Ads by nuffnang

Sunday, December 26, 2010

'RONA...RENTAK IRAMA KEHIDUPAN...'

Hujung minggu lazimnya masa diluangkan untuk bersama keluarga, sanak saudara mahupun rakan rakan.

Tapi bagi kami yang bertugas di dunia penyiaran kekadang dah tak kenal hari Sabtu, Ahad mahupun cuti Am...lebih lagi jika "dateline" sesuatu program makin hampir.

Ketika ini saya memantau dan menyelaras satu program baru bertajuk RONA...Rentak Irama Kehidupan.

Ia memaparkan kisah insan yang menetap di ibukota atau bandar besar dan melakukan beberapa pekerjaan 'Halal" demi untuk menambah pendapatan hidup untuk diri sendiri mahupun keluarga.

Perkataan "RONA" turut dimaksudkan sebagai ragam...

Episod 1 Siaran 4 Januari 2011 memaparkan Khairul Zulkifli

Akan disiarkan di TV9 bermula 4 Januari 2011, jam 9.30 malam (waktu perdana), pendekatan program ini agak berbeza kerana kurang penggunaan skrip, tetapi lebih kepada tuanpunya diri menyampaikan kisah hidup disokong keluarga mahupun sahabat serta diselangselikan dengan lagu yang ada kaitan dengan individu terbabit.

Bos besar PWS dah prebiu Isnin lepas, ada beberapa pertukaran dan tambahan perlu dibuat dan dia akan prebiu kembali esok, tu yang membuat staf RONA bekerja terus untuk menghasilkan yang terbaik....maklumlah kalau siaran waktu perdana, lebih lagilah tekanannya....

Seperti saya kongsikan sebelum in, tenguk di kaca TV kejap aja, tapi nak buatnya.....huh.....kena pulak kalau program baru.....biasalah beberapa pertukaran demi pertukaran perlu dibuat.....

Pagi lagi, Penolong Penerbit saya keluar untuk pengambaran di sekitar Lembah Klang....

Pada mulanya saya bercadang untuk turut serta, tapi kesihatan tidak mengizinkan, maka saya "brief" melalui telefon kepada Izat tambahan visual yang perlu dibuat.

Beberapa kali saya menghubunginya untuk mengetahui perkembangan penggambaran.

Dalam keadaan tidak berapa sihat, saya terpaksa juga ke Subang untuk menyelesaikan urusan keluarga dan anakbuah saya memaksa makan tengahari bersama mereka.....tak "join" kecil hati pulak....

Terima kasih Adham belanja mak sedara.....juga Ika dan Tira....

Sepatutnya saya ada perjumpaan dengan rakan rakan lama, Sekolah Convent Klang 84 ("reunion") di sebuah hotel di Shah Alam untuk makan tengahari, tetapi terpaksa saya batalkan kerana kesuntukan masa dan perut tak memberi kerjasama...(pantang salah makan) 

Ada di kalangan rakan rakan yang hadir, saya tidak jumpa lebih 20 tahun, sekadar berhubung dengan telefon.....

Tapi apakan daya, mujurlah mereka memahami kerjaya saya dalam dunia penyiaran ini...tuntutan kerja membataskan waktu....(begitu juga tuntutan perut)

.... InsyaAllah nanti kita akan jumpa....Maaf pada sahabat saya Sara, Ija, Azwa, Lynn Nasir, Norma, Yati, Jayanthi, Mei Ling dari Sabah dan Ekarani dari Penang...dan yang lain lain...

Balik dari Subang, bercadang terus ke ofis, tetapi menurut seorang lagi Penolong Penerbit saya, Fieza, visualnya belum selesai disunting bersama penyunting visual Fairuz.

Saya terus balik ke Apartment, angkat kain dan cuci Akuarium ikan (minggu lepas sibuk dengan Adam, ular sawa peliharaan saya, minggu ini ikan pulak) kerana ikan Guppy saya tak suka akuarium berlumut.

Ikan Guppy saya "camera shy" tak macam "Adam"

Selesai bersihkan akuarium , kedua dua penolong penerbit memaklumkan masih dalam proses suntingan visual, maka saya pun menghadap laptop dan dok tulislah "entri" ini.

Jap lagi nak ke ofis ........sesi prebiu saya dengan staf RONA sebelum bos pulak prebiu esok.... 

