Tak kiralah zaman kanak kanak, persekolahan, dalam kerjaya, rumahtangga.... terpulang pada individu itu sendiri cara menanganinya....
Saya ingin berkongsi satu pengalaman ketika saya dan pengacara Majalah 3 Nurul Syuhada Nurul Ain membuat penggambaran di Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia di Lumut Perak, tahun lepas.
Saya terpanggil untuk menulis catatan ini bila melihat nama
Ayin Masliza, yang memberi komen mengenai entri saya semalam.
Dia ni orang kuat TLDM juga junior junior junior saya sebagai
"Student Broad - Mass Comm" di UITM Shah Alam dan tuanpunya blog "Two Plus One And More"...
Krew Majalah 3 bersama wakil Eurocopter Malaysia, Saida duduk di depan.. |
Menyambung entri saya, dengan kerjasama Eurocopter Malaysia, kami ke Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia -TLDM di Lumut Perak untuk menyertai misi mencari dan menyelamat bersama Skuadron 502.
TLDM turut menggunakan pesawat Eurocopter untuk operasi cawangan udaranya iaitu AS 555 SN Fennec.
Bagi misi mencari dan menyelamat Skuadron 502 berganding bahu bersama pasukan khas laut atau PASKAL bagi operasi penyusupan dan pengunduran melalui udara.
Bagi operasi menyelamat, pasukan PASKAL cukup tangkas mengatur strategi.
Bagi krew Majalah 3 yang pertama kali menyertai operasi ini, ia cukup mendebarkan dan penuh dengan aksi cemas.
Untuk rakaman cara menyelamatkan mangsa, kami dibawa ke satu kawasan yang agak jauh dari pangkalan.
Dengan dibantu pasukan Paskal, Nurul di ikat dengan tali di helikopter dan menyeberangi laut untuk ke Pangkalan mengharungi kepekatan malam.
Saya yang berada di bawah merakamkan Nurul tergantung (kaedah Spie Rig) di helikopter bersama 2 anggota Paskal, berdebar debar atas keselamatan anak buah saya tu.
Kalau apa apa terjadilah.. huh.. menjawab saya dengan keluarga Nurul dan juga pihak pengurusan....
Kalau apa apa terjadilah.. huh.. menjawab saya dengan keluarga Nurul dan juga pihak pengurusan....
Apapun kecekapan pasukan Paskal tidak perlu dipertikaikan.....
Mereka memang sudah terlatih....
Keesokan harinya satu lagi rakaman yang membabitkan penggunaan helikopter Fennec telah di atur.
Sementara menunggu helikopter diisi minyak dan pemeriksaan keselamatan dijalankan, saya memohon kebenaran Komandar Jaffy untuk penggambaran promo Nurul di hangar atau tempat membaiki /menyimpan helikopter.
Sementara menunggu helikopter diisi minyak dan pemeriksaan keselamatan dijalankan, saya memohon kebenaran Komandar Jaffy untuk penggambaran promo Nurul di hangar atau tempat membaiki /menyimpan helikopter.
Berada dalam keadaan tergantung atau teknik "winching" untuk jangka masa yang agak panjang bukannya perkara mudah untuk dilakukan.
Nurul bersedia untuk rakaman promo dan bersedia untuk teknik "winching".... |
Setelah dimaklumkan teknik ini tidak bahaya kerana hanya dilakukan di hangar bukan di helikopter, maka penggambaran diteruskan dan Nurul melakukan teknik "winching" sambil menyampaikan skrip promonya.
Standby Nurul.... |
"Standby take 2....in 5 sec, 4...3...2..."
Beberapa "take" promo Nurul dilakukan untuk mendapat sudut yang baik.
Setelah berada kira kira 7 minit tergantung di hangar, Nurul tetiba seperti kekejangan tergantung.
Saya perhatikan Nurul bagaikan tidak bermaya lagi....
"Nurul ..nurul...nurul....nurul...."
Dia langsung tidak memberi respon....
"Nurul... Nurul .....Nurul Syuhada.....abang... abang... turunkan nurul sekarang.....turunkan dia sekarang" jerit saya pada anggota yang menjaga awal kawalan terbabit.
Sejurus dia turun, saya terus menyambut dia dan terus memanggil lagi namanya...
Saya memanggil beberapa kali Nurul..... |
Risau betul saya dibuatnya...... |
Nurul sakit perut.... |
Dia bagaikan pitam dan hilang pertimbangan...
Seketika tersedar, dia terus kata perutnya sakit nak ke tandas dan terus saya berlari membawa dia ke tandas.
Justeru tandas wanita tiada di kawasan hangar, saya terus membawa Nurul ke tandas lelaki.
Kebetulan seorang anggota TLDM baru keluar dari tandas terbabit, Nurul terus masuk dan saya pulak jadi penjaga tandas, agar tiada orang lain masuk......
Sememangnya muka Nurul ketika itu pucat lesu dan tangannya sejuk....
Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu......berderau darah dan kecutlah perut saya.....
Setelah beberapa minit di dalam tandas, Nurul pun keluar dan mukanya kelihatan ceria.
