Ads by nuffnang

Tuesday, December 14, 2010

"BERGENANG AIRMATA BAGAIKAN JEJAK KASIH...."

Pagi tadi sedang saya sibuk buat penyelidikan untuk beberapa topik program akan datang, wartawan Bersamamu Johari Abu Bakar menghubungi saya....

"Hello, Chik Inn, kat mana?"

"Kat tempat sayalah, kenapa Joe?'

"Ivy dari Ipoh Love and Care dan keluarga Bersamamu nak jumpa, ni kita on the way nak ke studio", Joe memberitahu saya.

Ipoh Love and Care, satu organisasi bukan kerajaan yang menjalankan kerja kerja amal bagi golongan yang memerlukan di Perak.

Sungguhpun dah hampir 2 tahun tidak menerbitkan Bersamamu,  program terbabit tetap di hati saya lebih lagi anak anak Bersamamu yang datang ke Sri Pentas hari  ini adalah keluarga yang di bawah penerbitan saya di antara tahun 2005 hingga 2008.

Bergambar kenangan di set WHI
Semalam,mereka menjadi tetamu khas sebuah hotel di Shah Alam, Selangor untuk sumbangan menjelang Krismas, justeru  sebelum pulang ke Ipoh, Ivy orang kuat persatuan itu membawa 3 keluarga Bersamamu dari Perak melawat studio TV3.
Tatkala saya menuju ke mereka, anak anak kecil terus melambai dan memanggil, 

 "Aunty, Aunty".... 

Gembira saya tatkala melihat masing masing ceria.

Meera a/p Perumal, isteri P.Bahlan terus memeluk dan mengucup pipi saya dan kelihatan bergenang airmatanya.....dan berkali kali mengucapkan terima kasih......

Saya pun memeluk erat wanita berusia lewat 40an itu...

"Kakak, kami tolong keluarkan di TV dan orangramai derma, sebab mahu tolong kakak, sebab kakak susah dan husband pun sakit"....saya turut sebak bila melihat wajah suaminya juga kelihatan terharu melihat kami berpelukan bagaikan pertemuan Jejak Kasih....

Sebutir airmata membasahi pipi Meera....Bahlan menepuk nepuk bahu isterinya...

Ivy menghampiri dan terus memeluk saya....bergenang seketika air mata saya.... 

Mempunyai 3 anak perempuan, bantuan orangramai melalui Tabung Bersamamu telah mengubah nasib keluarga Meera.

Anak sulungnya Liresah kini menyambung pelajaran dalam jurusan Fisioterapi di ibukota manakala 2 lagi anak perempuannya juga cemerlang dalam pelajaran.

Ivy dan Meera mendengar penerangan mengenai WHI
dari Azura dan Irin

Tahap kesihatan suaminya yang mengalami masalah tulang belakang juga telah beransur pulih....

Bagi adik beradik Eugene dan Eunice, semangat ibunya yang menghidap barah buah dada turut menjadikan mereka adik beradik, berusaha mengembirakan ibunya.

Ternyata ibu mereka wanita yang kental dan kuat semangat dan mahukan anak anak berjaya dalam pelajaran serta meneruskan kehidupan seperti oranglain.

Eugene dan Eunice berkemeja T hitam di sebelah kiri saya


Eugene mendapat 5A dalam UPSR dan dijangka keputusan PMR yang akan keluar hujung tahun ini, Eugene bakal mendapat 7 atau 8A. 


Manakala, abangnya kini menyambung pelajaran di peringkat Master di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang..... 

Pemberian cenderamata Media Prima kepada keluarga Bersamamu



Pelawat istimewa itu turut diberi peluang untuk berada di Studio B menyaksikan siaran langsung Wanita Hari Ini yang dihoskan Azura dan Irin Putri.

Dalam kita menghulurkan bantuan, tidak kira apa warna kulit atau agama yang dianuti, yang penting keikhlasan memberi sumbangan, kerana walaupun sedikit, ia dapat mengubah episod kehidupan satu satu keluarga....


(Bagi yang baru singgah ke blog saya, silalah membaca kisah N3
"50 SEN YANG MENYENTAP PERASAAN...." hayatilah istilah keikhlasan....) 