Haah... saya pun dah macam insan dalam Rona..Rentak Irama Kehidupan.. banyak benda kena buat.... tapi saya lebih pada Rentak Kanvas Kehidupan kerana dah memang rutin biasa... dan dicatatkan untuk dikongsi bersama...bukan untuk cari wang tambahan....

Penggambaran di kawasan rumah Khairul di Kepong

Episod pertama kami paparkan seorang anak muda kelahiran Johor, Khairul Ahmad Zulkifli, 27 tahun, bekerja sebagai budak pejabat/"mat despatch" untuk sebuah syarikat di Wangsa Maju.

Di waktu yang sama sebelah petang, dia berniaga burger berhampiran rumahnya. Bakal menjadi ayah pada Mei tahun depan, Khairul juga turut mahir memperbaiki sebarang kerosakan letrik jiran tetangga.

Penolong Penerbit, Fieza gaya ala mak tiri cekak pinggang.....

Bagi dirinya, segala penat perlu tolak ke tepi kalau nak cari rezeki...kadangkala baru habis meniaga burger, berlaku litar pintas di rumah jiran, dia terus memperbaiki.....

Sebagai Mat Despatch, masyarakat lazimnya melabelkan sebagai Mat Rempit, tetapi bagi Khairul, dia bukanlah kaki rempit.....

Sesi temuramah di rumah Khairul


Berpegang kepada prinsip hidup:

 'TAK KISAH APA ORANG NAK CAKAP PASAL SAYA , JANJI SAYA CARI REZEKI YANG HALAL....."

Krew RONA dan saya kagum dengan semangat Khairul, tiada perkataan letih atau malas dalam kamus hidupnya.....selagi ada kemahuan, pasti ada jalan.....

Jika kudrat kita masih kuat, carilah rezeki kerana Allah menaburkan rezeki di mana mana sahaja, tetapi kenapa ada di kalangan individu tertentu terlalu memilih kerja.....??????


(Jika rakan blogger ada mempunyai sahabat yang menetap di bandar besar seperti Penang, Johor, Ipoh, Seremban, Kota Kinabalu, Kuching, Alor Star, Kota Bharu bolehlah berikan "contact number", moga semangat yang ada pada mereka dapat dijadikan tauladan untuk sahabat lain membuat renungan dan perbaiki diri. Kriteria, tak kira jantina, bangsa atau agama, umur di antara 20 hingga 45 tahun, rakyat Malaysia. Terima Kasih rakan rakan blogger.....)




20 comments:

  1. tak sabar nak tonton rancangan ni,dan mengetahui lebih lanjut pengalaman & keadaan hidup penghuni kota

    apa pun,rezeki halal akan mendapat keberkatan dari Allah..

    ReplyDelete
  2. mas pun tak sabar nk tengok rancangan ni...mesti banyak pengalaman dan kisah hidup masyarakat yang dapat kita ketahui dlm rancngn ni nnti....
    mas memang buka tv9 tiap isnin sebab nk tengok cerita marhaban dilaila...best gak cerita tu...

    ReplyDelete
  3. Salam, kak Mazlin, saya Aniza.
    Pernah berjumpa ketika akak dalam rancangan Bersamamu dulu. Saya sebuah keluarga yang pernah akak bantu dulu. Tak sangka akan berjumpa blog akak di sini. Apapun, saya ucap terima kasih dan semoga akak sejahtera selalu dan murah rezeki. ALhamdulillah, kami sedikit lega dengan hidup sekarang.

    =)

    ReplyDelete
  4. salam chik inn. syabas dlm sibuk tu sempat juga update blog.

    bagus diadakan rcgn begitu sbg panduan pd yg lain cara utk menambah pendapatan cara yg halal. tiada jln pintas utk kaya dan hidup senang siapa yg rajin berusaha dialah yg berjaya.

    bela ular sawa awwwwwwww baca pun ngeri hebat2

    ReplyDelete
  5. Anisa,
    Jangan lupa ya 4 Januari kul 9.30 malam di TV9...Kalau ada kenalan yang menepati kriteria yang saya tuliskan, bolehlah beri nombor utk saya hubungi....

    Mas,
    InsyaAllah sedikit sebanyak tujuan rancangan ini untuk memaklumkan bahawa untuk mencari rezeki tambahan yang halal memang banyak, terpulang pada individu sebenarnya...

    Sephi Sephia @ Aniza,
    Terima kasih mengikuti blog saya. Awak ni anak Kak Rafiah ke?Syukur Alhamdulillah dah menjadi pendidik ya....Harap dapat beri nombor untuk saya hubungi Anisa....

