Ads by nuffnang

Monday, December 20, 2010

"JOM ke KHAO NAM KANG....."

Saya pernah menulis dalam entri sebelum ini mengenai terowong Cu Chi di Vietnam yang juga di kenali sebagai lubang tikus.
(Bagi rakan yang belum membacanya silalah ke N3 "MERANGKAK DI LUBANG TIKUS...")

Entri hari ini saya kongsikan pengalaman tahun lepas semasa membuat tugasan ke sebuah terowong yang terletak di negara jiran Thailand.

Pintu masuk ke Terowong  Khao Nam Kang

Kebanyakan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) hari ini, tinggal secara aman di selatan Thailand di pantau oleh kerajaan Thailand.

Kami ditemani Encik Zul Asun, "contact person" / pegawai pengiring yang sudah biasa dengan masyarakat tempatan  ke Khao Nam Kang yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan darat dari Hatyai.

Tanda arah di sekitar komplek

Selain menjadi perkampungan baru bagi bekas anggota komunis, sebuah terowong menggamit pengunjung ke sini.

Berkeluasan lebih seribu ekar, setiap pengunjung dapat menyaksikan bekas kem komunis Regimen ke-8 di ketuai Wong Xi Cheang.


Sekitar kawasan komplek di bawahnya terdapat terowong


Dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang waktu tempatan, rata-rata 10 kakitangan yang bertugas di terowong Khao Nam Kang adalah bekas komunis yang menetap di pinggir perkampungan baru di sini dan menjadi warganegara Thailand….

Antaranya, Pang Nin Sing atau Ah Ming, 53 tahun, selaku pemandu pelancong berasal dari Kedah.


Dalam terowong bersama jurukamera Baseri Din

Terowong Khao Nam Kang ini, satu masa dahulu, antara tapak transit bagi anggota komunis daripada regimen lain mengadakan perbincangan di samping mendapatkan bekalan senjataapi dan makanan.


Kami turut ditemani pasukan keselamatan tempatan sepanjang penggambaran

Sukar untuk mengesan kedudukan lokasi ini kerana dikatakan dirancang dengan baik dan mengambil masa lebih 2 tahun untuk menyiapkan keseluruhannya.


Berbaju merah  Zul Asun "contact person" yang membawa kami ke terowong

Terowong Khao Nam Kang didakwa terowong terbesar dan terpanjang yang pernah dibina anggota PKM di Thailand.


Tempat masak

‘Dua tahun baru siap pakai cangkul. Lelaki korek perempuan tolong kasi buang tanah. Betul satu kilo jauh. Tempat sini semua ada. Buat di sini itu bom ambil besi dr luar. Bila masak asap tak nampak, kerana kasi air turun. Korek lubang kasi air turun. Asap kena itu air asap pun hilanglah”,
Ah Ming, penjaga terowong memberitahu kami. 

Bagaikan satu kompleks, terowong ini menempatkan pelbagai kemudahan yang sukar untuk dipercayai.

Ah Ming yang berdiri di sebelah jurukamera Baseri Din

Konsepnya lebih kurang macam Terowong Cu Chi yang dibina oleh tentera Vietcong, tetapi di sini tiada lorong kecil yang menyukarkan pengunjung masuk...

Justeru, tak payahlah saya dan krew merangkak dalam gelap kerana sepanjang terowong mempunyai lampu tetapi turun naik tangga, lenguh juga lutut dibuatnya....

Pintu keluar terowong, acah aja pegang M16 tu.......


Terdapat lapan lubang masuk untuk ke terowong dan kedalaman terowong ni melebih 400 meter dan mempunyai 3 tingkat.

Suasana di dalam terowong begitu dingin dan tidak hairanlah mereka boleh bersembunyi di dalamnya untuk beberapa hari.



Satu masa dahulu, lokasi ini menjadi bukti kelicikan anggota komunis mengabui mata pasukan keselamatan di sebalik bukit bukau serta rimbunan pokok pokok hijau dan rendang.

