Ads by nuffnang

Wednesday, December 29, 2010

"Rakan Maya yang mungkin Hantu Kak Limah.."

Ketika saya menulis "entri" ini, rakyat Malaysia dok menghadap televisyen menyaksikan perlawanan akhir Malaysia dan Indonesia Piala AFF Suzuki 2010, dan saya juga tidak terkecuali.......sambil menulis sambil menjeling.....memang banyak aksi cemas dan mendebarkan...

Duduk di apartmen macam saya ini yang bestnya, jeritan Kaum Adam tak kiralah di blok dan tingkat mana mereka duduk, memang menjadi seperti "jam penggera" untuk mata terus tertumpu di kaca televisyen.

Rasa macam kat stadium jugalah, lebih lagi masa Safee masukkan gol dan kepantasan Khairul Fahmi di gawang gol, siap ada mercun lagi...

Malaysia Boleh......

Oklah, semalam saya sentuh mengenai penggunaan "translation" yang membuat kita senyum sendiri, hari ini saya sentuh mengenai "rakan rakan di alam maya yang benar wujud atau sekadar Hantu Kak Limah". 

Saya rasa kebanyakan rakan blogger juga mempunyai "Facebook", dan pastinya ramai menerima permintaan untuk menjadi rakan facebook.

Satu "request friend" yang menjadi macam 'trend" dengan ayat yang"cut and paste" adalah seperti di bawah ini.

Sebahagian daripada petikannya :

"Hi dear... My name is ...... from New York, USA, 40 years of age, presently am working in Paris. I was browsing through profiles here with the intention to meet someone nice for a friendship then I came ac cross your beautiful profile and thought it wise to contact you for friendship......."

Saya kerap juga menerima "request" seumpama.....tapi memang tidak dilayan kerana dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan "rakan maya yg photo profilnya pun bukan yang sebenar".

Mungkin ini juga cara individu yang tidak bertanggungjawab mencari jalan untuk mencari mangsanya dan mungkin juga untuk dijadikan "keldai dadah".........


Jangan mudah terpedaya dan menjadi "Keldai Dadah".....

Jika sesiapa menerima "request" seumpama, berhati hati kerana individu seperti ini memang pandai bermain ayat....

Dunia tanpa sempadan memang bagus, dapat infomasi dengan sekelip mata tapi perlu bijak menggunakannya...

(Tahniah pasukan bolasepak Malaysia........Terima kasih pemain kita yang memang bersemangat waja......)

14 comments:

  1. sambil berblog, sambil menjeling tv tengok bola...
    hehehe.. best kan..
    tahniah untuk pemain Malaysia..

    ReplyDelete
  2. ada juga individu yang menggunakan foto org lain untuk tujuan menyamar& menjadi stalker.mereka juga kerap menggunakan foto artis terkenal untuk memancing pengguna facebook.kemudian mereka request untuk menambah rakan dalam facebook.zaman sekarang kena berhati-hati & sentiasa beringat.

    nice entry kak mazlin (:

    tahniah untuk skuad Malaysia (:

    ReplyDelete
  3. Wah! sempat lagi berblog sambil tengok bola. Acik kat sini sempat menjerit jer waktu tengok bola dengan anak-anak. Penuh perasaan gitu tapi berakhir dengan penuh kebangaan. Syukur.

    ReplyDelete
  4. Hazlin,
    Biasalah sambil menyelam sambil minum air....Tv dan meja tulis tak jauh, so jeling menjelinglah....Malaysia Boleh....

    Anisa,
    Kalau request tambah rakan tak pa,ni depa dok beri janji yang bukan bukan, tanpa disedari jadi mangsa....banyak juga kes berlaku bermula dengan berkenalan di dunia maya....

    ReplyDelete
  5. Norlelawati abd rahimDecember 29, 2010 at 10:48 PM

    dunia tanpa sempadan.....semoga kita semua bijak dan sentiasa berwaspada agar tidak salah memilih teman2 dialam siber........

    ReplyDelete
  6. ramai yg amek kesempatan kat fb...fb tu bnyak kelebihan kalo pandai guna ttp bg yg otak kuning pulak suka sngat amek kesempatan...kena sentiasa berhati2 terutama mat somalia yg suke tawar hadiah pah tu nak transfer hadiah lak nak mintak ngarut2...tp kalo pandai guna kn fb ni buleh jd salah satu cara utk berdakwah..ape2pn TAHNIAH MALAYSIA..yeaaaaaaaa....

    ReplyDelete
  7. Acik @ My Life My World,
    Pasukan Malaysia memang hebat....saya pun turut juga menjerit tapi kira tahap terkawal lah.....

    Norlelawati,
    Betul pandangan awak,kena bijak memilih rakan di alam siber.....

    PARABOLOID,
    Sebenarnya FB tu satu landasan yang baik dan mempunyai kelebihan tersendiri jika bijak menggunakannya, tapi ada segolongan manusia menyalahgunakan dan orang yang tak berdosa menjadi mangsa....

    ReplyDelete
  8. Ya...kita perlu sentiasa berhati hati dalam dunia maya. Saya juga sering dapat request begini. Ada beratus request yg saya tak 'add' sebab identiti mengelirukan.

    Cik Inn...sama pulak tajuk entri kita ni....

    ReplyDelete
  9. tahniah skuad Harimau Malaya.

    memang best nonton game malam tadi..

    saya hanya terima request yang saya kenal dan suka saja, tak minat add yang tidak kenal hanya kerana nak ramaikan 'friends'

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas info ni dan alhamdulillah, setakat ni No takde lagi..tp dalam e-mail banyak gak yg mengarut2 huhu..

    ReplyDelete
  11. Lebih selamat untuk terima request yang saya kenal je, kalau berkenan saya accept dan jadilah my friends, kenal dunia FB ni pun sebab tengok rakan2 lain ada FB... hehehe... nak kata menarik biasa je malah lebih kepada buat saya leka. Haru dibuatnya. Suka di Blog berbanding FB.

    ReplyDelete
  12. salam
    bkn kat FB ja...boleh dikatakan semua rangkaian jaringan sosial yg disertai
    akan dapat msg2 mcm tu..ada tu yg memuji,YA ALLAH...mcm kita ni pompuan paling cantik kat dunia ni...
    yg lbh 'lucu' lagi...kononnya ada harta berjuta,tp bermasalah utk dikeluarkan..so minta pertolongan kita..apa dia igt semua org bodoh kut..

    ReplyDelete
  13. selalu dapat mesej macam tu.satu lagi yg jenis yg kata akaun bank dia kat luar negara nak dibekukan..pastu nak keluarkan segera duit itu nak "pinjam" akaun kita utk masukkan duit tu.nanti kita akan diberi persen yg tinggi.Walaupun akaun akak hanya tinggal rm10 pun..akak tak kan bagi...heee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...