan dirahmati ALLAH SWT..
ReplyDeleteNo juga nak ucap selamat tahun baru tuk kakLin..semoga ditahun mendatang membawa lebih seribu makna lagi..ceria2 selalu..
Selamat Tahun Baru...
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru Chik Inn. Artikel yang menarik, dengan model model yang comel sangat. Terima Kasih.
ReplyDeleteSalam chik inn, baguih betoi panduan2 itu dgn aksi kucingnya sekali......heheheheheheheh
ReplyDeletepanduan yang berguna..bagus ..uncle cuba praktikkan sedaya upaya yang mungkin..terima kasih atas post yang sungguh bagus nih!!
ReplyDeleteselamat tahun baru chik Inn.
ReplyDeletesemoga tahun ini menjanjikan kehidupan dan amalan yg lebih baik berbanding thn2 seblmnya.
salam tahun baru buat chik inn.
ReplyDeletekak nab seronok tengok kepelbagaian aksi kucing tu...marbeles!