Ads by nuffnang

Tuesday, December 21, 2010

"NAMAMU HARUM DI SARAJEVO...BOSNIA...."

Jauh perjalanan, luas pengalaman....

Alhamdulillah, tugas sebagai wartawan atau penerbit menuntut individu terbabit berpeluang untuk bertemu dengan pelbagai insan baik daripada peringkat atasan mahupun mereka yang tidak bernasib baik.....

Dan ia juga memberi peluang untuk merantau dan mengenali sesebuah negara yang kadangkala tidak terlintas untuk dikunjungi.


Sarajevo bangkit selepas peperangan


Tahun 2007, saya diberi kepercayaan ke Bosnia Herzegovina untuk program Potret Terbilang dan Rayaku diPerantauan....bersama Penolong Penerbit Shahnun Hanif Suhaimi dan Jurukamera Jebat M Roseli. 

Penerbangan selama 14 jam kami lalui untuk sampai ke Sarajevo, ibu negera Bosnia Herzegovina.

Letih betul duduk lama dalam pesawat.....
(tapi tak boleh lawan 28 jam dalam pesawat bawa balik Badak Air - N3 "BADAK AIR.. OH.. BADAK AIR...KAMI PUN DAH MACAMBADAK AIR..")

Jika satu ketika dahulu, Sarajevo terkenal sebagai negara di Balkan yang dihimpit dalam kancah peperangan, kini segalanya berubah.


Krew Potret Terbilang / Rayaku di Perantauan 2007

Hasil bantuan segara beberapa negara termasuk Malaysia kini Sarajevo berubah wajah dari kawasan yang serba kekurangan kepada bandar pesat membangun.

Ramai pelabur luar datang ke negara itu, antaranya Datuk Hassan Jamaluddin.


Krew Potret Terbilang di pejabat Datuk Hassan

Kami memaparkan kisah Datuk Hassan untuk Potret Terbilang kerana beliau seorang usahawan Malaysia yang menaikkan negara Malaysia kerana usahanya.

Niat asal membantu negara itu dari sudut ekonomi, kini Datuk Hassan menjadi nama yang disegani masyarakat Sarajevo.

Pelaburannya dalam industri pembinaan begitu besar di mana beliau membina menara komersil dengan nama ‘Bosmal City Centre’.


Menara pencakar langit di tengah bandar Sarajevo itu dibangunkan dengan nilai kira-kira 320 juta ringgit.

Kalau kita di Malaysia berbangga dengan Menara Berkembar Petronas, di Sarajevo, Menara Bosmal  yang berketinggian 118 meter menjadi mercutanda Bosnia Herzegovina malah bangunan tertinggi di kalangan negara negara Balkan.


Di atas Menara Bosmal, di belakang adalah Bandar Bosnia



Walaupun pada asalnya melabur di negara yang baru bangun daripada kancah peperangan banyak halangan, namun Datuk Hassan tetap meneruskan usaha membantu.

Menara Bosmal kini telah siap sepenuhnya tahun lepas.

Kanita pembantu kanan Datuk Hassan  pernah menuntut di UTM Skudai, Johor
dan fasih Berbahasa Malaysia

Datuk Hassan menjalankan perniagaan dengan dua lagi rakan kongsi dari Bosnia iaitu Edin dan Nijaz Sabanovic, bekas pelajar dari Universiti Teknlogi Malaysia dan pernah bekerja dengan Datuk Hassan di Kuala Lumpur

Seorang yang merendah diri, tetapi mempunyai misi dan visi yang patut dicontohi.

Berpegang kepada prinsip, tiada apa yang mustahil dan kerja perlu dilakukan dengan ikhlas, Datuk Hassan telah membuktikan anak Melayu boleh melakukan apa saja, setaraf dengan bangsa lain.....


Sesi temuramah Datuk Hassan dan Hidayah

Seringkali Datuk Hassan berada di negara itu sendirian kerana isterinya perlu menguruskan anak-anaknya yang masih menuntut di universiti dan bertugas di ibu negara.


Di sebelah Datuk Hassan, ibu Edin dan Nijaz
(ketika rakaman kedua beradik terbabit berada di luar daerah)

Baginya, setiap kejayaan memerlukan pengorbanan menyebabkan sering kali bersendirian ketika menyambut Satu Syawal.
  
Sekali sekala anak bongsunya Nur Hidayah yang menuntut di sebuah universiti di London, menjenguknya ketika cuti semester.


Nur hidayah anak bomgsu Datuk Hassan

Ketika penggambaran kami, Nur Hidayah kebetulan bercuti dan bersamanya kami ke Mostar kira-kira sejam perjalanan dari Sarajevo.



Mostar terletak ditebing Sungai Naretva adalah bandar kelima terbesar di Bosnia Herzegovina dan menjadi tumpuan pelancong.


