Ads by nuffnang

Saturday, December 25, 2010

"Melacur untuk beli susu anak ....."

Saya yakin ramai telah membaca kisah dalam suratkhabar Kosmo hari ini di mukasurat 8, mengisahkan wanita berusia 30an terjebak dalam dunia pelacuran sejak dua tahun lalu selepas bercerai....

Dia memberitahu kepada wartawan Kosmo yang membuat liputan itu, bahawa dia seronok dengan pekerjaan itu kerana mampu memperolehi pendapatan setaraf dengan gaji eksekutif iaitu kira kira RM 3,000.00 sebulan.....hanya dengan menjual diri di kaki lima bangunan Wisma Indah, Jalan Pudu.

MasyaAllah....tidak ada pekerjaan lain kah daripada menjual diri dan memberi makan kepada 2 anak yang berusia tiga dan lima tahun dengan sumber yang haram......... 

Di kawasan itu juga, selain daripada warga tempatan, warga Filipina dan China dan Vietnam turut menjadikan "port" mencari pelanggan.

Di harap pihak berkuasa tempatan segera membenteras kegiatan maksiat yang makin berleluasa.

Bagi ibu muda yang hanya mahu dikenali sebagai "nora"(nama samaran) bertaubat dan kembali ke pangkuan jalan yang lebih baik dan diredhai Illahi ......

Pesanan Rasulullah SAW,

"Setiap usaha yang dilakukan dengan penuh ikhlas, tanpa melanggar batasan agama dan syarak, dengan disertai niat yang baik, maka akan memberikan keberkatan yang tersendiri. Bekerja juga dianggap suatu ibadah yang akan memberikan ganjaran".

Ingatlah "nora" anak anak masih kecil, salah cara dan corak didikan, maka pincanglah masa depan mereka.....kasihanilah mereka....

Moga hatimu terbuka untuk berubah, mencari pekerjaan yang diberkati dan membuka satu episod kehidupan yang baru .......

14 comments:

  1. yess.saya ada baca tentang ni..
    rasanya ada banyak kerja yang halal selain melacur

    kat KL banyak je shopping complex.banyak je jawatan kosong..

    pelik betul..

    haishh

    ReplyDelete
  2. salam,..

    kak lin...ayukan, rasa terpanggil bila bab kes wanita yang sanggup melacur utk beli susu.

    memang diakui cara mereka salah..
    tapi, kalau kita lihat dr arah lain...
    terlalu sedih utk dikenang..bila kita tak rasa penderitaan mereka

    saya tak sokong cara pelacur itu..tapi saya terlalu kesiankan anak itu

    ReplyDelete
  3. Biarlah Allah saja yang membalas perbuatan dia. Tak tahulah apa yang dia fikirkan. Biarlah satu hari Allah SWT membuka pintu hatinya untuk berubah.Kita hanya mampu berdoa, supaya satu hari dia berubah.

    Chik Inn hari ni saya terasa sedih sangat. Saya pun takut nak cakap-cakap lebih-lebih sekarang. Sebab ada orang yang tersalah erti gurauan saya. Chik Inn, saya minta maaf ye, kalau komen saya sebelum ni ada jugak yang menguris perasaan Chik Inn.Kadang-kadang, kita tak tahu dalam diam , kita menguris perasaan orang.

    ReplyDelete
  4. Ya Anisa, sebenarnya di Kuala Lumpur ni banyak peluang pekerjaan halal yang ada, jangan fikir nak jalan mudah dengan membuat perkara yang tidak baik.....

    Ayu,
    Saya sedih memikirkan masa depan kedua anak anak yang masih tidak memahami erti halal dan haram.... Ibunya perlu berubah dan rasanya ramai persatuan wanita boleh membantu....

    Che Ina,
    Kita harapkan Allah akan membuka hati dan mengampunkan ibu terbabit untuk bertaubat dan mendidik anak anak dengan lebih sempurna.
    Bab gurauan, yang Cik Ina tulis, bagi saya tak ada apa apa yang menguris perasaan saya, apapun kita sebagai manusia biasa tidak lari drpd melakukan kesilapan, justeru jika ada kesilapan bermaaf maafanlah kita sesama sendiri...

    ReplyDelete
  5. xsempat nak baca surat khabar ari ni..ape pn harap2 nora dibuka pintu hati utk berubah ataupun jika xmampu nak tanggung anak letak jer kat rumah kebajikan..itu lebih baik kerana masa depan anak2 lebih terjamin...anak2 masih kecil utk fahami semua inii

    ReplyDelete
  6. sumer nak hiup senang dengan cara yang mudah...yer betul Chik Inn kesian kat anak2 dia.

    ReplyDelete
  7. Paraboloid,
    Memang diharap "nora" akan dibuka pintu hati supaya keluar dari kancah kemaksiatan dan fikirkan masa depan anak anaknya yang baru mengenali erti hidup...

    Mas,
    Memanglah semua orang nak hidup senang dik, tapi banyak lagi pekerjaan yang halal....
    Hidup senang lepas tu berpenyakit, masalah juga nanti, macamana dengan nasib anak anak tu?

    ReplyDelete
  8. salam chik inn,
    yang sedihnye statement nora tu dia ckp die seronok buat keje tu, kalo de ckp terpaksa takpelah jugak...lagipun memang banyak keje2 yg tak memerlukan kelayakan akademik yg tinggi...tukang sapu lebh mulia dan bermaruah pekerjaannya.....

    ReplyDelete
  9. salam chik inn,

    semoga nora segera bertaubat nasuha dan kembali ke pangkal jalan. pihak2 berwajib harus lebih peka melihat isu ini.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya "susu anak" itu hanya alasan shj. Sebenarnya wanita itu nak senang cepat selain memang suka jual badan dan juga tak ada agama (mcm tak adalah krn tak mahu beramal).

    ReplyDelete
  11. kita perlu fikirkan bagaimana ramai pendatang asing boleh hidup mewah di negeri ini dengan mencari rezeki halal,dan rakyat tempatan merempat begitu,adakah mereka rajin atau rakyat tempatan malas?

    ReplyDelete
  12. http://peace-told.blogspot.com/2010/12/saya-suka-blog-mazlin-nordin.html

    bnyk keje kosong tapi nk yang lumayann n senang. melacur je la jln pendek. smga berubah =(

    ReplyDelete
  13. alasan untuk orang yang malas, akal cetek dan tidak beriman

    Malaysia belum kekurangan tempat mencari rezeki yang halal asalkan tidak memilih dan rajin berusaha, semoga Allah bukakan pintu hatinya untuk bertaubat

    ReplyDelete
  14. Memang alasan...saya kesempatan berkumpul dgn ibu-ibu tanpa suami(janda kerna ditinggalkan dan kematian suami)anda akan meleleh air mata bagaimana gigih nya mereka mencari rezeki halal untuk anak-anak yg ditinggal suami..basuh baju dirumah org,jual nasi lemak,andaman,urut ibu bersalin(belajar selepas ditinggal suami),buat kuih raya etc..etc..mazlin boleh buat program interview ibu-ibu contoh ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...