17 comments:

  1. best chik inn dapat involve dgn keje2 amal ni...lagi terharu bila kite bantu kanak kanak yg susah ni in the end diorg berjaya! berbaloi baloi

    ReplyDelete
  2. tersentuh saya. Itu yang membuat saya rasa cik Mazlin special di hati saya. Saya teruja, bila cik Mazlin singgah ke blog saya, yang tak se gah mana. Dari dulu , saya ni banyaklah mengikuti pasal cik Mazlin. Apa-apa pun Cik Mazlin, sumbangan Cik Mazlin dalam menjayakan apa-apa program amal, amat saya sokong sepenuh hati.

    ReplyDelete
  3. tersentuh juga hati saya melihatkan betapa orang yang pernah cik Mazlin tolong begitu menghargainya, begitulah bila kita ikhlas membantu yang memerlukan, walau kita anggap kecil namun begitu besar maknanya kepada mereka

    ReplyDelete
  4. memang rancangan yang baik, suka gak tengok

    ReplyDelete
  5. Kerja yg baik akan dpt manfaat dan balasan yang baik. saya bangga dgn Chik Inn!Saya percaya ikhlas dlm kerjalah yang mjadikan Chik Inn berjaya! Tahniah!

    ReplyDelete
  6. rancangan yang best, mas selalu tengok, banyak pengajaran yang boleh diperoleh kat situ...

    ReplyDelete
  7. Ya Idayu,Ibuintan dan Sharinginfoz, bagi saya bila dimaklumkan anak anak yang satu masa dulu, menghadapi masalah nak ke sekolah kerana kesempitan kewangan, bila mendapat bantuan orangramai dan cemerlang dalam pelajaran, sungguh bermakna dalam hidup saya...
    Saya dan rakan rakan kerja membantu mana yang terdaya sebaliknya perubahan keluarga terbabit adalah sumbangan masyarakat Malaysia yang prihatin.....

    Cik Ina, janganlah ber cik mazlin dengan saya, panggil saja Chik Inn atau Kak Lin....
    Setiap manusia yang dijadikan Allah mempunyai keistimewaan tersendiri,janganlah tulis blog awak tak gah, nama awak "Cik Ina minat Do do Cheng" menarik perhatian saya siapa pemilik blog terbabit.Semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat.....

    ReplyDelete
  8. Menitis airmata kakcik membaca catatan ini....

    ReplyDelete
  9. Terima kasih TV3 & kak inn sebab membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Terharu sungguh. Diaorang tak lupa datang melawat TV3 & kak inn. Terpancar kegembiraan diwajah mereka semua. Bertuahnya kak inn dapat mengembirakan mereka. Budi yang baik dikenang jua.

    ReplyDelete
  10. Saya teringat lagi ada episod BERSAMAMU ni sebelah utara kalau tak salah di ingatan. Ada keluarga yang pakai dapur kayu untuk kegunaan harian. Anak sulung Luqman, tanya saya berapa simpanan dia dalam Tabung Haji..bila saya tanya kenapa dia kata nak bagi simpanan dia tu pada keluarga tu untuk beli dapur Gas..senang tak payah nak cari kayu api...

    ReplyDelete
  11. salam cik In,
    saya kalau tengok rancangan bersamamu ni harus sedia tisu kat sebelah..syahdu sgt..
    tapi ade jugak org2 yg tak suka rancangan ni, cara dorang ckp tak suka tu memang agak mengecewakan..dorang memperlekeh2kan kesusahan org2 susah & yg memerlukan..tp bgi saya, rancangan ni bagus sbb kalau tv3 tak bgtau kat masyarakat pasal benda ni, ramai yg tak tau ade lagi org susah kat malaysia ni..

    ReplyDelete
  12. Eh gambar saya ada! :D happy je family2 bersamamu tu semalam..

    ReplyDelete
  13. Salam...
    tgk ceta bersama mu.. airmata ni mmg tak kering..

    sedih sgt~

    ReplyDelete
  14. sungguh terharu No baca entri ni kakLin..mereka juga bagai anak2 dan keluarga kita..kita akan tolong sedaya dan semampu yang mungkin..

    Syabas kakLin dan seluruh warga kerja..

    ReplyDelete
  15. Bergenang air mata saya baca ni.

    Menolong tanpa kira kaum dan bangsa..
    thumbs-up!

    ReplyDelete
  16. salam ziarah...datang dari blogger kalamhati..

    saya pun suka dengan program bersamaku..
    tahniah kepada keluarga-keluarga tersebut sebab dapat bersama warga tv3..malah ada anak yang pandai seperti eguena

    ReplyDelete
  17. Akak baca n3 ni pun dh melelh airmata, apatah lagi kalau kat sana...meraung gaknya...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...