Antara tarikan di Mostar

Mostar namanya diambil sempena nama sebuah jambatan unik dipanggil ‘Stari Most’ yang siap dibina ketika pemerintahan kerajaan Islam Othmaniah pada tahun 1566.

Shahnun memilih cenderamata untuk dibawa balik ke tanahair

Terdapat sebuah bazaar lama dipanggil Kujundziluk iaitu sempena nama tukang emas Islam yang banyak berdagang di kawasan itu suatu ketika dahulu.

Jambatan di belakang saya, dibina semula setelah jambatan asal
hancur dibedil puak Serb

Mostar sering menjadi pilihan Nur Hidayah melancong ketika bercuti kerana keindahannya tidak dapat dilihat dikawasan lain di Eropah.

Masjid Koshki Mehmed Pasha yang dibina pada tahun 1617 musnah dibedil puak Serb ketika peperangan tahun 1994 dan kini dijadikan muzium.

Kira-kira sepuluh minit perjalanan dari bandar Mostar kami kemudiannya ke pekan Blagaj dan kemudian menuju tebing Sungai Bunl yang turut menjadi tumpuan pelancong.

Sekiranya Datuk Hassan menyambut Aidilfitri disini pastinya beliau akan singgah di restoran yang menyajikan makanan ikan panggang ‘trout’ yang enak.

Kami turut berpeluang menikmati ikan panggang trout....

Sedap makan ikan panggang trout.....


Walaupun cuaca panas, namun air Sungai Bunl, begitu sejuk menyebabkan suhu disekitar begitu nyaman untuk pelancong.


Sejuknya air sungai ini sampai ke tulang.....

Berhampiran restoran ini terdapat struktur binaan unik yang di panggil ‘Takiya na Bunl’ yang dibina sekitar tahun 1520 setelah negara ini diperintah sepenuhnya oleh kerajaan Islam Othmaniah.


Bangunan itu sebenarnya dibina untuk masyarakat setempat berzikir dan beribadah khususnya untuk pembinaan rohani bagi tentera Islam ketika itu.


Berhampiran bangunan Takiya Na Bunl...
Sesiapa nak minum air sungai dipersilakan.....

Di tepi bangunan ini terdapat matair unik yang sentiasa mengeluarkan air meskipun cuaca panas.

Kepercayaan penduduk disini, barang siapa meminum air matair ini nescaya dia akan kembali datang ke Mostar suatu masa nanti.

Kami minum ajalah sikit, kalau ditakdirkan Allah, kami kembali semula di Bumi Bosnia bukanlah kerana minum air tersebut, tetapi telah ditentukan Allah Yang Maha Mengetahui....

 
Terima kasih Datuk Hassan yang menaja penginapan dan pengangkutan darat kami sepanjang berada lima hari di Bumi Bosnia.....


InsyaAllah kita berjumpa lagi......

13 comments:

  1. salam cik inn

    kite ingat ni,kat majalah 3

    paling ingt view tepi sg tu Subhanallah

    dan mkn ikan :)

    ReplyDelete
  2. Salam Peri PIA, suasana di tepi sungai tu memang menarik dan sungguh indah alam ciptaan Illahi....

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Saya suka keindahan alam semulajadi...sangat teruja nak pergi sungai tu. Mesti best.

    ReplyDelete
  4. Keindahan alam kat sana mengingatkan kita pada pencipta Allah SWT. Bersyukur seadanya. Bestnya , Chik Inn dah sampai ke sana.

    ReplyDelete
  5. salam
    Cik Inn..cantik la monstar tu...air sungai tu begitu jernih,bersih...Ya ALLAH...indahnya ciptaanMU

    ReplyDelete
  6. Terharu sungguh No baca kisah perjuangan datuk serta pengorbanan yang dilakukannya. Begitu juga keluarganya di tanah air.

    mmmm bab sungai tu yang best, terasa kesejukkannya..

    ReplyDelete
  7. katanya perempuan sarajevo cantik2, betul kah?

    ReplyDelete
  8. salam cik inn..bertuahnya cik inn dapat merantau n melihat negara orang..cantikkan bosnia..tahniah..

    ReplyDelete
  9. salam cik inn..

    cik inn antara insan yg bertuah dpt menikmati keindahan dunia luar... tak dpt pergi tapi dpt tengok gmbr2 yg cik inn kongsikan pun jadilah...tq cik inn kerna sudi berkongsi dgn kami semua

    ReplyDelete
  10. salam...

    memang cantik negara Bosnia ni...teringt lak cerita drama bersiri yg di tayangkan di RTM bulan puasa yg lepas..Angin Rindu Sarajevo... :)

    ReplyDelete
  11. Tuhan Yng Maha Kaya memekmurkan kmbali tanah yg dulunye gersang...

    ReplyDelete
  12. assalamu alaikum from bosnia to my brothers and sister in Malaysia

    visit the most beautiful river on the world, the river Una in western bosnia :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...