Saya pun bertanya pada Nurul apa yang terjadi.....
"Entahlah Chik Inn, mula mula tu tak ada rasa apa apa, ok aja, tetiba rasa perut semacam aja....then jadi blank........" jawab Nurul ....
Saya hanya mampu menggeleng kepala tetapi bersyukur kerana segalanya selamat.
"Semalam awak makan banyak sangat seafood, tu perut mengelodak semacam..." saya menambah....
Dia tersenyum dan mengangguk "Agaknya lah Chik Inn......"
Seketika helikopter Fennec telah siap untuk berlepas dan Nurul telah kembali normal, penggambaran diteruskan.
Ketika berada di dalam pesawat, kami diberi penerangan terperinci strategi bagaimana setiap operasi dilakukan dari permukaan air atau untuk mendarat di atas kapal.
Kaedah winching sekali lagi diterapkan dalam membantu misi mencari dan menyelamat.
Nurul kelihatan tenang di atas Fennec |
Sepatutnya Nurul melakukan teknik ini bersama anggota TLDM, tetapi memandangkan keadaan dia yang telah membuat krew panik seketika sebelum itu, saya mengambil keputusan rakaman lebih tertumpu pada anggota yang sememangnya terlatih.
Dua helikopter digunakan untuk rakaman ini.... |
Keupayaan pesawat Fennec yang boleh melakukan penerbangan jarak dekat dan jauh memudahkan bantuan diberikan.
Selain itu ia juga turut digunakan dalam operasi tempur bagi kepentingan strategik udara dan laut.
Datuk Ahmad Kamarulzaman di sebelah Nurul, di sebelah saya Saida dan di sebelah Saida, Ayin Masliza |
Terima Kasih atas kerjasama semua pihak yang menjayakan
Perspektif Majalah 3 siaran 31 Oktober 2009 terutama sekali pada Ayin Masliza (TLDM) dan Saida (Eurocopter).
Satu satu rancangan yang ditontonkan dengan durasi 20 ke 30 minit dirasai begitu sekejap oleh penonton, tetapi cabaran dan dugaan untuk dihasilkan oleh unit produksi, tidak semudah menonton......
Sungguhpun segala aspek keselamatan diambilkira, tetapi sukar untuk menjangka apa yang akan berlaku......
Dalam segala apa yang hendak kita lakukan, berhati-hatilah dengan setiap langkah yang diatur....
stamina jugak kena kuat & stabil yer kak lin. bukan senang nak buat kerja ni.
ReplyDeleteSalam Chik Inn, iyer saya masih teringat peristiwa tu.. masa skrg ni boleh gelak2 kan Nurul. Masa tu, kita pun pucat tengok dia... Thanks Chik Inn dan M3 bagi good promo kat Navy n APMM.... Thanks jugak kat Kak Saida.. hehehe.. psstt.... bila kita nak berkerjasama lagi?? hehehe...
ReplyDeleteSalam Maz, memang Nurul tu bikin gempak betullah...dah tahu perut meragam gi lah tandas dulu...sabau ajalah...tapi memang seronok sepanjang penggambaran dgn geng TLDM kan? InsyaAllah nanti kita bekerjsama lagi....
ReplyDeleteYa AzMask,kekadang kalau kena tugasan yang mencabar macam yang saya catatkan di atas, memerlukan stamina dan semangat yang kuat macam geng TLDM jugalah....
Salam,
ReplyDeleteSaya yang baca catatan ni pun rasa nak pitam...apa lagi kalau kena buat semua benda tu. mental dan fizikal kena tahan.
apapun, rasa sangat teruja je nak alami semua pengalaman tu
salam cik inn..syabas kepada cik inn n krew yg menjalankan tugas..bukan senang kerja2 begitu..semangat mesti kuat n kental,stamina mesti juuga kuat,barulah boleh melakukan kerja2 mencabar ni...kita yg menontonnya tak tahu yg semua tu teruk juga..penonton hanya tahu seronok saja..itulah kehebatan kerja2 cik inn n rakan2..
ReplyDeleteTahniah kepada Chik Inn , Nurul dan krew majalah 3
ReplyDeleteSalam Chik Inn :) Baca post kali ni memang mendebarkan, tapi lepas tahu sebeno si Nurul tu sakit perut punca nyer ... rasa nak gelak lah pulak ... Hahahaha.
ReplyDeleteApa-apa pun saya suka baca post ni ;D
Tahniah! Semangat kena kuat kan? Apapun mereka semua memang terlatih. Syabas semua.
ReplyDeleteish..kalau saya yg gayat ni..
ReplyDeletemaunya rasa nak tercabut nyawa kat atas tu..
takut..seram-sejuk..sakit perut..semua ada..!
huh...nangis akk kalu soh buat cmtu...:)
ReplyDeleteChik Inn, assalam , it's Amina from Crimea, appa kabar ? chhat po itttk ki ... ))) i cant find your email to write u, plz contzct me, my id email is: siberio2013@gmail.com
ReplyDeletemissed you damn much , so im waiting to ur reply .. appreciate you... ))) my salam to uncle Mohammad