Kini segalanya telah berubah......

Ia menjadi lokasi tarikan pelancong yang ingin melihat lebih dekat kesan komunis di samping turut menjana ekonomi penduduk tempatan ke arah hidup yang lebih harmoni.....

14 comments:

  1. Salam chik inn..

    sy pernah smpi ke cu chi tu..macam lebih kurang je..tp rasanya mcm terowong cu chi tu lebih kecil je...huhu

    ReplyDelete
  2. Salam Kalamhati....memang kalau di bandingkan terowong Cu Chi dengan terowong Khao Nam Kang ini, jauh bezanya....Terowong Cu Chi lebih mendebarkan kerana kecil dan gelap....

    ReplyDelete
  3. Chik Inn, akak dah sampai kat sini tapi depa tak promote pun tempat ni kat akak. Terkenal ke tak tempat ni? Or depa buka untuk orang tertentu je?

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat pergi ke sana, bulan lepas anak saya baru balik dari sana. Betul ke kat sana, kebanyakan naik motor? Kampuchea atau kambodia tu berhampiran dengan vienam ke Chik Inn?

    ReplyDelete
  5. mereka memelihara tempat2 bersejarah dgn begitu baik sekali

    ReplyDelete
  6. salam akak, best la baca sambil tengok2 gambar kat blog nie. hehehe, nak pergi sendiri memang tak berpeluang la kut. boleh tgk2 kat sini pun jadi ler

    ReplyDelete
  7. salam chik Inn...

    teruja kak nab tengok suasana kat dalam tu...

    ReplyDelete
  8. hebat.. walaupun guna cangkul saja, memang bersatu hati

    elok tempat sebegitu dijaga sebagai satu tinggalan sejarah

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. wah...seronok kan klo dapat p sana..banyak sejarah yang ada tu..
    (ops..maaf td No silap taip terus No delete..maaf ye kakLin)..

    ReplyDelete
  11. Post menarik, Terowongnya dalam gambar kelihatan sempit, saiz yg agak kecil.

    Di Kunak, Sabah terdapat 'terowong misteri' dipercayai pernah dijadikan tempat persembunyian tentera Jepun era perang dunia kedua ./
    Sila kunjungi blog saya untuk bacaan lanjut jika berminat.
    Tq.

    ReplyDelete
  12. cik lin, lama tak singgah sini..nabil baru balik Indonesia.. :))

    ReplyDelete
  13. Terima kasih Kunak Press atas maklumat "terowong misteri" di Sabah. InsyaAllah kalau ke sana untuk tugasan, boleh saya hubungi Bro ya....

    Nabil gi Indonesia, bahagian mana?.....Mesti banyak ole-ole yang akan dikongsi dalam catatan blog akan datang ya...

    EElobor, insyaALLAH saya akan kongsi beberapa lagi catatan sepanjang tugasan di luar.....mana tahu satu hari nanti awak juga dapat ke lokasi yang di tulis...

    Tempat ini terbuka kepada pengunjung, tetapi mungkin masa NEVERMIND ke sana tak maklumkan nak mengunjung terowong,tu tidak di bawa ke sana.... Kak Nab berminat ke sana ke?Saya boleh berikan no "contact person"..

    Ya Cik Ina kalau ke Vietnam, masih ramai penduduk di sana gunakan motor dan basikal....ia berjiran dengan Kampuchea...

    Setuju dgn Hafiza dan Ibuintan, sememangnya sejarah perlu dijaga peninggalannya dan adalah satu wadah untuk generasi muda mendalami banyak perkara tentang erti perjuangan dan kemerdekaan...

    ReplyDelete
  14. Mana dapat M16 untuk bergambar tu? Sebiji macam anggota PKM Melayu. Berulang ulang kali bloggers tulis pasal terowong komunis di Vietnam dan Selatan Thailand tu. Tak ada cerita lain ke? Apalah makna terowong2 tu kepada anak2 muda sekarang? Zero.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...