Ads by nuffnang

Friday, December 17, 2010

"Pergi Hospital Orang Tak Sakit Jadi Macam Orang Sakit....."

Hujung tahun lazimnya ramai di antara kita akan menghabiskan cuti tahunan.

Tak kiralah bercuti makan angin, bercuti menghabiskan masa "berwindow shopping", bercuti dengan duduk rumah berehat, melawat rumah saudara mara dan apa apa aktiviti lah....

(Selamat bercuti buat Idayu Suraya bersama keluarga di Langkawi.....Jangan lepaskan peluang naik kereta kabel di Gunung Mat Chincang ya....Mak Ngah poskad dari India tak dapat lagi lah...)

Saya tidak terkecuali bercuti kerana ada 25 hari lagi yang belum digunakan. Kena buat surat minta cuti di "carry forward " ke tahun depanlah nampaknya....

Bagi saya cuti 3 hari bermula Rabu lepas saya gunakan untuk gi servis anggota badan.


Saya ke Pusat Perubatan Gleneagle di Jalan Ampang untuk membuat pemeriksaan tahunan untuk mata saya.

Maklumlah orang berpenyakit diebetes, pemeriksaan mata perlu dilakukan sekurang kurangnya setahun sekali.

Persoalan di sini, kenapa bila kita berada di hospital atau klinik, dengan secara spontannya, ketika hendak menungu giliran berjumpa doktor, badan akan rasa lemah, letih dan mengantuk aja.....


Sempat mimpi lah....kat Gleneagle Medical Centre...
Tak kira nak jumpa doktor mata ke, jantung ke, tulang ke, kaki ke......

Adakah kerana psikologi diri sendiri, kalau berada di hospital, diri pun jadi macam tak sihat.....????

Bukan kira pesakit aja, yang menemani pesakit pun sama, nampak mengantuk dan letih...... 


Adakah kerana letih menunggu...tu jadi mengantuk...

Petang tadi saya ke klinik gigi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pun sama, sementara menunggu giliran, mulut dah mula menguap berkali kali dan mata dah mula kuyu....

Hairan bin Ajaib.....

Tak kiralah di hospital atau di klinik, suasana pengunjung terlentok, satu senario yang biasa.....

Adakah kerana suasana di hospital/klinik itu sendiri atau ada sesuatu yang tersurat dan tersirat...

Fikir-fikirkanlah.....

11 comments:

  1. salam...

    kak mazlin...ayu kan ada pengalaman, FIL dan MIL merupakan pesakit tegar diabetis...ayu selalu menghantar mereka...maklumlah...ayu berkahwin dengan anak tunggal...

    masa disana, ayu habiskan dengan senaskah buku, atau layan diri dengan buat entry ttg blog...alhamdullilah...syukur...sebab disana...ayu dapat banyak entry...(banyak ragam, banyak pengalaman yang ayu temui)


    psst: kalau rajin..dalam blog ayu...banyak kisah di hospital sejak 21 jun- 13 ogos 2010...kisah ayu menjaga suami dihospital....(suami sakit Sleep Apnea)

    ReplyDelete
  2. as salam cik Inn,

    rasanya sebab terlalu lama menunggu, hanya duduk dan tidak berbuat apa-apa.. nak jalan-jalan takut nombor giliran kita pula dipanggil..

    nak bersembang, kesian pula pesakit yang lain terganggu, jadi layan je lah perasaan sendiri

    ReplyDelete
  3. hahahah.... betul Chik Inn... setuju sangat.. saya pun dah bermacam2 klinik/hospital pergi.. sure ngantuk...yang tak ngantuk bila service slow.. buat naik darah.. tu yang tak jadi ngantuk... heheheh...

    ReplyDelete
  4. salam kak lin,
    mas pun dah biasa situasi macam ni sebab mas selalu bawa anak mas gi hospital tiap2 bulan untuk rawatan thalasemia....tapi disebabkan dah kenal staf2 dan selalu kat sana...kena gak faham situasi kat situ..dah tahu situasi macam ni urusan boleh cepat dan situasi macam tu lak kena sabar tunggu giliran...

    ReplyDelete
  5. Pergi hospital mahal memanglah...masing - masing melayan fikiran sendiri..kakwan pegi klinik kesihatan, tak ngantuk punsbb ralit bersembang.

    ReplyDelete
  6. Mertua Ayu diebetes juga ke? Kena cucuk insulin?
    Suami pula sakit susah nak tidur ya? Kekadang saya baca juga suratkhabar masa menunggu giliran tetapi beberapa minit baca....mulalah mata start kuyu...

    Ibuintan, betul juga mungkin sebab lama menunggu, tu jadi mengantuk...kekadang siap ada yang mendengkurlah....

    Ayin,slow service pun kira penyakit juga kot lebih kurang dengan mengantuklah .....

    Kekadang Mas, orang menunggu lama dan kena banyak bersabar, lebih baik lelapkan mata aja kot...

    Kak Wan, bukan hospital mahal aja, mana-mana pun hosital pun sama, sebab ada juga di klinik kesihatan yang saya tenguk, senario sama juga berlaku....

    ReplyDelete
  7. salam cHik Inn,rasanya suasana di hosp tu sendiri yang buat kita mengantuk kot..sejuk dan nyaman je..apa lagi private hosp.saya sendiri merupakan seorang bekas pesakit strok di KPJ,sbn.mmg tiap2 kali buat checkup mesti nak tido..kalau lepas fisioterapi tu lagi lah terukk..asek menguap je..

    ReplyDelete
  8. Chik Inn, mengikut kajian tak masuk akal saya, dalam fikiran kita memang dah set , bila pergi hospital, muka akan terus jadi layu dan mata mengantuk.

    Cuba Chik Inn tengok pesakit yang lain pun, sama kan, mana ada yang senyum dan ketawa , semua muka murung je.

    Mulai sekarang pihak hospital dan klinik, kena pasangkan radio, dengan volume yang ditahap sederhana, bagi menghiburkan pesakit. Tapi ini kajian saya , yang betul, tapi tak betul bagi org luar sana.

    Chik In, jaga kesihatan, dan makan ubat ikut aturan.oSemoga cepat sihat.okey bye bye.

    ReplyDelete
  9. Mungkin suasana hospital itu, bau dan aura seperti pandangan Anymz, PeriPia dan Emma membuat kita secara automatik jadi letih a mengantuk....

    Anymz pernah kena strok, boleh berkongsi pengalaman?

    Che Ina kajian awak boleh juga diusulkan dan terima kasih mengingatkan saya untuk makan ubat...

    Sama samalah kita ingat mengingati antara satu sama lain ya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...