Ads by nuffnang

Saturday, December 18, 2010

"PEMANDU BERHEMAH MENJADI MANGSA..."

Pagi tadi saya menemani sahabat saya Sue Kamal ke Trolak Felda Residence di Sungkai, Perak untuk memberi ceramah motivasi kepada wargakerja sebuah syarikat yang membekalkan peralatan IT (teknologi maklumat).

Dalam perjalanan ke sana setelah melepasi R&R di Rawang, sebuah lori yang berada di lorong ketiga mencelah ke lorong tengah dengan memandu agak laju dan tetiba saja satu bngkusan barang daripada lorinya terbang melayang....

Kereta yang saya pandu berada di belakang  kereta yang mengekori di belakang lori tersebut...memang membuat kami terperanjat...

Sue berkata "Ya Allah.....apa tu....tilam ke?"

Saya dah tak boleh berkata apa apa lagi sebaliknya memegang erat stereng dan tawakal...

Kereta di depan terus melanggar barang tersebut dan diikuti kereta saya.

Berderau juga darah saya sekejap.....

Nak tahu apa yang kami langgar???

Sebungkusan besar "styrofoam" berbentuk bulat yang digunakan untuk meletakkan bunga telur atau bunga perhiasan.

Memang hancurlah......kena langgar.....


Photo hiasan saja.....macam ini hancurnya "styrofoam" yang kena langgar

Mat Bangla, kelindan lori yang duduk di belakang tu buat macam tak ada apa apa berlaku....

Sepatutnya dah tahu benda tu ringan.....letaklah sesuatu barang yang berat supaya tidak terbang melayang...

Bayangkan jika tilam yang melayang melekat serta menutupi cermin depan kereta pertama......

Pemandunya pasti akan membuat brek kecemasan dan saya di belakang akan menghentam kereta terbabit dan kereta di belakang saya akan menghentam kereta saya.....

MasyaAllah.......

Macamanalah tak jadi kemalangan kalau ada orang tidak bertanggungjawab macam pemandu lori dan kelindannya yang endah tak endah apa yang berlaku.

Mungkin mereka tidak akan mengalami kemalangan tetapi pengguna jalan raya lain yang lebih berhemah menjadi mangsa???????

Memang tak ada perasaan langsung......terus ia memecutkan lorinya......

Pemandu lori yang tidak bertanggungjawab tu patut didenda atau di tarik aja lesen memandu.....

Perkara yang sama mungkin bakal terjadi kepada pengguna jalanraya lain.....

8 comments:

  1. Chik Inn, saya tak nak cakap berselindung ,pemandu lori ni kebanyakannya tak berhemah. Saya ni kerja di westport, perkara cam ni dah kerap terjadi. minggu lepas kawan saya dilanggar kontena, lepas tu kontena tu hilang cam tu. Mentang-mentang kenderaan dorang ni besar-besar, boleh suka-suka rempuh kenderaan lain.

    Minggu yang sama, kawan saya punya adik dirempuh ngan lori hantu kat lampu isyrat. teruk jugak kena, bapa mertua dia, patah kaki. lori tu lari macam tu jem

    maafkan saya, kalau bercakap pasal benda-benda macam ni, boleh emo. Kalau saya huraikan satu persatu, banyak benda plak yang terbongkar.

    ReplyDelete
  2. nasib baik chik Inn dan rakan tidak apa-apa..

    memang biadap kebanyakan pemandu lori ni, mentang-mentang lori yang dia bawa besar suka hati dia orang nak bawak macam mana

    banyak pemandu lori yang tidak beretika dan bertanggungjawab dijalanraya, mereka hanya pentingkan diri dan tidak mengambil peduli tentang keselamatan pemandu dan pengguna yang lain

    ReplyDelete
  3. Ooo Cik Ina kerja di Westport, memang lagi banyaklah lori keluar masuk ke area tu...Kalau saya di tempat Cik Ina, saya pun pasti emo, tak pasal pasal pengguna jalanraya jadi mangsa keadaan.
    Harap rakan rakan Cik Ina cepat sembuh ya..Pihak pihak tertentu tak boleh bertindak ke?

    Alhamdulillah Ibuintan, kami tak apa apa tapi panik jugalah seketika....
    Mentang mentang kenderaan depa besar, tak kisah langsung pada kenderaan lain, tapi depa tak fkir ke ia boleh juga berlaku pada keluarga mereka....

    ReplyDelete
  4. kekadang, bukan sahaja barang yg dibawa tidak disengajakan terjatuh, malah tisu muka pun sengaja dibuang dari tingkap kenderaan.
    Lebih teruk lagi ada yg buang kahak berlendir hijau tatkala tidak menyedari kenderaan lain berada di belakangnya.

    ReplyDelete
  5. Bukan tak bertindak, bertindak, accident berlaku pukul 12 tengahari, dorang bertindak sehingga pukul 8 malam, masih jem. Kenderaan yang accident pun, masih blum diangkat sehingga ,malam.. Penguna jalanraya di Westport selalu jadi mangsa jem.

    Terlalu banyak undang-undang yang dibuat, tapi hukuman susah nak terlaksana. saya pelik.

    ReplyDelete
  6. assalam..
    bila fikir2, mmg rasa takut slalu tp berserah je lah

    ReplyDelete
  7. Saya setuju dengan Kunak Press, sesuka hati buang tisu dan bungkusan makanan, tetapi menghairankan bila berada di negara jiran di Selatan, pandai pula tak buang sampah atau barang di atas lori di ikat dengan baik.

    Cik Ina cuba hubungi Aduan Rakyat dan minta mereka membantu mana yang boleh. Kekadang bila dah masuk TV, tindakannya lebih pantas.

    Ya Erichan dan Maiyah....bila kita di atas jalanraya, kita cuba berhati-hati tetapi kalau nak berlaku, kita berserahlah...kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat umatNYA...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...