    Ana,
    Memang dalam sibuk dan perut problem pun sempat menulis ekk...Mungkin sebab dah kerja memang menulis, jadi ada kelapangan dan kebetulan ada story yang nak dikongsikan,jadi cepat ajalah entri ini dibuat.
    Jangan lupa tonton Rona 4 Januari nanti ya....

    ReplyDelete
  6. macam best jer niii..congratz..bnyakkn rancngan cam niii...all d bst..

    ReplyDelete
  7. Hidup memang menuntut banyak ragam dan rentak...biar kecil dan sedikit asalkan halal....

    ReplyDelete
  8. WALAU APAPUN KESIHATAN PERLU DIJAGA.ITULAH ESET YANG PALING BERHARGA

    .Sharifs

    ReplyDelete
  9. Salam Paraboloid,
    Terima kasih atas sokongan....kalau masa siaran RONA, awak tak ada group discussion dengan rakan pelajar lain, sudi sudilah menonton rancangan terbaru utk TV9 tu ya...

    Cikgu Nurin,
    Setuju dengan komen cikgu, biar pun rezeki kecil yang penting halal....

    Anonymous @ Bro Sharif,
    Terimakasih atas ingatan tentang menjaga kesihatan, buat renungan rakan rakan yang lain juga.....

    ReplyDelete
  10. Salam Mazlin...
    Semoga terus maju jaya...dengan penerbitan yang sentiasa bermutu!

    ReplyDelete
  11. Tabik dengan mereka yang sentiasa berusaha keras untuk kelangsungan hidup...

    ReplyDelete
  12. Makngah nak tanya, ada tak difokuskan dlm rancangan itu bahawasanya selain sibuk mengejar rezeki yg halal, tuntutan agama (solat dan zakat) dibuatkah? Jika tak ada amat baiklah diberi perhatian krn apa yg mengalutkan masyarakt kita pd hari ini ialah bersungguh2 menambah pndptn tetapi tak peduli langsung utk menambah keimanan. Harap maklum chik inn....tkasih.

    ReplyDelete
  13. Betul, tak perlu pedulik cakap orang, janji perkerjaan yang dibuat tu halal.Tak sihat makan ubat Chik Inn.Buat kerja, jangan sampai mengabaikan kesihatan.

    ReplyDelete
  14. Kak Cik dan Cklah,
    Terima kasih kerana memberi sokongan kepada program RONA dan kepada insan yang sentiasa ingin memajukan diri.

    Mak Ngah,
    InsyaAllah, kami turut paparkan juga tuntutan agama sungguhpun sibuk individu terbabit mencari rezeki.

    Cik Ina,
    Saya dah makan ubat, terima kasih atas ingatan...

    ReplyDelete
  15. Salam ziarah,
    Program yang amat bagus nampaknya...Tak sabar menanti penyiarannya kelak.
    Minta izin link,ye.

    ReplyDelete
  16. salam ziarah... saya sudah tengok ceritanya semalam.. sangat rajin khairul ni... saya juga ambil gambar.. boleh kan?

    entry saya
    jadikan khairul sebagai teladan

    ReplyDelete
  17. wahhhh popular abg burger metro prima.. teringat burger nye..

    ReplyDelete
  18. Salam..

    saya nak tnya ckit..sy dgr Rona:rentak irama kehidupan kt TV9 ada menyiarkan "org yg pandai buat kapalterbang remote control" pada 11 jauanri 2011....boleh saya tahu nama org tersebut?...klu ada maklumat org tersebut tlg bgtau saya....terima kasih byk2...klu rajin tlg email sy psl org tersebut...nizamtahar@yahoo.com...tq

    ReplyDelete
  19. Salam Mazlin,

    Nak tanya sikit dalam salah satu episod Rona ada memaparkan seorang anak muda yg membuat kerja sambilan mengambil upah repair hobi kawalan jauh. Saya 'miss' episod tersebut. Kalau boleh saya nak tahu bagaimana utk menghubungi beliau kerana saya juga berkecimpung didalam hobi tersebut dan mungkin memerlukan perkhidmatan beliau.

    Terimakasih-Suhaimi Mustapha. suhaimim@gmail.com

    ReplyDelete
  20. bila rancangan ni nak ke udarakan lagi.saya ada kawan yang bekerja 2 tempat.nama dia jerry,mualaf berumur 32thn,no tel 017-3801523

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...